Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hadiah paling MENGEJUTKAN dari Fizz Fairuz buat Almy Nadia (KO MAMPU?)

Isnin, 19 Jun 2017

Fizz Fairuz pada hujung minggu lalu telah memberikan kejutan buat isterinya bersempena hari jadinya tak lama lagi. Almy Nadia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan hadiah sebuah kereta mewah jenama yang sama Toyota Vellfire yang berharga lebih RM200,000.00!

"Encik suami buat kejutan hari ini, katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat..., katanya hadiah hari jadi kerana sepatutnya keluar pada hari jadi saya. Usaha keras encik suami beberapa tahun. Terima kasih sayang," tulis Almy.

Almy Nadia selamat melahirkan anak perempuan TAPI..

Rabu, 28 September 2016

Fizz Fairuz dan Almy Nadia menyambut kelahiran anak kedua mereka jam 9.06 malam semalam. Anak perempuan seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Columbia, Setapak.

"Saya terus dibawa ke hospital apabila tiba-tiba berasa sakit hendak bersalin. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Tuhan.

"Menjadi rezeki kami juga untuk sekali lagi menerima anak perempuan. Anak sulung kami, Nur Afrina Arianna, sudah pun setahun umurnya. Anak yang kami bela pula, Nur Afrina Darwisyah, sudah berusia tujuh tahun. Semuanya heroin," kata Almy memetik Bharian Online
Tapi mereka suami isteri dikhabarkan belum memilih nama sesuai untuk si bongsu ini.

Komen negatif mengenai berat badan, ini luahan Almy Nadia..

Khamis, 21 Julai 2016

Kasihan Almy Nadia, berat badannya naik menjadi perbualan hangat di laman sosial, bahkan ada juga yang mengkritik kenapa Almy Nadia tak membuat inisiatif untuk mengurangkan berat badan seperti dahulu.
“Saya kini tidak mahu lagi mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap diri saya. Lumrah, badan akan naik ketika hamil dan saya menerima hakikat itu dengan hati terbuka. Biarlah apa yang ingin orang kata, asalkan saya bahagia”

“Lagipun, saya tidak mahu menyekat pemakanan demi memuaskan hati pihak tertentu saja. Bagi saya, kesihatan bayi dalam kandungan lebih penting daripada segala-galanya,”
Almy Nadia kini sedang hamil enam bulan. -BH Plus

Bakal timang anak ke-2, ini impian Fizz Fairuz..

Rabu, 29 Jun 2016

Fizz Fairuz dan isterinya, Almy Nadia khabarnya kini sedang menanti cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Oktober nanti.

Selepas mendapat puteri sulung mereka pada Februari tahun lalu, Fizz berkata dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki pula.

Benda yang Fizz Fairuz tak kisah waktu Almy Nadia hamil anak ke-2

Jumaat, 27 Mei 2016

Fizz Fairuz dan Almy Nadia bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, bersyukur dengan kurniaan Allah SWT, Fizz memberitahu beliau tidak kisah jika berat badan isterinya itu naik sewaktu hamil.

Jika sebelum ini dia bimbang dengan kenaikan berat badannya, tetapi bagi saya, ia tidak menjadi masalah besar. Saya katakan padanya, selagi dikurniakan rezeki anak, terima sahajalah, bila sudah cukup kuota, baru berhenti dan jaga badan.

Pada masa yang sama, Fizz akui beliau dan isteri tidak mempunyai pembantu rumah dan lebih selesa untuk menguruskan setiap perkara bersama meskipun kandungan isterinya sudah memasuki usia lima bulan. Mereka juga tidak perlu memikirkan soal keselematan anak mereka.
Alhamdulillah, kandungan Almy sudah pun memasuki usia lima bulan dan dijangka bersalin Oktober nanti.

Buat masa sekarang kami tidak mempunyai pembantu rumah, jadi anak memang dijaga sepenuhnya oleh kami berdua dan dibantu oleh mak juga. Bagaimanapun, ia tidak mengganggu perjalanan kerja kami setakat ini.
Sebelum ini, pada kehamilan pertama ramai yang mengkritik saiz badan Almy sehingga ada yang biadap menyaman rupa aktres itu seperti haiwan yang haram.

