Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Apa yang terjadi dengan anak Zulkifli M. Osman?

Isnin, 7 Ogos 2017

Dengar khabar yang anak kepada pengarah dan pelakon Datuk Zulkifli M. Osman iaitu Puteri Nur Farra kini sudah menjadi penyanyi.

Puteri atau dikenali sebagai Falla Zully tampil dengan single pertamanya iaitu Aku Ada Kamu untuk sebagai pengenalan bagi memperkenalkan dirinya dalam industri hiburan tempatan.

Menggunakan khidmat komposer Reyza Hamizan dan lirik ditulis oleh Aiyad Sakti, Falla yakin single pertamanya itu dapat diterima baik oleh pendengar muzik tempatan.

Semua sudah terjawab Aliff Aziz, Bella. Komen lawak nitizen (pic akhir sekali)

Selasa, 1 Ogos 2017

Aliff Aziz mengaku dia keluar berdua dengan Affifah Nasir ke pusat karaoke di Cheras, Kuala Lumpur, Khamis lalu dan ia bukan atas urusan kerja seperti didakwa.

Aliff berkata, dia berani mengakui perkara itu kerana dia dan Afifah yang juga pelakon tahu apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Sehubungan itu, Aliff turut mengakui kesalahannya terhadap isteri, Bella Astillah, 23, termasuk mengasari isterinya itu di pusat karaoke berkenaan.

Wanita bertudung labuh tapi tunjuk penumbuk, Uqasha penipu? dedah suaminya

Selasa, 25 Julai 2017

Dengarnya kecoh melibatkan Uqasha Senrose dengan seorang wanita bertudung labuh yang dimuatnaik video gara-gara tuduhan Uqasha terhadap wanita berkenaan mengeluarkan tangan penumbuk sebagai isyarat nak gaduh.

Namun video berkenaan telah dipadam oleh Uqasha, namun sudah terlambat dimana video berkenaan sudah tular di media sosial. Lelaki yang turut mengaku isteri kepada wanita berkenaan menuduh Uqasha sebagai penipu melalui video yang disiarkan semula di Youtube.

Datuk Seri Vida berjudul I Am Me versi metal (video)

Sabtu, 15 Julai 2017


Rata-rata menyukai versi metal I Am Me dan memuji tindakan gitaris yang dikenali sebagai Max Sayuti mengubah rentak lagu itu sehingga ia kedengaran lebih menarik. Jom Dengar!

HOT! Pelakon lelaki kantoi gila seks ganas? (video)

Selasa, 11 Julai 2017


Agak mengejutkan, betul ke ni gossip ni, baru sebentar belek-belek laman YouTube, ternampak video ni. Adakah Miss G sengaja buat fitnah?

Ramai orang mengetahui yang Fahrin Ahmad adalah diantara pelakon lelaki paling hot, takkan dia kena selit kot dalam video ni. Korang tengok dan dengarlah sendiri video ini.

Merdu! Siti Nurhaliza cover lagu Menahan Rindu dari Wany Hasrita

Selasa, 16 Mei 2017

Bukan main sedap lagi suara Dato Siti Nurhaliza punya suara bila menyanyikan lagu berjudul Menahan Rindu yang dinyanyikan oleh Wany Hasrita baru-baru ini.

Video luahan mangsa penipuan hampir RM1 juta Dato Hattan?

Isnin, 20 Mac 2017

Seorang yang bernama Noor Maszura tampil membongkarkan penipuan Dato hattan sehingga dirinya dan suami bankrup selama 15 tahun. dia meluahkan segala apa yang terbuku dalam hati dalam sebuah video yang berdurasi 20 minit.

Tangan pengacara WHI melecur semasa Live akibat kena air panas

Isnin, 13 Mac 2017


Kasihan pengacara ini terkena air panas ketika membuat menu masakan. Namun ramai yang susah nak percaya dan ada juga memberikan kata-kata semangat untuk pengacara ini di ruangan komen Youtube.

Video Ekslusif Fattah dan Neelofa yang terbaru..

