Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zizi Bakal Bergelar Doktor

Rabu, 11 September 2013


Dengarnya bekas pengacara dan juga pakar motivasi, Norzizi Zulfikli atau lebih dikenali sebagai Zizi bakal menjadi atau mendapat gelaran doktor apabila dia yang kini dah setahun menyambung pengajian PhD di University of Wollongong, New South Wales, Australia.

Memetik portal Utusan semalam, dia yang ditemani anak serta suaminya sangat bahagia menetap di Australia itu.

Ucapan Raya Dari Zizi dan Wangi

Selasa, 15 September 2009

Zizi dari anggota baru dari The Fabulous Cats ingin merakamkan ucapan Hari Raya Aidilfitrinya yang sulung sempena menjadi artis selepas menjadi salah seorang dalam finalist Akademi Fantasia musim ke-7 tahun ini. Kata Zizi dia akan beraya di Sabah tempat kelahirannya, kerana suasana di Sabah seperti jauh dari riuh rendah suasana di bandar. Selain Zizi, Wangi juga ingin membuat ucapan Raya nya, tidak mahu ketinggalan gitue..


Zizi AF7 kini bersama TFC

Isnin, 22 Jun 2009

Ellie, kemudian Alya dan terbaru Farhana pula. Kesemua mereka adalah vokalis perempuan The Fabulous Cats (TFC) yang memilih untuk berpisah daripada kumpulan hip-hop popular ini.

Ahli terbaru TFC bukan nama asing. Dia ialah bintang yang lahir dari Akademi Fantasia 7 (AF7) Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil atau Zizi, 24 yang mengikat kontrak selama setahun bersama TFC mulai bulan ini.

Mungkin kita akan tertanya-tanya, tidakkah TFC serik mengambil artis wanita lagi dan tidak takut kah sejarah berulang? Ketika diajukan kepada produser dan vokalis TFC, Cat Farish (Cat) ketika ditemui, Cat atau nama sebenar Farish Ramli tanpa berselindung berkata, dia memang ingin setiap ahli wanita yang direkrut itu 'dewasa' bersama TFC yang ditubuhkan sejak 2006.

"Kami tidak boleh janji Wangi atau Zizi akan bersama kami selama-lamanya. Malah Wangi juga akan bergerak solo tidak lama lagi walaupun pada hakikatnya, mereka adalah 'mawar-mawar' yang kami petik untuk memberi impak besar kepada The Fabulous Cats.
"Adalah suatu perkara yang baik jika mereka memilih bersama TFC. Jika mereka memilih haluan berbeza kelak, saya percaya mereka akan terus mengembangkan kerjaya sebagai artis solo," kata Cat. -mStar