Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Johan mahu derma RM100k wang spontan kepada...

Selasa, 17 Januari 2017

Johan memberitahu yang dia mahu menyumbang sebahagian wang kemenangan bernilai RM100,000 di program realiti Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria terutama penderitaan kanak-kanak yang menyentuh hati dan perasaannya.

Johan juga mengimpikan mahu membina masjid di tempat yang mahu memerlukan dana di dalam negara.

"Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat,"

"Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup.

"Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah," katanya memetik BharianOnline

Hadiah RM100k, ini niat murni Johan agihkan wang berkenaan...

Isnin, 10 Oktober 2016

Johan berkata dia akan membahagikan hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 sebagai juara Super Spontan Superstar kepada anak-anaknya untuk simpanan masa depan.

Johan juga akan turut membahagi hasil kemenangan itu untuk ibu bapa, rumah kebajikan dan kelab peminatnya.
"Saya percaya rezeki yang saya dapat selama hari ini adalah rezeki anak-anak saya, jadi sebagai ketua keluarga saya bertanggugjawab untuk membahagikan sama rata kepada anak-anak saya.

"Selain itu, saya akan bahagikan juga kepada ibu-bapa, rumah kebajikan dan peminat," ujarnya kepada mStar Online
.

Johan letak harga tinggi untuk SuperSpontan?

Isnin, 1 Ogos 2016

Johan Raja Lawak menyangkal dakwaan kononnya dia mengenakan bayaran yang tinggi kepada pihak produksi Super Spontan Superstar sebelum bersetuju bertanding dalam program berkenaan.

Johan sebaliknya berkata, tidak timbul isu bayaran tambahan pula produksi yang menerbitkan program itu adalah milik rakan baiknya sendiri iaitu Afdlin Shauki.
"Sejujurnya sebelum bersetuju dalam sesuatu projek pasti akan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak dan soal bayaran kebiasaannya mengikut tolak ansur.

"Seperti Super Spontan Superstar ia diterbitkan oleh rakan baik saya sendiri dan tidak munasabah jika saya kenakan bayaran tidak masuk akal seperti didakwa," katanya kepada mStar Online.
Super Spontan Superstar bakal bersiaran bermula 5 Ogos depan di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134 pada setiap hari Jumaat, 9 malam.

Otak dia berjambul! -Tauke Jambu

Rabu, 29 Oktober 2014

SuperSpontan 2014 sudah pun melabuhkan tirainya. Namun ada perkara yang terjadi diantara pesertanya, Tauke Jambu dengan pengiring spanduk gadis SuperSpontan.

Tauke ada bergambar dengan gadis berkenaan dan memuatnaik ke dalam laman sosial. Namun berlaku sedikit ketegangan diantara Tauke dengan pengikutnya akibat komen yang tidak rasional dikeluarkan.

Mana tidak bengang Tauke, ni cuba korang baca komen tersebut. -gambar HotlipsCorner

Fizz Fairuz Rancang Kahwin Almy Nadia 2014

Khamis, 26 September 2013

Due merpati ini kini berpaut kembali, baguslah, Fizz Fairuz dengan Almy Nadia. Walaupun dengar sebelum ini mereka bersahabat selepas insiden pertunangan Fizz Fairuz yang kontroversi itu, kini mereka sepertinya sudah copule bali.

Mereka kerap kelihatan bersama akhir-akhir ini dimana memetik portal GUA, mereka kelihatan bersama ketika Fizz menemani Almy ke studio SuperSpontan 2013 dan ketika perlawanan bola sepak sempena Fiesta Bola dan Muzik ERAvaganza di Melaka dan yang paling latest sekali di 'Bootcamp Liga Lawak Superstar 101' di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.

Zizan Raja Lawak terlantar di Hospital

Isnin, 30 April 2012

Lihat rancangan SuperSpontan pada hari Jumaat lalu, ternyata, Zizanyang menganggotai kumpulan Angsa Ganas sedikit menampakkan kurang bermaya aka bertenaga dan kelihatan letih sangat. Mungkin disebabkan itulah Zizan terpaksa terlantang di hospital berhampiran. Khabarnya dia terkena penyakit yang tak dikenal pasti secara rasmi. Apa-apa pun kita doakan agar Zizan sembuh seperti sediakala. :)

gambar OhMedia