Mereka hanya tambah dosa sendiri - Almy Nadia

Isnin, 7 Mac 2016

Sebab badan terkini Almy Nadia yang tidak seperti dahulu, dia menerima banyak kritikan dan pertanyaan di laman sosial. Namun bagi Almy dia tidak berkecil hati dengan hal itu kerana mempunyai alasan yang tersendiri.

Almy Nadia hamil anak ke-2 tapi mahu berhati-hati sebab

Khamis, 18 Februari 2016


Seperti sedia maklum Almy Nadia kini berbadan dua akan mengandung anak ke-2. Namun berita itu hanya disampaikan oleh suaminya, Fizz Fairuz menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan menggunakan hasgtag #rezekibabydlmperut.

Almy dedah punca kenapa dia jarang keluar tv..

Khamis, 11 Februari 2016

Jarang melihat kelibat Almy Nadia sekarang ni kan, dengar cerita suaminya Almy, Fizz Fairuz mengongkong dirinya untuk tidak keluar di kaca tv.

Namun bagi Almy, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak lagi 'rajin' muncul di kaca tv.

Punca Almy Nadia tidak lagi berlakon..

Khamis, 17 Disember 2015

Isu saiz badan buat Almy Nadia memang agak sensitif, terbaru pelakon itu menyatakan yang dia kini bukan menolak tawaran berlakon tetapi bentuk badannya kini menghalang dia untuk meyakinkan mewataki lakonan itu.

Almy juga mengatakan bahawa kebanyakan stesen TV memilih untuk mengambil pelakon baharu walaupun ada antara mereka dilihat tidak pandai untuk berlakon oleh kerana mereka boleh dibayar rendah.
“Tipulah jika saya tidak rindu untuk berlakon semula setelah melahirkan anak. Masa mula-mula dahulu memang rindu, kemudian lepas bersalin ada satu masa saya rindu lagi untuk beraksi”

“Namun setelah beberapa bulan kemudian, masih tiada tawaran di samping terdengar pengarah bertanya sama ada badan saya sudah turun ke belum dan dalam masa sama saya sudah mula berniaga, jadi bagi saya, lebih baik saya teruskan berniaga”

“Rasanya bagi saya berniaga lebih seronok kerana tunggu berapa jam pun di gerai, masih boleh jual barang di samping berpuas hati apabila dapat memberi orang makan. Jika ditawarkan berlakon semula, saya perlu lihat juga pada bayaran,.

“Pelakon baharu boleh dikerah dan dibayar rendah. Lagipun asal muka cantik dan hensem, mudah sahaja mereka berlakon. Berbanding ketika kami dahulu ada label tersendiri, jika seseorang artis mahu masuk slot yang best mestilah dibarisi pelakon popular dan terkenal”

“Jika artis itu tiada nama dan baharu, mereka tidak akan di pandang. Namun kini sangat berbeza asalkan ada rupa. Oleh itu, pelakon lama seperti saya sudah tidak dipandang produksi dan stesen TV,” jelasnya kepada Sinar Harian

Almy Nadia bengang gara-gara komen ini.. (4 gambar)

Isnin, 19 Oktober 2015


Baru-baru ini Almy Nadia agak sentap dengan satu komen yang menyuruhnya agar ikut penampilan d pelakon Che Ta. Nak kata kasihan memanglah kasihan, tetapi diharap Almy Nadia jangan ambil pusing komen-komen di Instagram. Tidak semua hanya pujian semata-mata. Namun tidak semua kritikan membina menandakan mereka haters. Tetapi iyalah kalau tidak dibalas komen tersebut, hati mungkin tidak tenang selagi tidak pertahankan diri. 

Kalau dilihat mungkin juga Almy agak tertekan dan terkesan (Almy tidak mengaku malah mengatakan dia sangat gembira) dengan isu-isu yang timbul melibatkan dirinya baru-baru ini. Bermula dengan kutukan terhadap berat badannya diikuti oleh kes kantoi WeChat suaminya, pelakon Fizz Fairuz. Sekarang ada yang membandingkan penampilan Almy dengan Ratu Show Off Che Ta. Siapa pun akan pasti terasa hati melainkan mereka yang benar-benar kental sahaja. -Sumber Forum Cari

Almy Nadia dah langsing.. Wuyoo (2 gambar)

Ahad, 11 Oktober 2015

Selepas kahwin dulu, Almy Nadia dikatakan mengalami berat badan, dan ramai yang perasan akan hal itu. Namun baru-baru ini Almy sekarang makin slim aka langsing.

