Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Diana Danielle singkirkan Fattah Amin!

Khamis, 17 Ogos 2017


Diana Danielle berjaya peroleh tempat keempat dalam perlumbaan GAZOO Racing Malaysia (GRM) yang berlangsung di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Lebih mantap, dia berjaya menyingkirkan Fattah Amin dan Janna Nick, masing-masing di tangga ke-6 dan ke-9.

Terdahulu, Diana menerima sijil daripada Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu selepas menjalani kelas perlumbaan kereta selama tiga bulan.

Sementara itu, Shukri Yahaya juga turut memuat naik fotonya membawa pulang trofi kemenangannya.

Diana Danielle buka mulut isu tak beraya di kampung Farid

Rabu, 19 Julai 2017

Ramai orang menyangka yang rumahtangga Farid Kamil dan Diana Danielle berantakan disebabkan Diana enggan beraya ke kampung Farid di Alor Setar, Hari Raya tahun ini bersama-sama dua orang anak mereka.

Namun lain pula ceritanya, gambar terbaru menunjukkan Farid bersama anak-anaknya pergi menjenguk Diana di Litar Sepang, ini membuktikan gambaran yang mereka seperti tiada masalah.

Berbalik kepada cerita tak berbalik kampung Farid tadi, sebenarnya Diana terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk menjaga ibunya yang dijangkiti denggi.

Farid Kamil dedah cara nak selamatkan rumahtangga nak bercerai

Isnin, 23 Januari 2017

Diana Danielle sebelum ini ada membuat kenyataan yang dia dengan suaminya, Farid Kamil perah goyah dan hampir nak bercerai. Namun, Diana akui tindakan beliau ke Mahkamah Rendah Syariah bersama seorang peguam didorong oleh perasaannya yang terlalu emosi.

Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.

Dan kini Farid tampil memberikan komen pertamanya berhubung hal itu.

"Rumah tangga ini ibaratnya seperti cuaca tertentu. Ada kalanya panas dan kadang-kadang hujan lebat. Begitu juga perkahwinan saya dan isteri. Apa jua masalah yang berlaku memantangkan kami berdua dari segi pendekatan dan juga tindakan yang boleh diambil. Yang penting ialah sentiasa bermuhasabah diri dan kenal pasti masalah sebenar yang menjadi punca persengketaan.

Saya percaya sekiranya ada perkara-perkara yang melibatkan masalah dalam rumah tangga, cara terbaik ialah merujuk kepada pakar-pakar yang bertauliah dalam bidang berkaitan. Sebagai suami, apabila sudah membuat keputusan untuk menerima akad dan nikah, tanggung jawab dia ialah memastikan asas utama dalam perkahwinan iaitu ilmu agama perlu jadi keutamaan." kata Farid memetik Utusan Online

Sekitar sambutan harijadi anak ke-2 Farid, Diana (7 gambar)

Selasa, 22 November 2016

Farid Kamil dan Diana Danielle menyambut ulang tahun pertama anak keduanya, Nur Aurora baru-baru ini.
‘Happy Birthday Aurora. Semoga menjadi anak solehah dan semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Ya Allah berkati dan rahmati keluarga bahagia ini. Amin ya rabbal alamin.’ -ucapa Farid di Instagram miliknya
Yana Samsudin dan suami Fadzil Zahari turut hadir memeriahkan lagi majlis.

Kesudahan episod rumah tangga Farid Kamil, Diana Danielle....

Isnin, 21 November 2016

Farid Kamil anggap tindakan isterinya, Diana Danielle berjumpa ahli agama berhubung masalah rumah tangganya dilihat positif. Apa yang penting selepas kejadian itu, mereka masih bahagia.

Rumah tangga goyah, ini pengakuan Diana Danielle

Isnin, 7 November 2016

Dengar khabar hujung minggu lalu, dimana rumahtangga Diana Danielle dan Farid Kamil goyah. Ini ditambah sumber memetik Bharian Online, yang salah satu daripada mereka sudah mendapat nasihat peguam syariah.

