Farid Kamil Lempang Nora Danish sebab..

Pada: Rabu, 25 September 2013
Amboi-amboi bukan main lagi Farid Kamil ni bila dikhabarkan semalam melalui portal GUA yang dia sanggup memukul dan memberikan kekerasan terhadap pelakon jelita, Nora Danish.

Bukannya mereka ada pertalian apa-apa pun, baru sahaja kawan dah macam hal berlaku. Sehinggakan Diana Danielle pun melepaskan tangan. Tapi takpe, biarkan dorang, tahu lah mereka berdua nak uruskannya.

Sebab ini semua dalam filem terbaru lakonan Farid sendiri dengan Nora Danish, Bencinta
"Saya memegang watak sebagai Faizal dalam filem ini. Faizal merupakan seorang lelaki yang gemar memukul perempuan. Faizal sering memukul isterinya, Fathia, lakonan Nora. Walau begitu, secara realitinya, saya menentang 100 peratus keganasan kepada pihak wanita. Saya kurang gemar dengan karakter tersebut tapi sebagai pelakon, saya telah cuba merealisasikan watak Faizal dengan sebaik mungkin,"

"Cabaran watak ini sangat besar. Saya diberi mandat untuk memukul wanita yang juga merupakan isteri saya. Saya kena berhati-hati dalam melakonkan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak yang memerlukan saya memukul Nora. Apabila kami melakukan babak aksi pukul memukul, Nora telah memberikan sepenuh kerjasama untuk memenuhi tuntutan watak masing-masing," -Farid
Dalam hal lain, anak Farid dan Diana Danielle, Muhammad akan mengadakan majlis kenduri akikah dan ianya mendapat hak ekslusif Astro untuk ditayangkan kepada umum. Dan itu semua masih dalam proses dan tarikhnya belum diketahui lagi.

Tag : , , , , , ,