Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kak Ton, Bobo dan Syasya Bergabung

Isnin, 30 Disember 2013

Tiga orang pra-selebriti yang dikenali ramai adalah Bobo, Kak Ton dan juga Syasya yang masing-masing membawa ikon tersendiri dengan gaya yang mereka paparkan kepada orang ramai melalui laman sosial.

Kali ini mereka digabungkan bersama untuk menyerikan lagi satu video berdurasi kecil untuk iklan produk kosmetik keluaran Kak Ton. jom lihat gelagat mereka bersama ni.



Amaran, Bobo Bakal Di Belasah!

Rabu, 24 Julai 2013

Kasihan Bobo artis dari laman sosial ni sampai dia terima ugutan mahu kena belasah sampai tahap tidak berperikemanusian gitu kerana dek video prodi-prodinya di dalam Youtube mahupun Facebook.

Tapi semangat Bobo bukan seperti menampaknya dia seorang yang lemah, malah mempunyai semangat ingin membuat lagi video prodi yang lain walaupun mendapat cacian, makian, perlian, dan ugutan.

Inilah ulasan Bobo apabila mendapat ugutan belasah itu yang memetik portal Murai semalam

"Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.

"Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya,"

"Saya tidak kisah berapa ramai pun orang mahu membenci saya, biarpun dimaki dan diugut, namun saya tetap akan terus membuat video parodi kerana itu hobi saya dikala saya sunyi dan bosan.

"Lagipun, saya yakin, bila ramai yang membenci saya, ramai pula yang menonton dan memuat naik video saya di laman sosial seperti Facebook," -Bobo

Video Bobo KIsah Hati, 2 Hari, 100,000 Lihat!

Khamis, 16 Mei 2013

Siapa tidak kenal Bobo, orang yang terkenal dengan gerakan maut bentuk badannya untuk sebuah lagu terutama lagu Sayang yang popular beberapa bulan yang lalu. Kini sudah rezeki, dia diambil untuk menjadi artis di bawah naugan MIG. Dalam pada yang sama juga telah mempunyai akaun Youtube nya untuk peminat-peminat.

Video 'Bobo Cover Song Kisah Hati' yang dimuatnaik pada 13 Mei itu telah ditonton sebanyak 100,000 lebih namun sepertinya ramai yang 'unlike' video berkenaan. Yang tu tak pasti, cuba korang nilai sendiri ok.

Johan Bertemu dengan Bobo!

Isnin, 22 April 2013

Gelagat Bobo yang mendendangkan lagu Sayang dengan gayanya sendiri manakala gaya Johan juga dengan lagu Sayang di malam ABPBH 2012 yang lalu telah mengabungkan kedua-dua insan ini di dalam studio Era FM baru-baru ini.

Mereka juga ditemani oleh Deejay Era FM yang lain. Mereka bergilir melakukan aksi parodi bermula lagu, Teman Pengganti, Sayang & Bosan. Yang akhirnya mereka bersama-sama berparodi. Video ini bukanlah official, ianya dirakam hanya untuk suka-suka oleh mereka yang terlibat dengan kadar videw yang agak membrangsangkan di YouTube.


Wawancara Bobo si Parody Lagu Sayang

Khamis, 11 April 2013

Lagu edisi Parody Shae - Sayang yang menjadi fenomena di dalam laman sosial sejak akhir-akhir ini telah membuatkan seorang yang bernama Bobo telah di wawancara oleh sebuah krew videographi yang ditemuinya di Johor baru-baru ini. Bahkan ianya tela dilakukan oleh Johan dalam malam ABPBH 2012 yang lalu.

Lihat video asalnya memang orang ada yang menyampah dan ada juga yang ketawa sakan. Namun bagi nama Bobo, dia mempunyai bakat tersendiri yang harus korang banggakan, Bobo dalam video interview itu masih nampak cool dan memperlihatkan dirinya yang merendah diri dengan kerianggan di wajahnya. Teruskan dengan bakat anda.