Isu Skandal, Adi Putra Buat Cool Jer

Pada: Selasa, 10 September 2013
Beberapa hari yang lalu kecoh juga bila Adi Putra dikaitkan ada hubungan dengan isteri orang. Dimana Adi sering membalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita lingkungan 30-an yang dikenalinya kurang dari seminggu.

Akibatnya pabila kantoi oleh si suami perempuan ini lalu laporan polis dibuat. Kejadian ini sudah pastinya mendapat cemuhan ramai peminat hiburan tempatan setelah itu.

Yang peliknya Adi dikatakan kelihatan 'cool' dan tidak rasa malu dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Adi mengakui memetik portal mStar semalam yang dia sebagai selebriti dia tidak perlu berasa takut berhadapan dengan sesiapa pun kerana tahu kebenaran sebenar.‬
‪"Sebagai manusia kita ada rasa segan dalam apa-apa situasi tetapi saya harus akur bahawa saya seorang artis, perlu lalui apa-apa situasi sekalipun.‬

‪"Begitu juga dengan perkara ini (isu skandal), saya perlu menempuh dugaan ini dan berhadapan dengan khalayak secara profesional,

‪"Setakat ini isteri sentiasa berada di sisi saya ketika susah dan senang. Orang kata rumah tangga kami goyah? Biarlah apa yang orang nak fikir,

‪"Jangan risau, bila semua sudah selesai, saya akan keluarkan kenyataan media," -Adi

Tag : , , , , , ,