Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Panas! Riezman, Karina mahu bercerai?

Selasa, 13 Januari 2015

Memetik portal Utusan semalam, suami isteri, pelakon Riezman Khuzaimi dan Karina Ayob telah hadir ke mahkamah syariah baru-baru ini. Dan dkhabarkan salah seorang daripada mereka telah memfailkan permohonan cerai.

Belum dipastikan kesahihan cerita ini, memandangkan kedua-duanya belum mengomen apa-apa lagi. Namun apabila melihat Instagram milik Riezman, dia ada memuatnaik gambar dan caption yang menuju ke arah itu.

15 tahun mereka mendirikan rumah tangga kalau tidak silap. Harap-harap ianya hanya gosip semata-mata, doakan mereka kekal hingga ke akhrnya.

Erra Fazira, E. Emran sah cerai! E. Aleesya pula..

Rabu, 19 Februari 2014

Akhirnya, persoalan hubungan suami isteri diantara Erra Fazira dengan Engku Emran terjawab, apabila mereka sah cerai talak satuk semalam di mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam, 18 Feb sekitar 1 tengahari yang dilafazkan oleh Engku Emran disebabkan tiada lagi persefahaman diantara mereka selama setahun.

Memetik portal mStar, turut kelihatan rakan baik Erra, Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida serta suaminya.

Sebelum itu, pada hari Isnin, 17 Feb, Erra ada membuat fail permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka, Engku Aleesya, tapi tidak memfailkan untuk nafkah.

Yang buat terkejut adalah, hak penjagaan sepenuhnya Alessya, 5, telah diberikan kepada Engku Emran, manakala Erra mendapat hak lawatan, keputusan ini dibuat dengan cara baik diantara kedua-duanya.

"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," -Erra

SirapLimau.com Khas Untuk Wanita

Khamis, 26 September 2013

Mengikut statistik admin, kebanyakkan pelawat blog ini adalah wanita dengan lebih kurang 70% berbanding dengan lelaki 30%. Namun ini adalah disebabkan wanita memang mengemari hiburan dan juga informasi buat mereka. Melainkan lelaki yang hanya gemar berinternet untuk bersosial dan mencari teman.

Namun blog izyan.com bukanlah selengkap mana dengan informasi yang diminta. Memang hanya memfokuskan dunia artis berbanding dunia masa kini. Ada satu blog yang mungkin anda belum ketahui lagi penulisan dalam blog itu berguna buat diri anda kini dan masa akan datang.

Gambar Raya - Rita Rudaini

Selasa, 13 Ogos 2013

Raya tahun ni Rita Rudaini sepertinya beraya di rumah keluarganya dengan ditemani adik beradiknya dan juga anak-anak buahnya yang lain. Tidak ketinggalan anaknya Aidil Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna juga ikut bersama ibunya.

Malangnya, Aidil tidak ikut bersama, mungkin sudah tiada sefahaman lagi gara-gara timbul SMS cerai beberapa hari yang lalu.

Nurul Syuhada, Mejar Faiz Putus

Rabu, 26 Ogos 2009

Dengar khabar dari orang rapat dari Kustem, Nurul Syuhada (host rancangan Majalah 3) telah pun memutuskan untuk tidak lagi bersama Mejar Faiz (angkasawan negara). Mereka dijadualkan bertunang pada 4 Julai lalu, namun segala perancangan itu telah musnah dan tidak dapat direalisasikan atas sebab masih terlalu awal banget. Dalam hal yang lain, Nurul diberitahu melalui sumber berkenaan, telah mencari penganti Faiz yakni, seorang pelajar dari Incef, nama pelajar berkenaan Raja Amir.



Jodoh itu ketentuan Allah, maka kita tidak boleh mengatakan mereka tiada jodoh. Mana tahu satu hari nanti, hati mereka berubah, kan3. Apa-apa pun selagi tak membuat maksiat dalam mencari cinta, maka carilah cinta itu dengan penuh kesabaran dan hanya semata-mata hanya keredhaanNYA.

Kes Shafnie, AC Mizal diTangguhkan

Jumaat, 14 Ogos 2009

Mahkamah Rendah Syariah Kajang menetapkan tarikh 3 dan 7 Disember ini untuk mendengar perbicaraan permohonan bekas isteri AC Mizal, Shafnie Zainudin, 34, bagi mengubah perintah nafkah anak-anak. Perbicaraan tersebut juga akan mendengar permohonan Shafnie tentang perintah komital mengapa AC Mizal tidak patut dipenjarakan ekoran responden dikatakan gagal menjelaskan tunggakan nafkah berjumlah RM50,000 sejak 2004.

Peguam bela Shafnie, Azmi Rais ketika ditemui selepas prosiding berakhir berkata, permohonan itu dibuat anak guamnya (Shafnie) bagi membolehkannya memasukkan ikatan dokumen bukti. Azmi berkata, AC Mizal tidak membantah permohonan Shafnie itu kerana dia sendiri terikat dengan kerjayanya sebagai artis sehingga akhir November ini.