Diana juga pernah sunyi beberapa lama ketika berkahwin dengan Farid, dan kini beliau sudah aktif semula dengan pelbagai acara hiburan.

Diana juga mengakui hadir ke Mahkamah Syariah pada minggu lalu tetapi enggan menyatakan sebab utama dirinya berbuat demikian.

"Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan,

"Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin (dari 3 November 2012) belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi," katanya.

Biarpun masih berteka-teki mengenai status rumah tangganya, sumber memaklumkan kemelut perkahwinan pasangan itu sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Telatah 2 anak Diana Danielle, Farid Kamil (gambar & video)

Jumaat, 14 Oktober 2016


Saya tak mahu digandingkan dengan Farid tapi! - Diana

Rabu, 29 Jun 2016

Diana Danielle tidak menyangka gandingan pertama bersama suaminya, Farid Kamil dalam drama berjudul Sedikit Waktu menyebabkan lakonannya menjadi kaku.

Diana berasa segan berlakon disamping suaminya itu kerana merasakan tidak layak bergandingan dengan aktor hebat seperti Farid.

"Saya sejujurnya tidak mengetahui bakal bergandingan dengan Farid dalam drama tersebut kerana pada awalnya diberitahu akan berlakon bersama Remy Ishak.

"Atas sebab itu saya rasa lakonan saya kaku ketika hari pertama penggambaran kerana tidak pernah berlakon dengannya dan ia pengalaman yang sukar saya gambarkan dengan kata-kata.

"Sudah tentu saya rasa malu, segan dan takut kerana Farid adalah antara pelakon hebat dan rasa seperti tidak layak bergandingan dengannya," katanya kepada mStar Online.

Diana Danielle sanggup beli baju di pasar malam..

Isnin, 13 Jun 2016

Agak mengejutkan apabila mengetahui yang Diana Danielle sanggup untuk membeli baju di pasar malam demi anak-anaknya disebabkan mahu menyimpan wang untuk masa hadapan mereka.

Agak musykil kerana setiap selebriti harus mementingkan imej dan penampilan mereka kepada peminat, tapi lain pula cara Diana ni kan.

“Saya tidak kisah jika terpaksa membeli baju di pasar malam asalkan saya tidak membazir wang. Ini kerana saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki ketika zaman remaja dulu. Selepas ini jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam sebab saya mahu simpan wang untuk masa depan anak-anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah.”

“Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi kini semua itu bukan lagi keutamaan. Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir,” katanya kepada Berita Harian Online

Diana Danielle Halau Pelajar Tahfiz? (2 gambar)

Khamis, 17 Mac 2016


Menerusi perkongsian di sebuah laman Facebook insan yang bernama Muazrin Mustapha, dirinya ada memuat naik foto dan juga kapsyen yang mendakwa bahawa Diana Danielle bersikap memperlekehkan seorang pelajar yang membuat jualan amal bagi Rumah Amal Bistari, Yan, Kedah setelah pelajar tersebut beredar.

Sedar dengan perkongsian tersebut, Diana Danielle lantas memuat naik status dan juga foto di laman instagramnya berkenaan perkongsian gambar dari Muazrin lapor Era.fm.

Terkini - Nur Aurora anak Farid Kamil, Diana Danielle (11 gambar)

Khamis, 3 Mac 2016

Sekitar majlis akikah anak Diana Danielle, Farid Kamil (6 gambar)

Rabu, 17 Februari 2016


Baru-baru ini telah berlangsung majlis akikah yang diadakan untuk cahaya mata kedua Farid Kamil dan juga Diana Danielle iaitu Nur Aurora.

