Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aliff Aziz bagi 'no. telefon' kepada pembencinya, TAPI... kah kah kah..

Isnin, 31 Julai 2017

Bukan main berani lagi Aliff Aziz memberikan nombor telefonnya kepada siapa-siapa yang tidak berpuas hati dengannya di laman sosial.

Namun nombor telefon berkenaan bukanlah milik sebenar Aliff, ianya milik seorang individu yang sangat berasa terkejut apabila mendapat beberapa panggilan dan text Whatsapp dari handphone miliknya.

Pemuda berkenaan akhirnya membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Aduhai.

Zoey Rahman tiada duit untuk bayar khidmat desinger poster?

Isnin, 9 Januari 2017

Memetik portal forum Cari, penyanyi Zoey Rahman dikatakan tidak membayar seorang designer mengenai permintaannya membuat beberapa poster. Beberapa chat yang dikatakan dari Zoey tidak dibalas olehnya setelah beberapa hari membuat permintaan.

Adakah tiada duit untuk menjelaskannya ketika itu atau sibuk dengan kerjayanya sehingga lupa untuk membayar? hanya Zoey tahu jawapannya..

Ashraf Muslim hubungi bekas kekasih putus cinta?

Khamis, 25 Ogos 2016

Ashraf Muslim menafikan dakwaan dia kembali menghubungi bekas kekasihnya Sherry Ibrahim selepas pelakon wanita itu putus cinta dengan pelakon Fattah Amin dua minggu lalu.

Ashraf sudah lama tidak berhubung dengan Sherry selepas mereka putus cinta beberapa tahun lalu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan.

"Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian,"

"Saya tahu perkara ini sekadar gosip jadi saya buat tak tahu saja. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula nanti.

"Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Erra Fazira akui hubungi Shahir melalui WhatsApp, bakal berkahwin?

Rabu, 24 Ogos 2016

Erra Fazira menjelaskan kali terakhir dia bertemu dengan penyanyi Shahir yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya hampir dua tahun lalu.

Erra berkata, sepanjang tempoh itu mereka hanya menggunakan medium aplikasi WhatsApp untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan masing-masing.

Isteri ke-2 Adi Putra ditahan Polis kes sindiket penyeludupan manusia?

Ahad, 31 Julai 2016


Umum mengetahui bahawa isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Nor Shahida berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Meskipun isu rumah tangga Shahida dan Adi belum lagi reda, timbul pula satu berita yang agak memeranjatkan apabila ada pihak memberitahu Shahida ditahan pihak polis di pejabatnya kira-kita jam 4.30 petang Selasa didalam sebuah operasi khas.

Penangkapan itu dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia bagi menyiasat kes sindiket penyeledupan warga asing ke negara ini.

Bekas pelajar AF4 berchat dengan suami orang..

Jumaat, 12 Februari 2016


Menerusi satu kiriman e-mail yang di terima, ada pihak yang mendakwa bekas pelajar AF 2014, Adel yang berasal daripada Sabah sedang bercinta dengan suami orang.

Menurut sumber tersebut, teman lelaki Adel merupakan seorang kontraktor yang berkahwin dengan wanita daripada Johor dan mempunyai tiga orang anak.

ibu Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff dedah perampas suami? (3 gambar)

Khamis, 17 Disember 2015

Nina Juren tulis caption 'macam setan' di Instagram.. OMG

Khamis, 26 November 2015


Datin Nina Juren didakwa telah ditipu oleh peniaga online di Instagram yang sehingga kini masih tidak memulangkan kembali wang yang sudah dibayarnya. Nina Juren menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa tidak puas hati kepada peniaga online itu.

Sebuah foto screenshot perbualan aplikasi Whatsapp yang dimuat naik ke Instagram Nina telah menulis kapsyen seperti "Memang SETAN..."

Menerusi screenshot yang didedahkan itu, Nina beberapa kali meminta wangnya dipulangkan tetapi peniaga berkenaan yang dipanggil Mira memberikan banyak alasan untuk membayarnya kembali. -Murai

Panas! Ika AF6 dipukul oleh pengarah drama..

Selasa, 3 November 2015

Ika Nabella AF6 dikatakan dipukul oleh pengarah untuk drama akasia, Dawai Asmara yang juga dilakonkan oleh Ika sebagai watak utama. Memetik portal Bharian, kejadian itu berlaku siang semalam di set pengambaraan dekat Hulu Kelang.

Ika juga dikatakan mangsa ke-3 selepas dua lagi pelakon sebelum dia juga menerima nasib yang sama. Ika dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi.

Difahamkan pengarah terbabit bertindak di luar kawalan itu kerana tidak dapat apa yang diinginkan daripada Ika ketika berlakon. Sumber itu berkata lagi, mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu.

Ika yang dihubungi menggunakan Whatsapp mengakui kejadian itu.

"Ya, saya memang dipukulnya," katanya ringkas

Azwan Ali mengamuk ketika tunai Umrah (3 gambar)

Isnin, 13 Julai 2015

Azwan Ali dikatakan mengamuk lagi berikutan ejen umrahnya akibat kelambatan bas jemaah umrah bertolak dari Kota Madinah ke Kota Makkah. Azwan sempat snap shot perbualan tidak puashati Whatsapp nya itu ke dalam Instagram miliknya dengan ejen yang terlibat.

Namun ejen berkenaan mengakui ianya sering terjadi dan tidak perlu merungut hanya perlu banyak bersabar ketika menunaikan ibadah ini.

