Pada:
Rabu, 24 Julai 2013

Tapi semangat Bobo bukan seperti menampaknya dia seorang yang lemah, malah mempunyai semangat ingin membuat lagi video prodi yang lain walaupun mendapat cacian, makian, perlian, dan ugutan.
Inilah ulasan Bobo apabila mendapat ugutan belasah itu yang memetik portal Murai semalam
"Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.
"Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya,"
"Saya tidak kisah berapa ramai pun orang mahu membenci saya, biarpun dimaki dan diugut, namun saya tetap akan terus membuat video parodi kerana itu hobi saya dikala saya sunyi dan bosan.
"Lagipun, saya yakin, bila ramai yang membenci saya, ramai pula yang menonton dan memuat naik video saya di laman sosial seperti Facebook," -Bobo
Tag : Berita Artis , Bobo , Facebook , Gwiyomi , Pelawak , Pergaduhan , Prodi , Video Artis , Youtube