Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anuar Zain terima hadiah jam Rolex puluhan ribu Ringgit!

Rabu, 23 November 2016

Anuar Zain mendapat kejutan apabila seorang peminat menghadiahkan seutas jam tangan mewah berjenama Rolex ketika menjayakan acara Exclusive Meet & Greet di sebuah restoran baru-baru ini.

Anuar memberitahu, jam tangan itu adalah hadiah paling mahal yang pernah diterimanya sepanjang tiga dekad bergelar anak seni.
"Terkejut sangat sebab tak pernah seumur hidup orang hadiahkan barang semahal ini. Saya pula jenis orang yang tak begitu gemar menerima hadiah. '

"Walau apapun, saya bersyukur kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni tanpa mengharapkan apa-apa balasan," katanya kepada BH Online.

Berita mengejutkan dari Anuar Zain.. Akhirnya...

Selasa, 20 September 2016

Anuar Zain akur dengan peredaran teknologi sosial apabila dia membuat keputusan untuk membuka sebuah akaun laman sosial Instagram sejak 9 September lalu.

Anuar menganggap ia sebagai satu cara untuk berkongsi cara pembikinan lagu dengan peminat-peminatnya.

Wajah 'adik' Anuar Zain kini dah dewasa (4 gambar)

Rabu, 20 Januari 2016

Siapa masih ingat adik yang menyanyi lagu Anuar Zain yang menjadi viral menggunakan format 3GP beberapa tahun yang lalu?

Kini dia dah besar dah, dan wajah kecomelan dia juga tidak banyak berubah. Hope adik ini boleh lagi menyanyikan lagu Anuar Zain versi dewasa.

Imej Anuar Zain bermisai (5 gambar)

Khamis, 28 Ogos 2014

Wah bukan main hensem lagi penampilan Anuar Zain terbaru beb. Anuar Zain tampil dengan imej bermisai dan difahamkan ini bukan kali pertama, tapi dah banyak kali namun kita sahaja tidak perasan memandangkan Anuar selalu mencukur misainya itu.

Anuar Zain tunda konsert Minggu Setiausaha sebab..

Rabu, 26 Mac 2014

Penyanyi Anuar Zain difahamkan telah membatalkan konsert/show istimewa Minggu Setiausaha 'Terindah.. Anuar Zain' yang bakal berlangsung pada 8 April ini.

Ini ekoran sikap professional Anuar Zain sebagai manusia berperasaan ekoran menghormati tragedi MH370. Show berkenaan terpaksa ditunda kepada 29 April.
"Saya rasa simpati dengan kejadian ini. Takziah saya ucapkan kepada keluarga serta sahabat penumpang dan krew MH370. Saya rasa sangat sedih dan terkejut atas kejadian ini,

"Saya dan pihak pengurusan fikir semasak-masaknya. Kami merasakan keputusan yang kami lakukan untuk menunda tarikh ini adalah satu keputusan tepat untuk menghormati tragedi MH370 yang menimpa mangsa-mangsa terlibat dan ahli keluarga mereka,"

"Saya sendiri rasa tak seronok untuk meneruskan persembahan pada 8 April ini. Saya rasa sayu. Jadi saya dan pihak pengurusan harus memindahkan persembahan ini kepada satu tarikh yang lain atas rasa hormat," -Anuar Zain. GUA

Harga Tiket Konsert Anuar Zain ialah RM1,380!

Rabu, 29 Januari 2014

Amat memeranjatkan sekali apabila dikhabarkan tiket konsert Anuar Zain bersempena Minggu Setiausaha dengan tema 'Terindah... Anuar Zain' yang dijadualkan pada 8 April nanti di di Hotel One World, Petaling Jaya, mencecah harga RM1,380! menaik 100% daripada tahun lalu, RM698.

Menurut portal mStar, ianya adalah harga VIP dan sangat berbaloi disebabkan ada sajian sedap, persembahan berkualiti, hadiah tiket bertuah dan sebagainya bagi mereka yang mampu tersangat-sangat.
"Harga itu berpatutan kerana ia merangkumi makanan, door gift, kualiti persembahan dan memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati diri saya.

"Kita juga menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap bersesuaian dengan tema majlis iaitu 'Terindah'. Ia hadiah ikhlas dari saya kepada peminat yang hadir nanti," katanya.
Namun bukan harga RM1,380 sahaja dijual, korang boleh join dengan membeli tiket RM480, RM680 sehingga RM980.