Jumaat, 27 Januari 2017

Aiman Tino dedah kenapa dia gagal di AJL 31

Rabu, 25 Januari 2017

Walaupun terkenal di laman sosial Youtube, namun lagu Aiman Tino di AJL ke-31 hujung minggu lalu tidak dapat menyayingi rakan artis yang dah lama dalam industri muzik.

Aiman memberitahu yang faktor gugup sebagai punca kegagalannya menampilkan persembahan terbaik pada malam itu. Akibat persembahan kurang meyakinkan semalam menyebabkan Aiman teruk dikecam netizen di Facebook.

Aiman berkata, dia terlalu fokus pada lirik sehingga membuatkan penghayatannya ketika menyanyi tidak mendalam.

"Kalau dalam persembahan biasa, saya akan menyanyi ikut lirik asal, tapi untuk AJL, saya ikut saranan juri agar tukar liriknya.

"Pertukaran lirik ini hanya dibuat tiga hari menjelang AJL dan saya amat berhati-hati ketika menyanyi untuk mengelakkan kesalahan sehingga menjejaskan persembahan secara keseluruhan.

"Tak dinafikan agak susah untuk tukar lirik dan memang tiada ayat yang sama dengan lirik asal. Lagipun orang dah terima lirik asal dan apabila ditukar menimbulkan kehairanan kepada mereka yang tak tahu perkara sebenar,

"Memang perasaan ini akan ada pada setiap peserta yang bertanding. Cuma perasaannya lebih dirasai oleh saya sebagai artis baru berbanding mereka yang dah berpengalaman.

"Saya belum pandai menyesuaikan diri untuk beraksi di sebuah pentas besar di hadapan ramai penonton.

"Apapun saya tak kecewa dan anggap ini satu pencapaian membanggakan terhadap karier yang baru nak bermula," katanya memetik HarianMetro.

Khai Bahar cemburu dengan Aiman Tino & Sufian Suhaimi?

Khamis, 19 Januari 2017

Kejayaan dan populariti yang dikecapi artis baharu seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi nampaknya mendapat perhatian ramai pengemar muzik tempatan. Dalam pada yang sama, penyanyi Khai Bahar menafikan yang dia berasa cemburu dengan pencapaian rakan selebritinya itu.

Khai juga menganggap kejayaan kedua-duanya itu merupakan rezeki bagi mereka kerana sambutan luar biasa terhadap lagu masing-masing.

Video anak-anak Johan & Ozlyn

Khamis, 18 Ogos 2016

Dengarnya banyak video yang dimuatnaik oleh Johan dan Ozlyn untuk menunjukkan anak-anak mereka buat masa ini. Satu channel di Youtube sudah dibuat dengan nama 'jozlynn hanania'.

Jom layan beberapa video dibawah ini.

Chomel akui putus asa bila di kritik tomboi tapi kini dia... (video)

Isnin, 3 Ogos 2015

Penyanyi laman sosial, Chomel yang popular dengan lagu 'Andai Hatiku Bersuara' pernah akui yang dia nyaris putus asa apabila imejnya sebelum ini kelihatan seperti tomboi menerima kritikan dan tolmahan. Kini penampilan Chomel di wawancara mStar cukup anggun dan cantik sekali.

Lagu Cindai jadi Cib**, ramai sokong persembahan Stacy

Isnin, 10 November 2014

Agak mengejutkan apabila malam ASK 2014 yang lalu, apabila Stacy menyanyikan lagu Cindai menjadi satu kontroversi apabila penyebutan cindai menjadi cib** yang sinonim dengan perkataan negatif.

Dakwaan ini dikeluarkan oleh komposer lagu Cindai, Hairul Anuar diatas nyanyian yang disampaikan oleh Stacy itu melalui laman sosial Facebook miliknya.

Gabungan Mawi, Hazama & Daily terbaek!

