Pada:
Selasa, 27 Ogos 2013

Sebelum ini Aidil menafikan yang dia tidak memberikan nafkah kepada Rita sebaliknya menganggap Rita cuba berbohong depan media dengan memburuk-burukan dirinya.
Rita juga menganggap yang nafkah dari Aidil berjumlah RM500 sebulan tidak cukup untuk menampung kos anak-anak mereka.
“Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?”
“Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!
“Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!” -Rita
Tag : Aidil Zafuan , Anak Artis , Gossip Artis , Nafkah , Pemain Bola Sepak , Perceraian Artis , Pergaduhan , Rita Rudaini