Laporan Polis Aidil hanyalah sandiwara! -Rita Rudaini

Isnin, 25 Mei 2015

Agak menarik apabila dakwaan pada Khamis minggu lalu dimana Aidil Zafuan telah membuat laporan polis dek kerana di ganggu adalah bersifat sandiwara dan bermotifkan samar-samar seperti yang diperkatakan oleh Rita Rudaini melalui portal Bharian Sabtu lalu.
“Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya. Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya”

“Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa. Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja?”

“Dia sendiri mengaku kepada saya, isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi,” katanya

Zarema Zainal ganggu Rita Rudaini?

Jumaat, 22 Mei 2015


Ada menerima sepucuk emel daripada pembaca yang mendakwa bahawa Rita Rudaini menerusi laman Instagramnya mengakui bahawa dia sedang di’skodeng’ oleh seseorang.

Pelawak terkenal minta gambar bogel - Sasha

Selasa, 31 Mac 2015

Mungkin kita mengandaikan seorang pelawak popular seorang ni, tapi harap-harap bukan dia. Semalam, ada seorang wanita tampil mendedahkan ada seorang pelawak terkenal seorang playboy.

Sasha bukan nama sebenar tampil berbuat demikian bagi mengelakkan ramai lagi wanita menjadi mangsa penipuannya.

Panas! Yatt Hamzah failkan permohonan cerai!

Rabu, 25 Februari 2015

Semalam kita digemparkan dengan sebuah berita dimana rumahtangga Yatt Hamzah kian retak. Yatt memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam.

Menurut portal Bharian Peguam Syarie telah menyerahkan saman kepada defendan (Mutalib) pada 10 Februari lalu.

Namun Abdul Mutalib memaklumkan mahkamah untuk menarik semula kes untuk bagi mendapatkan khidmat kaunseling dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Pasangan ini berkahwin pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suci Hanania Malika.

*status handphone aplikasi Whatsapp milik Mutalib

Tahniah, Elly Hamil anak sulung

Rabu, 18 Februari 2015

Memetik portal MediaHiburan, Elly Mazlein kini disahkan hamil anak sulung. Ini dibuktikan lagi dengan text yang diberikan oleh Elly melalui perisian Whatsapp dan gambar imbasan scan.

"Assalamualaikum sayang, alhamdulillah akak 'pregnant'. 'Gestational age' satu bulan dua minggu. Doakan akak ya," ujarnya ringkas kepada Media Hiburan.

"Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat," _Elly

Taufik Batisah bertunang dengan Fazura??

Selasa, 3 Februari 2015

Seorang pengguna Whatsapp yang menggunakan nama Sabrina #Fazura telah mendedahkan kepada umum bahawa Fazura dikatakan telah dirisik oleh penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah baru-baru ini.

Namun, Fazura yang mengetahui gosip liar ini telah menafikan dakwaan itu melalui laman sosial miliknya dan menganggap apa yang cuba disampaikan oleh gadis tersebut hanyalah satu fitnah semata-mata.

Peminat doa agar Abby kembali kepada Norman

Rabu, 8 Oktober 2014

Baru-baru ini Abby Abadi ada memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan perbualan Whatsapp diantara bekas suaminya, Norman Hakim dengan dirinya.

Isinya lebih kepada nasihat dan juga kata-kata semangat. Memandangkan Abby kini dilanda pelbagai dugaan di dalam hidupnya setelah bercerai kali-2 dengan Farhan dan kurang dapat tawaran berlakon.

Rozana menipu dan berlakon?

Isnin, 21 Julai 2014

Kemelut pergolakkan diantara suami isteri, Awie dan Rozana bakal berlanjutan. Ini ditambah lagi dengan seseorang yang mengakui kawan rapat kepada Rozana dan mendedahkan penipuan yang dibuat oleh Rozana kepada media.

Pendedahan bukti ini dilakukan oleh seseorang itu melalui laman sosial miliknya. Kelihatan perbualan mereka lebih menjerumus kepada sikap Rozana yang agak boros tahap dewa dengan membeli barangan mahal dan ekslusif di dalam berbelanja dengan menggunakan atau mencuri duit milik Awie dimana telah disimpan oleh Awie sendiri ke dalam akaun bank nama Rozana.

Rozana membuat laporan polis bagi menutupi kes kecurian ini.

Dimana kebenarannya? tepuk dada tanya selera.. (klik gambar untuk besarkan)

Gambar isteri Awie lebam dipukul tersebar

Isnin, 30 Jun 2014

Mengikut sebuah blog hiburan, ini adalah gambar kepada isteri penyanyi Rock, Awie, Rozana Misbun. Dia dikatakan dipukul sehingga lebam dibahagian muka oleh seseorang.

Foto ini mulanya tersebar luas di laman aplikasi popular, Whatsapp sebelum dimuatnaik ke dalam Facebook. Tidak tahu siapa yang memukul sehingga sebegini.

Jika diikutkan kemungkinan besar, ianya adalah juga ada kaitan mengenai berita seorang penyanyi rockers memukul isterinya dikhalayak ramai yang heboh dikatakan pada awal bulan lalu.

Wallahualam.

Adi Pandai Memujuk Minta Gambar Panas - Nooraida

Selasa, 3 Disember 2013

Kecoh juga dahulu bila seorang wanita tampil memberikan penjelasan dimana pelakon Adi Putra dan dirinya saling berkongsi gambar panas.

Wanita bernama Nooraida Abdul Mutalib itu mendakwa Adi pada mulanya mahu 'test market' namun tanpa disedari telah intim kepada hubungan diluar dugaan.
"Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.

"Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini,"

"Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi," -Nooraida. -SinarHarian
Penjelasan Nooraida ini masih lagi dalam siasatan, namun tidak diketahui samaada kebenaran atau nak menjatuhkan nama Adi Putra.