Pada:
Rabu, 18 September 2013

Tapi lain pula ceritanya apabila penyanyi kacak, Anuar Zain fobia mendapat tahu gambarnya dimuatnaik oleh peminat ke laman sosial kerana risau dan bimbang jika dirinya bakal dikutuk dan dicaci oleh orang lain oleh orang yang tidak suka pada dirinya.
Walaupun menyedari Anuar diantara selebriti yang tidak memiliki laman akaun sosial namun tetap optimis untuk berhati-hati bila bergambar selepas ini. Ini kenyataan Anuar mengenai isu berkenaan memetik portal mStar semalam.
"Memandangkan saya tidak mempunyai sebarang laman sosial, saya sering mendapat tahu daripada rakan-rakan bahawa ada beberapa individu yang tidak puas hati mengutuk saya di Twitter.
"Mereka mengambil foto saya apabila melihat saya berada di sesebuah lokasi kemudian mengutuk tanpa sebab. Sehinggakan ia buat saya berasa fobia apabila ada pihak yang mengambil foto tanpa izin saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak kisah pun jika ada yang mahu bergambar,
"Bagaimanapun saya ada akaun Facebook iaitu ‘Anuar Zain Network’ yang diselia oleh pengurusan saya agar memudahkan untuk membuat sebarang pemberitahuan isu terbaharu mengenai kerjaya saya," -Anuar Zain
Tag : Anuar Zain , Berita Artis , Facebook , Instagram , Penyanyi , Twitter