Pada:
Khamis, 18 Julai 2013
Semalam dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bersama isterinya, Noor Dayana untuk menarik balik permohonan berpoligami yang sebelum ini dia memfailkan untuk permohonan berkenaan.
Ini disebabkan Ashraf sudah pun bernikah yang pernah digosipkannya dan dinafikan oleh Ashraf dahulu, Wan Sakinah dimana mereka bernikah di Thailand pada minggu lepas.
Ashraf dikenakan perintah Mahkamah untuk membayar RM8000 iaitu sebagai bayaran kepada Noor Dayana. Tidak dapat dipastikan apa punca sebenar Ashraf berpoligami.
Dan ini pula komen Sakinah...
"Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia reda.
"Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya," -Sakinah, HMetro
Tag : Ashraf Muslim , Berita Artis , Isteri Artis , Mahkamah , Pelakon , Poligami , Thailand


