Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amaran, Bobo Bakal Di Belasah!

Rabu, 24 Julai 2013

Kasihan Bobo artis dari laman sosial ni sampai dia terima ugutan mahu kena belasah sampai tahap tidak berperikemanusian gitu kerana dek video prodi-prodinya di dalam Youtube mahupun Facebook.

Tapi semangat Bobo bukan seperti menampaknya dia seorang yang lemah, malah mempunyai semangat ingin membuat lagi video prodi yang lain walaupun mendapat cacian, makian, perlian, dan ugutan.

Inilah ulasan Bobo apabila mendapat ugutan belasah itu yang memetik portal Murai semalam

"Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.

"Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya,"

"Saya tidak kisah berapa ramai pun orang mahu membenci saya, biarpun dimaki dan diugut, namun saya tetap akan terus membuat video parodi kerana itu hobi saya dikala saya sunyi dan bosan.

"Lagipun, saya yakin, bila ramai yang membenci saya, ramai pula yang menonton dan memuat naik video saya di laman sosial seperti Facebook," -Bobo

Sayang Versi Dakwah Islamiyah

Jumaat, 7 Jun 2013


Awal pagi penghulu segala hari, Hari Jumaat ni kita dengarkan dahulu sebuah lagi prodi yang berunsur dakwah Islamiyah oleh pelajar UiTM Penang berjudul Sayang. Tapi ini bukan Sayang yang original dan prodi dari mana-mana puak yang mahu berhibur, tapi membawa mesej yang cukup membina dan dikatakan cinta seseorang kerana penciptaNYA.

Memang best. Nak share kat Facebook boleh pergi ke sini. Nak dengar dulu dan hayati dengan liriknya dibawah ini pun boleh. :)


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.


Sayang - Shae versi Pecah Perut

Khamis, 14 Mac 2013

Memang betul-betul mengelakkan sesiapa yang melihat gelagat seorang 'minah' yang mendendangkan lagu 'Sayang' nyanyian Shae dari Indonesia.

Gelagatnya yang dikatakan popular di laman sosial minggu lalu telah mendapat membuatkan hati tidak rasa senang duduk. Sekali lihat di awal video rasa ok sahaja, bila dah lama-lama (minit 0.40) seperti kerasukan pula, dan ada juga yang bersependapat nak tumbuk sahaja muka dia ni.