Gambar Sekitar Pernikahan Adam AF, Fiza Elite

Pada: Jumaat, 27 September 2013
Tahniah! Dengan sekali lafaz, Adam AF2 (Mohd Aizam Mat Saman) dan Fiza Elite (Siti Zaidatul Fiza) selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam, 26 September kira-kira 10.30 pagi.

Fiza menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran.

Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah. -gambar mStar | Utusan | GUA

Tag : , , , , , , , , ,