Shafnie, yang hadir bersama ibu dan saudara-maranya, memakai cermin mata gelap, bertudung coklat dan berbaju kurung rona hitam. Sementara AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 38, pula hadir bersongkok dan berpakaian kemeja lengan panjang berwarna coklat bersama Peguam Syarie Siti Aishah Din yang mewakilinya. -mStar

Ashed Sah Ceraikan Isteri

Rabu, 12 Ogos 2009

Siapa tidak kenal artis vateran Asheed, seorang penyanyi rock merangkap vokali utama kumpulan Def Gab C era lewat 90-an dahulu yang sangat sinonim dengan lagu Merah dan juga Cinta Sakti kerana dengan lagu inilah sedikit-sebanyak telah mengangkat nama salah seorang dari mereka Asheed dan Def Gab C dalam dunia suara/vokal tinggi di seluruh Malaysia.

Tapi apa yang ingin boleh dikongsikan di sini mungkin agak sinonim dengan keadaan rumahtangga untuk didengar lagi-lagi jika anda adalah die hard fan beliau dimana Ashed telahpun sah bercerai dengan isterinya Sharifah Noor Shima walaupun suatu ketika dulu mereka dilihat sangat romantik dan serba jiwang jugalah dikatakan ketika menyertai rancangan Sehati Berdansa musim yang lalu. Maka ini komen Ashed untuk rumahtangga yang telah retak :

“Memang betul saya sudah berpisah sejak dua bulan yang lalu. Tarikh saya berpisah adalah pada 11 Jun lalu. Tapi ingin saya nyatakan bahawa kami bercerai cara elok. Iyalah, dulu kami berkahwin cara elok, jadi saya rasa kalau mahu bercerai pun perlu cara yang elok juga. Kalau ditanya punca perceraian ini, saya boleh katakan kami sudah tidak sefahaman lagi. Bila selalu bertekak, saya rasa cara yang paling baik adalah berpisah,”- Asheed.

Shazlin, Radhi Sah Bercerai

Selasa, 28 Julai 2009

Isu panas penyanyi vokalis OAG, Radhi dan bekas isterinya, Shazlin Shariff di mahkamah kelmarin (27/7) akhirnya selesai dengan memfailkan penceraian yang dilafazkan oleh Radhi sendiri pada 15 September tahun lalu. Kes ini timbul apabila Radhi mengakui isterinya curang kepadanya dengan berkawan dan mengadakan hubungan sulit dengan seseorang yang hanya dikenali dengan nama 'Izat' (bekas suami seorang pelakon). Dalam hal yang lain pula, Radhi mempunyai bukit yang kukuh seperti SMS yang dihantar berbunyi 'Baby, I Miss U'.

Shazlin dengan rasa egoisnya menafikan segala tuduhan Radhi tadi dan menganggap semua itu fitnah dan mereka hanya cuma kawan biasa sahaja. Lantas dengan itu pula Shazlin pun mahu percepatkan isu penceraian ini dengan penuh semangat patriotik (hehe). Ditambah dengan melantakkan apa yang Radhi katakan kepadanya. Isu anak pula, mereka tiada halangan untuk berjumpa anak mereka sendiri, yang dijaga oleh Radhi bersendirian. Sambil itu pula di luar mahkamah, terjadinya fighting mulut ke mulut antara Radhi dan Shazlin, memang kedua-duanya bergaduh tahap maksima sampai mengeluarkan kata-kata kesat, yang mana Shazlin dakwa Radhi tipu agar dia boleh mempercepatkan isu penceraiannya, dan Radhi pula menganggap seronok bergaduh dengan Shazlin (apa2 ajer). Isu ini seharusnya mencari jalan penyatuan balik yakni rujuk, tapi memandangkan Shazlin yang semangat patriotiknya membara, agaknya susah lah mo bersatu balik (Kan dah melepas bini lawa, ngeh3).

Talak Satu Penceraian Akhil dan Maiza

Khamis, 16 Julai 2009

Penyanyi nasyid dan pendakwah bebas (dan juga ahli politik PAS), Akhil Hayy sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di Ipoh, pukul 11.55 pagi kelmarin (15/7). Akhil, 40, menceraikan Maizawati, 33 dalam nada tenang selepas bersalaman memohon maaf.Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati pernah menjadi perbualan hangat apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda.
"Bahawa saya, Akhil dengan ini menceraikan isteri saya, Maizawati Zainal dengan talak satu," kata Akhil di hadapan Hakim Syarie Mohd Ridhuan Yusof.
Pada 2 Jun lalu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes tuntutan perceraian Maizawati dengan Akhil selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu secara baik sehingga 15 Julai. -mStar