Ini sendiri dipuji oleh rakan-rakannya di laman sosial. Tak dipastikan apa tips sebenar Almy ini, makan ubat? bersenam? diet seimbang? ha korang rasa apa. :)

Almy Nadia sindir Fara Mendoza..

Khamis, 13 Ogos 2015

Dengarnya Almy Nadia ada memuatnaik post yang menyindir Fara Mendoza di dalam laman Instagram. Namun post itu telah dipadam oleh Almy beberapa jam selepas itu tanpa sebab diketahui menurut sumber

Sindirian itu katanya lebih kepada Fara Mendoza tidak memiliki perkerjaan dan sanggup buat publisiti dengan menggunakan suaminya, Fizz Fairuz di laman aplikasi sosial Wechat.

Part lV Panas! ini komen Almy Nadia, pertahankan Fizz Fairuz..

Rabu, 12 Ogos 2015

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia juga menerima tamparan apabila dia juga seorang pelakon dan yang selalu berada di samping Fizz. Berikutan isu panas yang melanda Fizz semalam dimana penyebaran foto screenshot aplikasi Wechat oleh aktres muda, Fara Mendoza.
"Saya tak tahu apa-apa mengenainya sehinggalah pihak media menelefon dan bertanyakan perkara itu sendiri kepada saya. Jadi kalau nak tahu kebenarannya, kena tanyakan pada Fizz sendiri. Saya tak boleh nak komen apa-apa.

"Namun, apa-apa pun yang berlaku, saya tetap akan mempertahankan Fizz kerana dia suami saya.Lagipun, syurga saya di bawah tapak kaki suami,"

"Saya tak tahu kebenarannya. Mungkin benar dan mungkin juga ada pihak tertentu yang sengaja mahu memperdajalkan Fizz untuk meraih perhatian.

"Namun saya tidak akan cepat melatah dengan apa yang berlaku dan saya rasa saya sudah semakin matang sejak berumahtangga.

"Lagi pun sekarang ini, saya lebih sibuk menguruskan anak dan rumahtangga daripada memikirkan benda-benda yang sebegini," -Almy petikan portal MUrai

Gambar anak terkini Fizz Fairuz, Almy Nadia (6 gambar)

Khamis, 9 Julai 2015

Fizz Fairuz komen pihak bidas majlis akikah anaknya

Khamis, 30 April 2015

Memang ada pihak yang sengaja nak menghentam pasangan suami isteri, Fizz Fairuz dengan Almy Nadia diatas tindakan mereka yang kononnya tidak ikut sunnah dan membazir mengenai majlis akikah anak sulung mereka, Nur Afrina Arianna hujung minggu lalu.

Fizz tampil membidas kenyataan dengki sesetengah pihak itu. Dan pandangan itu sama seperti yang admin tulis sebelum ini. Ikut kemampuan dan ianya untuk sekali seumur hidup anaknya itu, dan tidak bercanggah dengan syariat.
“Itu merupakan rezeki buat puteri sulungnya yang pertama Nur Afrina Arianna, rezeki saya yang termampu. Kalau kita buat di kampung pun tetap sama, di mana saya perlu buat selawat, panggil pelajar-pelajar tahfiz, tahlil, marhaban dan itu adalah benda yang sama seperti mana yang saya lakukan di sini”

“Kenapa orang tak pertikaikan kalau kita buat di kampung dan kalau dipertikaikan apa yang saya buat itu membazir, tidak perlulah adanya lagi anugerah-anugerah atau majlis-majlis di Malaysia ini, tak payah buat sebab itu pun membazir,”

“Kita bukan kira membazir ataupun tidak, tetapi itu adalah di atas kemampuan. Saya mampu saya buat dan sekiranya saya melakukan majlis ini di kampung pun saya kena sembelih 2 ekor kambing, buat marhaban dan sebagainya. Benda ini perkara biasa”

“Tiap-tiap tahun orang akan bersalin, dapat baby dan apabila selepas pantang akan buat majlis akikah. Akikah ini benda yang wujud kita kena buat. Jadi orang luar yang cuba mempertikaikan dia itu tidak bertamadun”