Isnin, 20 Oktober 2014

Dengarnya Mawi sejak beberapa bulan ini semakin aktif semula dengan bidang nyanyian. Terbaru dia dengan penyanyi Hazama dan Daily Filsuf (Ahli Fiqir) telah membuat single lagu terbaru yang berjudul Al Nuraa....Yang 5 ....Yang 6? Ada juga yang tertanya-tanya apa itu Yang 5 ....Yang 6.

Dengar-dengar lagu ini agak menarik untuk didengar. Satu evolusi baru di dalam dunia nasyid tempatan. -gambar Kosmo!

Keadaan Nurul Depp ketika berada di Prague, Czech (4 video)

Jumaat, 10 Oktober 2014

Baru-baru ini penyanyi Nurul Depp telah memuatnaik video kenangan dia dengan anak sulungnya ketika berada di sebuah bandar di Republic Czech iaitu Prague. Nurul memuatnaik video nya itu di laman sosial Youtube bukan di Instagram mahupun Facebook.

Nurul agak teruja dengan Prague kerana keindahan bandar itu.
“Memang saya sangat takjub dengan keindahan Prague. Benarlah seperti mana yang ramai orang katakan bahawa Prague merupakan mini Paris.

“Malah bagi saya bandaraya ini terlalu indah, romantis, ditambah pula dengan masyarakatnya yang turut mempunyai paras rupa yang cantik, tidak kira lelaki mahupun wanita,” -Nurul petikan portal Murai









Rita Rudaini, anak hiasi majalah denga berpakaian Raya..

Khamis, 3 Julai 2014

Majalah MediaHiburan untuk edisi keluaran mereka pada 5 hingga 11 Julai 2014 akan menampilka Rita Rudaini dengan dua orang anaknya bersama-sama majalah berkenaan untuk menjadi cover majalah itu nanti.

Dibawah ini adalah sesi photographi mereka anak beranak dimana Rita mengenakan gaun yang menarik sekali dan anaknya dengan berbaju Melayu sekaligus memperlihatkan mereka sentiasa gembira walaupun tidak bersama ayah kandung (Aidil) ketika di bulan Ramadan ini. Tonton jangan tak tonton..

Babak panas Agnes Monica di videonya

Khamis, 10 April 2014

Ramai yang menyangka, video klip terbaru Agnes Monica berjudul Coke Bottle di laman YouTube merupakan satu video yang mantap terhasil dan gabungan bersama Timbaland adalah satu lagi kelebihan video klip berkenaan.

Tapi ramai yang juga tahu, dalam durasi 1:14 minit video berkenaan, dikatakan ternampak bahagian sulit Agnes Monica di dadanya.

Agnes yang ditemui memberi alasan mengenai ukuran baju yang tidak cocok buat dirinya namun senang dan suka dengan pakaian berkenaan.


"Saya tidak sempat untuk memberi ukuran badan dan tidak sempat mencuba dahulu baju tersebut kerana sibuk dengan latihan.

"Saya akui ia agak seksi tetapi baju itu sangat cantik,

Klip video tersebut mendapat perhatian beberapa media barat dan membuatkan namanya mula dikenali pada peringkat antarabangsa.

"Saya suka lihat Twitter dan radio di sana, mereka banyak memberi liputan tentang lagu tersebut.

"Ia adalah satu permulaan yang baik, saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar," katanya.

Video Aeril dengan Wawa Zainal

Selasa, 18 Mac 2014

Jarang dapat melihat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama-sama buat masa ni, mungkin sibuk rasanya mereka. Namun MediaHiburan sempat merakamkan video mereka berdua menceritakan kemanisan rumahtangga mereka dengan seorang cahaya mata bernama Attar yang berusia 6 bulan.

Video Pesanan Syamsul Yusof Mengenai Islam

Isnin, 6 Januari 2014

Admin rasa pengarah filem, Syamsul Yusof kini dah betul-betul berubah kepada orang yang lebih baik apabila beberapa bulan lalu mendampingi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Lihat sahaja video dibawah ini, Syamsul memberikan ucapan yang dikatakan membolehkan dia sedang belajar ilmu agama, tahu serba sedikit mengenai kisah dan tauladan Ashabul Kafi yang disebutkan di dalam al Quran.