Tiket-tiket mula dijual pada 7 Februari nanti, menerusi online di lama portal www.tiketcharge.com.my manakala tiket untuk VIP boleh diperoleh terus dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019-3177476/012-4642030.

Gambar Ziana dan Anuar Zain

Jumaat, 8 November 2013

Sekali sekala melihat dua adik beradik bergambar apa salahnya juga kan, jarang dapat melihat mereka dapat gambar bersama juga sebenarnya.

Ini pun ada sekeping gambar terbaru yang dapat di ambil diantara penyanyi Anuar Zain dan kakaknya, Ziana Zain.

Kedua-duanya memang best la sepanjang zaman rasanya. :)

Korang Mungkin Tak Dapat Bergambar Dengan Anuar Zain Lagi

Rabu, 18 September 2013

Jarang kita mendapat dengar di sekeliling kita, fobia bila bergambar. Mungkin fobia bergambar untuk laman sosial untuk mereka yang memiliki masalah kulit di wajah dan badan.

Tapi lain pula ceritanya apabila penyanyi kacak, Anuar Zain fobia mendapat tahu gambarnya dimuatnaik oleh peminat ke laman sosial kerana risau dan bimbang jika dirinya bakal dikutuk dan dicaci oleh orang lain oleh orang yang tidak suka pada dirinya.

Walaupun menyedari Anuar diantara selebriti yang tidak memiliki laman akaun sosial namun tetap optimis untuk berhati-hati bila bergambar selepas ini. Ini kenyataan Anuar mengenai isu berkenaan memetik portal mStar semalam.

Gambar Safiq Rahim, Zandra Bertunang

Selasa, 10 September 2013

Tahniah kepada pemain bola sepak Safiq Rahim kerana selamat bertunang dengan pasangannya iaitu Zandra Aziela iaitu seorang yang pernah menimbulkan kontroversi apabila memeluk penyanyi Anuar Zain.

Kini kisah itu sudah lapuk dan mereka berjaya mengharunginya dengan penuh sabar dan akhirnya melalui fasa pertama dalam menuju alam perkahwinan iaitu bertunang.

Gambar Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah

Selasa, 21 Mei 2013

Gambar dibawah adalah gambar dua merpati sejoli yang masing-masing masih lagi single dan belum kahwin, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah.

Mereka berdua kini sedang giat dalam menjalani satu bidang perniagaan bersama dengan melahirkan satu album gabungan yang dinamakan 'Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas' yang telah berlangsung tahun lalu. -gambar Ryaniez Moments Photography.








Gambar Dayang Nurfaizah Terkini

Khamis, 16 Mei 2013

Khabarnya ini adalah imej terbaru Dayang Nurfaizah. Rambutnya kini dah panjang ikal mayang, memang kelihatan cantik dan manis berbanding dahulu. Dan kini Dayang juga dan Anuar Zain telah bersama-sama untuk membuat satu album gandingan dengan dimasukkan 14 lagu solo dan berduet untuk album Anuar Zain. Dan dengar cerita, Anuar didesak untuk melamar/meminang Dayang. Namun kedua-duanya menafikan dalam situasi bercinta ketika ini.







Pelukan Erat Anuar Zain dengan..

Sabtu, 4 Mei 2013


Mesra nya gambar Anuar Zain dengan kekasih kepada pemain bola sepak Safiq Rahim. yang bernama Zandra yang dimuatnaik didalam laman sosial Instagram. Aksi peluk itu amat erat sekali. Memang boleh menimbulkan banyak persoalan dan pergosipan berlaku.

Gambar yang tertera tulisan 'Lelaki ini. My Abang' telah mengakibatkan Safiq sepertinya marah dan lantas gambar yang dimuatnaik ini telah dibuang beberapa jam kemudian. Haha.

gambar Rotikaya

Fesyen Rambut Anuar Zain Terkini

Isnin, 18 Mac 2013

Peminat Anuar Zain pastinya ingin melihat perubahan rambut Anuar yang terkini. Dari rambut panjangnya yang dahulu kepada yang pendek terkini dan boleh dianggap lebih bergaya dan hensem. Jom merembes!.


