Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

12 Artis yang ada Degree, PHD. Nombor 7 paling tak disangka-Sangka

Ahad, 30 April 2017

1-NAJWA MUHYIDDIN

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

2- Lisa Surihani

Pelakon Istanbul, Aku Datang ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

3- Yuna

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

4- Daphne Iking

Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

5- Ahmad Idham

PaDa tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah Remp-It yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.


6- Sudirman Hj Arshad

Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

7- Datuk Aznil Hj Nawawi

Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

8- Fazley Yaakob

Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

9- Kaer Azami

Selepas bekas peserta Akademi Fantasi Musim 2 ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

10 - Jason Lo

Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.


11- Aishah

Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

12- Azhar Sulaiman

Pelakon Keluarga Iskandar ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

Boy Iman dapat Phd dicerca dan dihina pengikutnya..

Selasa, 27 Disember 2016

UKM dan IUKL nafi berikan Phd dengan Azizan Osman

Sabtu, 1 Oktober 2016

Belum reda penafian Universiti Malaya (UM), kini dua lagi universiti tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada pakar motivasi terkenal, Azizan Osman.

Berita Harian melaporkan, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan tiada nama individu yang bernama Azizan Osman tersenarai sebagai penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.

Azizan mendakwa memiliki PhD dalam jurusan psikologi yang dianugerahkan UKM kepadanya, namun tidak didedahkan tahun beliau menerima ijazah doktor falsafah berkenaan.

Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.

Dalam kenyataan hari ini, IUKL berharap penafian berkenaan dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang membabitkan universiti itu.

Azizan dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IUKL pada tahun 2009 diikuti oleh Doktor Falsafah dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan di universiti yang sama.

Maklumat mengenai pendidikan Azizan ini dipaparkan dalam profil syarikat miliknya namun kini semuanya ‘hilang’ selepas penafian daripada tiga universiti tempatan.

Sebelum ini, pernah ada pendedahan mengenai kelulusan Azizan yang mendakwa menerima penganugerahan PhD Sains Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat namun ianya turut meragukan. – MYNEWSHUB.CC

Hanie Soraya akui bertudung/tidak bukan satu masalah besar!

Rabu, 16 Julai 2014

Penyanyi yang lagi popular dengan lagu Hujung Dunia, Hanie Soraya mengakui yang dirinya bukan manusia biasa, namun selalu ada silap yang dilakukan.

Pelajar perubatan PHd dari universiti dekat Mesir ini akan bertudung jika balik untuk menyambung pelajarannya di sana, dan akan tidak bertudung jika berada di Malaysia dengan alasan untuk menyanyi.

Memetik portal MalaysianDigest, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanie, serius ianya agak menjanggalkan, admin tidak setuju dengan kenyataannya, bertudung itu wajib (menutup aurat) itu perintah Allah SWT, ikhlas tak ikhlas belakang cerita, yang penting proses pembelajaran untuk melatih diri menjadi manusia yang taat dengan perintahNya.
"Memang kalau saya di Mesir, saya bertudung dan ke kuliah. Sebenarnya pihak universiti tak menetapkan sama ada para pelajarnya wajib bertudung atau tidak. Itu adalah atas pilihan saya sendiri. InsyAllah moga nanti satu hari saya dibukakan hati untuk kekal bertudung.

"Saya rasa soal saya bertudung atau tidak, itu bukan satu masalah besar. Saya harap peminat tak keliru dan dapat menerima saya kerana bakat saya. Sekarang ni pun semakin ramai yang tahu lagu saya. Ia satu petanda baik untuk saya teruskan minat saya dalam bidang nyanyian

"Masa saya mula-mula dengar lagu saya di radio setelah saya pulang ke sini. Masa tu saya sangat teruja dan gembira",

"Saya nak berjaya dalam dua-dua bidang, doktor yang menyanyi, kenapa tidak? Kan. Saya rasa saya oleh bagikan masa dengan baik. Tapi apa pun saya akan tetap mendahulukan pelajaran. Saya berazam untuk menamatkan pelajaran saya", -Hanie

Zizi Bakal Bergelar Doktor

Rabu, 11 September 2013


Dengarnya bekas pengacara dan juga pakar motivasi, Norzizi Zulfikli atau lebih dikenali sebagai Zizi bakal menjadi atau mendapat gelaran doktor apabila dia yang kini dah setahun menyambung pengajian PhD di University of Wollongong, New South Wales, Australia.

Memetik portal Utusan semalam, dia yang ditemani anak serta suaminya sangat bahagia menetap di Australia itu.

Harith Iskander tak sabar nak jadi ayah!

Khamis, 17 November 2011

Harith Iskander (owner restoran Samsaraa, KL) mengakui bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim (dalam pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di HUKM, Cheras) sedang hamil 6 bulan. Mereka yang sudah setahun mendirikan rumahtangga (Julai 2010) dan kini bakal menunggu detik yang sangat bahagia. Bagaimanapun, Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012.

“Kadangkala saya akan mengubah sesuatu perkara itu mengikut keadaan. Jadi sebab itu saya tidak mahu lagi menetapkan nama anak saya walaupun sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai

“Setiap tiga hingga empat minggu, saya akan membawa isteri membuat pemeriksaan kandungannya dan kami sudah mula membeli barangan bayi sedikit demi sedikit.

“Saya juga sentiasa menjaga isteri sewaktu dia alahan teruk semasa tiga bulan kehamilannya tetapi sekarang dia sudah tidak alahan lagi,” ujarnya. -Via