Nabila Huda Terharu Dengan Doa Amy Search

Pada: Jumaat, 13 September 2013
Berita kemalangan Nabila Huda awal minggu ini mendapat perhatian ramai pihak. Namun berita itu merupakan sampingan kepada berita yang lebih hot lagi. Dimana Amy Search dikatakan berkecil hati dengan Nabila Huda kerana tidak pulang beraya pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Dan ada juga orang menganggap yang Nabila ni anak derhaka. Wallahualam lah kalau macam itu, admin dengar-dengar dari orang yang memberikan komen. Patutlah melihat foto hari raya dua beranak ni di Instagram, tiada foto mereka bersama-sama ketika hari raya tu.

Nabila enggan mengulas kisah pribadinya itu kepada umum. Namun sepertinya kemalangan ini juga memberikan pengajaran buat Nabila Huda. Ini petikan daripada portal GUA semalam.
@Kupu_kupu: Look who's here??My tok mah..Alaa sweet je tok mah datang jauh2 dari JB melawat cucu dia..Cucu yg paling susah nak jumpa,tapi sayang jugak tok mah ehh..hehe..
“Abil redha walaupun dalam keadaan sekarang Abil sebenarnya memerlukan keluarga berada di samping Abil. Namun, Abil bersyukur dan terharu walaupun keseorangan di rumah, masih ada teman-teman yang datang menjenguk setiap hari,”

“Abil ingin mengucapkan terima kasih kerana doa Papa sehari sebelum berlakunya kemalangan itu termakbul serta melibatkan cucunya. Tidak lupa, terima kasih Abil ucapkan kepada semua peminat, rakan media dan artis yang mendoakan agar Abil dan Keisha cepat sembuh. Juga terima kasih kepada mereka yang mencaci dan mendoakan keburukan berlaku ke atas Abil. Berkat doa anda semua amatlah dihargai. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya,” -Nabila

Tag : , , , , , ,