“Kita tak menunjuk tetapi benda ini di ‘highlight’ terlalu besar oleh media. Saya ini artis bila kita buat majlis kita panggil wartawan. Mungkin ‘highlight’ itu yang nampak mewah, meriah dan besar. Buat untuk anak saya dan sebenarnya kita buat bersederhana sahaja, mungkin dekorassi yang menarik”

“Benda itu biasa sahaja dan saya telah mengehadkan apa-apa yang ada. Dibuat sekadar yang termampu. Anak pertama kita begitu ghairah untuk meraikannya. Saya seronok sangat dan buatlah apa yang nak buat. Kalau nak bertelagah benda-benda macam ini rasanya tak berguna”

“Benda ini tiada isu pun, kalau nak bercakap Malaysia hak bersuara, bersuaralah tapi jangan lebih-lebih sangat,” Fizz

Majlis akikah anak Fizz, Almy dikecam!

Selasa, 28 April 2015

Apa la manusia ni, sikit-sikit nak dengki, nak jadi ostaj/ostajah Facebook, biarkan lah Fizz Fairuz dan Almy Nadia nak buat majlis akikah dan cukur jambul anak mereka. Mereka buat pun sekali seumur hidup untuk anak mereka tu bukan setiap bulan.

Admin tak nampak apa yang mudaratnya majlis berkenaan, masih nampak seperti normal dan kebiasaan majlis mengikut kemampuan.

Lagi pula mereka berdua pelakon, sudah semestinya nak buat majlis besar-besaran untuk rakan-rakan artis dan juga keluarga kedua-dua pihak tambahan lagi tetamu kehormat di Raja yang hadir ketika itu.

Almy, Fizz dedah wajah anak (38 gambar akikah)

Isnin, 27 April 2015

Akhirnya pasangan suami isteri, Almy Nadia dan Fizz Fairuz sudah bersedia menampakkan wajah anaknya Nur Afrina Arianna yang kini berusia 2 bulan ketika majlis cukur jambulnya.

Almy sebelum ini risau dengan kutukan jika dia mendedahkan wajah anaknya pada awal kelahirannya lalu. -Instagram FizzFairuz

Anak Fizz, Almy mengalami masalah kesihatan..

Jumaat, 13 Mac 2015

Anak kepada Fizz Fairuz dan Almy Nadia dikatakan mengalamani masalah kesihatan iaitu menghidap demam kuning sejak dilahirkan pada 17 Februari yang lalu.

Menurut laporan mStar, demam berkenaan bukan makin menyusut tapi meningkat tiap hari, namun beberapa hari ini menyusut disebabkan kaedah tradisional.
"Dah lebih dua minggu demam kuning dia tak baik lagi ketika dilahirkan tiga hari dia ditahan di wad kerana tahap bacaan bilirubin meningkat kepada melebihi 340 kemudian turun 180 dan bila balik rumah ia naik semula hingga 344.

"Sekarang doktor masih pantau kalau tidak turun bawah 100 pada Isnin ini kemungkinan doktor akan ambil darah dan buat pemeriksaan hati, kita takut ada penyakit lain pula,"

"Ada beberapa cara rawatan tradisional ikut petua orang tua seperti berjemur di bawah matahari dan ada juga saya cuba mandikan dia dengan akar pokok Dukung Anak untuk kurangkan penyakit itu.

"Alhamdulillah ada sedikit nampak perubahannya dan berkurangan," -Fizz

Nama anak Fizz, Almy adalah...

Selasa, 3 Mac 2015

Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah bersepakat memberikan nama anak sulung mereka yang lahir pada 16 Februari lalu dengan nama Nur Afrina Ariana (cahaya putih kemerah-merahan yang penuh kesejahteraan).

Namun wajah anak mereka belum lagi diberi nampak kepada umum kerana mereka akan berbuat demikian setelah anak mereka berusia 40 hari keatas.

Tahniah! Almy Nadia selamat lahirkan baby girl (gambar)

Selasa, 17 Februari 2015

Tahniah kepada pasangan selebriti, Almy Nadia dan Fizz Fairuz dimana Almy selamat melahirkan anak sulung mereka semalam. Anak sulung berjantina perempuan itu dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak sekitar 6.49 petang, 16/2/2015.

Bayi perempuan itu seberat 3.25kg, namun nama dan wajahnya tidak didedahkan kepada umum lagi menurut ayahnya, Fizz.