Fizz Fairuz Rancang Kahwin Almy Nadia 2014

Pada: Khamis, 26 September 2013
Due merpati ini kini berpaut kembali, baguslah, Fizz Fairuz dengan Almy Nadia. Walaupun dengar sebelum ini mereka bersahabat selepas insiden pertunangan Fizz Fairuz yang kontroversi itu, kini mereka sepertinya sudah copule bali.

Mereka kerap kelihatan bersama akhir-akhir ini dimana memetik portal GUA, mereka kelihatan bersama ketika Fizz menemani Almy ke studio SuperSpontan 2013 dan ketika perlawanan bola sepak sempena Fiesta Bola dan Muzik ERAvaganza di Melaka dan yang paling latest sekali di 'Bootcamp Liga Lawak Superstar 101' di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.
“Hubungan saya mesra semula seperti dahulu dengan Almy. Ya, kami bercinta semula. Saya rasakan jodoh saya dengan dia kuat. Almy mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai dijadikan seorang isteri. Dia cukup semuanya. Kami pun sudah berkawan selama tujuh tahun, jadi kami telah mengenali diri masing-masing dengan baik,”

“Insya-Allah, kali ini saya tidak mahu tunggu lama-lama. Jika tiada aral melintang, saya akan beritahu secepat mungkin. Mungkin tahun depan saya akan berkahwin dengan dia, Insya-Allah. Tapi saya mahu lepaskan dahulu majlis adik saya." -Fizz

Tag : , , , , , , ,