Gambar Konsert Anuar Zain

Selasa, 19 Februari 2013

Baru-baru ini Anuar Zain ada mengadakan konsertnya di Stadium Malawati, Shah Alam dan dianggarkan hampir 6,000 peminatnya membanjiri konsert berkenaan.

Memang ini lah impian Anuar untuk mengadakan konsert selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, jadi nama konsert ini juga dinamakan sempena tempoh masa itu, Konsert Anuar Zain Tiga Dekad.

Antara lagu yang di persembahkan adalah I’m The Lucky One, Bila Resah, Jangan Bersedih Lagi, Mungkin dan Ajari Aku, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu dan Ketulusan Hati.

Selain itu kehadiran, Nora Danish, Adibah Noor, Dina Malaysian Idol turut menghangatkan konsert berkenaan. - gambar HazmilJapilus

Tiket RM698 Konsert Anuar Zain, Tidak Mahal!

Rabu, 12 Disember 2012

Anuar Zain menyifatkan harga tiket konsertnya berjudul Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari yang mencecah sehingga RM698 adalah bersesuaian dengan persembahan itu kelak.

Anuar, menegaskan harga tiket yang bermula dari RM88 itu adalah satu jumlah yang wajar dan adil kerana konsert berkenaan menekankan aspek kualiti selain ia adalah berskala mega.
"Ia (harga tiket) adalah bersesuaian dan adil mengikut skala dan kualiti konsert itu nanti.Kami menjanjikan persembahan terbaik dengan kualiti muzik, kesan khas dan pentas yang gah.

"Mustahil untuk kita dapat sesuatu yang berkualiti dengan harga yang murah," katany. -sumber
Konsert yang meraikan tiga dekad Anuar Zain dalam dunia seni akan berlangsung pada 16 Februari 2013 bermula pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil. info di facebook.com/3Dekad1Destinasi

Scha terharu Awal nyanyikan Sedetik Lebih

Selasa, 8 Mei 2012

Pada malam resepsi Awal Ashaari dan Scha al Yahya yang lalu, ada satu babak sedih dan tersentuh hatinya dimana Scha kelihatan terharu apabila Awal dengan semangatnya menyanyikan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Siap kucup-kucup lagi pasangan ni, memang sweet dan mendapat perhatian ramai pada malam itu. Jum kita tonton video yang telah sempat dirakamkan itu.

Gambar Anuar Zain terbaru

Isnin, 2 April 2012

Kepada peminat Anuar Zain, pastinya mahu melihat gambar terbaru beliau kan. Memang tidak dinafikan yang Anuar Zain orangnya cukup hensem, dan boleh dikatakan ramai yang sudah jatuh hati terhadapnya. Tapi jodoh Anuar belum sampai lagi, kita doakan agar Anuar dapat berkahwin dengan jodoh pilihannya tahun ini. :)

Siti Nurhaliza di Era FM (video)

Jumaat, 16 Mac 2012

Tetamu Johara di Era FM. Baru-baru ini, Dato Siti Nurhaliza telah dijemput menghadiri satu rancangan di udara bersama Johara di Era FM. Dalam rancangan ini, Siti telah menyanyi lagu Anuar Zain dengan iringan piano oleh Johan (Johan apa lagi penuh eksyen da). Bagi peminat Era FM, mungkin ada yang sudah mendengarkan isu ini, namun bagi mereka yang tak berkesempatan untuk mendengarnya, jangan risau, sebab Era FM sempat rakam videonya sekali.

Lagu Penakut - Yuna ditarik balik!

Jumaat, 25 November 2011

Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain,"
Kata Yuna..
"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.

Anuar Zain buat rawatan muka

Sabtu, 19 November 2011

Anuar Zain mendedahkan, beliau kini menjalani rawatan pembentukan wajah. Proses itu dilakukan bagi mengurangkan lebihan kulit di bahagian bawah mukanya. Bagaimanapun, berdasarkan kaedah rawatan yang dilakukannya itu, dia menyangkal dakwaan menggunakan suntikan botox. Dan kos pula dirahsiakan olehnya.

"Jangan salah sangka, apa yang saya lakukan ini bukannya botox. Kaedah rawatan yang baru saya jalani tahun ini berbentuk urutuan di bahagian wajah saya.

Bagaimanapun proses ini akan menyebabkan muka saya membengkak untuk beberapa hari sebelum membuat urutan susulan bagi membentuk semula wajah saya, -Utusan"