SirapLimau.com Khas Untuk Wanita

Pada: Khamis, 26 September 2013
Mengikut statistik admin, kebanyakkan pelawat blog ini adalah wanita dengan lebih kurang 70% berbanding dengan lelaki 30%. Namun ini adalah disebabkan wanita memang mengemari hiburan dan juga informasi buat mereka. Melainkan lelaki yang hanya gemar berinternet untuk bersosial dan mencari teman.

Namun blog izyan.com bukanlah selengkap mana dengan informasi yang diminta. Memang hanya memfokuskan dunia artis berbanding dunia masa kini. Ada satu blog yang mungkin anda belum ketahui lagi penulisan dalam blog itu berguna buat diri anda kini dan masa akan datang.

Blog yang diberi nama Sirap Limau di alamat siraplimau.com merupakan blog yang terbaik dan berinformasi buat wanita diluar sana. SirapLimau ini yang baru berusia sebulan sudah menunjukan taringnya apabila pelawat juga berpusu-pusu ke dalam SirapLimau ini untuk membac a artikel yang sangat menarik, dimana hampir setiap hari pelawat pasti datang ke blog ini dan memberikan komentar di ruangan komentar dekat bahagian bawah.

Namun blog SirapLimau ini mengkhususkan pembaca kepada mereka yang sudah berumahtangga terutama isteri/ibu dan tidak salah kepada wanita yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi atau mereka yang dalam perancangan untuk ke arah itu untuk membaca artikel dalam blog SirapLimau.

Ianya amat bermanfaat dan kadang kala anda sendiri akan terasa dan mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada artikel blog SirapLimau. Penulisannya juga dikatakan cukup kemas dan mudah difahami, kemungkinan penulisnya juga pernah mengalami atau mempunyai pengalaman seperti yang di tuliskan.

Di dalam blog SirapLimau juga anda akan dapat membaca pelbagai kategori artikel, namun blog ini hanya memfokuskan tiga kategori utama artikel iaitu Kisah Rumah Tangga dan Kehamilan. Pastinya yang menjadi perhatian adalah Kisah Rumah Tangga dimana banyak kisah menarik dan mendalam maksudnya dipaparkan di dalam blog SirapLimau, dari episod suami, isteri, mertua, dan sebagainya.

Blog SirapLimau bukanlah blog lucah walaupun kadangkala tajuknya menyengat. Jika blog SirapLimau lucah, agaknya awal-awal lagi penulis dah tahu yang ianya cukup dilarang oleh Agama dan adalah haram hasilnya. Ianya cukup memberikan anda informasi yang cukup berguna. Bahkan isu Agama juga ada diselitkan di dalam episod rumahtangga di dalam blog SirapLimau.

Admin merasakan sudah cukup rasanya blog seperti ini, SirapLimau dibangunkan sebab merasakan statistik kes penceraian sekarang amat membimbangkan. Mana-mana akhbar pasti menyelitkan soal perceraian, dimana pihak ke-3 atau faktor luaran pasti menjadi isu terjadinya perceraian. Jadi kepada mereka yang mempunyai masalah rumahtangga, jenguk-jenguk la ke dalam SirapLimau terutama wanita yang mahu solusi jalan terbaik di dalam rumahtangga mereka.

Anda tidak perlu khuatir jika tertinggal atau tidak sempat membaca artikel dalam blog SirapLimau, kerana servis untuk langganan artikel juga disediakan oleh SirapLimau dan akan automatik anda boleh baca melalui email anda di mana juga menggunakan gadget canggih anda.

Laman sosial Facebook SirapLimau juga turut dibangunkan dan ianya masih lagi dalam pencarian liker untuk membantu mempopularkan lagi blog yang berguna ini. Jadi tunggu apa lagi silalah ke siraplimau.com atau ke laman sosial Facebooknya untuk menjadi like yang setia. :)




Tag : , , , , , , , , , ,