Lawak Ke Der 3 pada 3 Oktober Ini

Pada: Selasa, 10 September 2013
Kalau nak dilihatkan kualiti lawak pada Lawak Ke Der pertama lagi terbaik berbanding kedua yang boleh dianggap kurang sedikit.

Bukan mahu menghantam sesiapa terutama pengarah pementasan, Hans Isaac cuma ini pendapat pribadi admin bila menonton yang ke-2. Kurang ketawa berbanding yang pertama. Tak tahulah komen korang macamana mengenai yang ke-2.

Tapi itu semua boleh diperbaiki dan kini muncul untuk musim ke-3 yang bakal ditayangkan pada 3-6 Oktober 2013 memetik portal Utusan semalam.

 Kali ini penonton akan disajikan dengan lawak yang lebih berkualiti serta 'fresh' dan inilah janji Hans kepada penonton yang datang pada 3-6 Oktober nanti.

Antara pelawak yang akan menghiburkan anda adalah Harith Iskander, Nabil Ahmad, kumpulan Jambu dan juga Douglas Lim. Tidak pasti yang lain adalah siapa, mungkin nak buat kejutan.

Tiket pula korang boleh beli dengan harga dari RM43 sehingga RM193 (mak bapok siap makan kot, hak hak) di kaunter Istana Budaya atau di www.ticket2u.biz

Tag : , , , , , , ,