Sesi photo studio anak Diana Danielle, Farid Kamil (7 gambar)

Ahad, 20 Disember 2015

Comelnya anak kepada Diana Danielle dan juga Farid Kamil ini iaitu Nur Aurora. Mereka sekeluarga berkesempatan membuat sesi bergambar anak mereka itu disamping anak sulung, Muhammad.
“Assalamualaikum, Hello everyone! Let me introduce to you my lovely little daughter… Happy One Month old my darling Nur Aurora! You are our biggest blessing along with your brother Muhammad. I’m very lucky to have such a calm and happy baby. Syukur Ya Allah for my little family,” jelas Diana di Instagram.
Gambar - Camora Arts

Nama anak ke-2 Farid Kamil, Diana Danielle..

Jumaat, 27 November 2015

Farid Kamil dan juga Diana Danielle memilih nama Nur Aurora kerana bersesuaian dengan waktu dia dilahirkan.
“Kami sama-sama pilih nama dengan mencari maksud yang sesuai. Memandangkan bayi dilahirkan pada waktu subuh, jadi kami memilih nama Nur Aurora yang bermaksud cahaya fajar sesuai dengan waktu yang dilahirkan”

“Sememangnya saya bersyukur dengan kehadiran Aurora dan kami perlu sama-sama menguruskannya dan menjadi satu benda yang cukup menarik,” jelas Farid kepada portal Media Hiburan.

Diana Danielle selamat bersalin anak ke-2 (2 gambar)

Selasa, 24 November 2015

Tahniah Farid Kamil dan Diana Danielle yang dikhabarkan Diana selamat bersalin anak ke-2 mereka pada 19 November yang lalu.

Berita dan gambar juga turut dikongsikan Farid melalui laman sosial instagram miliknya

Diana Danielle kini hamil 7 bulan (5 gambar hamil)

Isnin, 21 September 2015

Wah tip tup Diana Danielle kini hamil/berbadan dua anak ke-2 dia dengan Farid Kamil dengan usianya 7 bulan. Ada dua bulan lagi untuk dijadualkan bersalin.

Kita doakan agar dia selamat bersalin nanti dan Muhamad anak sulung bakal dapat adik.

Diana Danielle bakal bersalin anak ke-2 pada...

Jumaat, 18 September 2015

Farid Kamil memberitahu media semalam yang isterinya, Diana Danielle yang kini hamil anak ke-2 mereka bakal melahirkan anak pada bulan November ini.
“Harap-harap tarikh perlawanan (Equestarian Tournament) tidak berubah. Ini kerana doktor sudah menjangkakan Diana akan bersalin pada bila-bila masa di bulan November ini. Saya mahu berada di samping isteri di saat-saat penting iaitu ketika sarat mengandung dan melahirkan”

“Walaupun pada kandungan kedua ini Diana mudah letih, tetapi dia tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah… perkara itu buatkan saya lebih teruja untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami,” jelasnya kepada mStar Online.

Sekitar Majlis Doa Selamat Lisa Surihani, Yusry (8 gambar)

Selasa, 25 Ogos 2015

Sah Diana Danielle kini hamil, usianya...

Khamis, 13 Ogos 2015

Alhamdulillah, perkhabaran berita sebelum ini yang menyatakan Diana Danielle berbadan dua akhirnya benar. Ini disahkan lagi oleh suami beliau, Farid Kamil yang mengesahkan Diana kini hamil 5 bulan anak ke-2 mereka.

Farid juga memberitahu keadaan Diana kini sihat dan difahamkan tidak banyak membuat aktiviti luar dan seumpamanya.

Diana Danielle mengandung anak ke-2? (gambar mengandung)

Isnin, 10 Ogos 2015

Dengar khabar angin yang tak disahihkan lagi oleh empunya badan, Diana Danielle yang dia kini mengandung anak ke-2. Mungkin agak sukar dipercayai kerana tiada kenyataan media mengenai itu.

Tapi lihat gambar kat bawah ni pastinya anda akan terfikir, bentuk badan Diana yang sepertinya mengandung/hamil. Kalau betul, tahniah lah kan.