Nelydia Senrose Nafi Berbikini

Pada: Selasa, 18 Jun 2013
Pelakon yang baru lagi, Nelydia Senrose kini menimbulkan sedikit kontroversi apabila sekeping gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram miliknya yang tengah bercuti di sebuah tempat peranginan yang indah iaitu Pulau Tioman telah menjadi perbualan hangat.

Mana tidaknya gambar itu menampakkan seorang gadis memakai bra aka bikini. Dan pastinya ramai orang percaya gadis itu adalah Nelydia Senrose kerana tuan rumah pastinya muatnaik gambar tuan rumah kan. Yang jadi kenyataan, memetik daripada portal GUA, Nelydia Senrose akui itu bukan gambarnya tapi gambar minah saleh.

"Gambar itu bukan gambar saya. Subjek utama gambar tersebut adalah pemandangan laut. Tapi semasa saya nak ambil gambar tersebut, kebetulan ada seorang wanita ‘mat saleh’ berpakaian bikini di hadapan saya, jadi takkanlah saya nak suruh dia beralih ke tepi. Itu bukan gambar saya, saya bukan sebegitu dan saya tahu had saya,

“Saya tak fikir langsung yang gambar yang saya ambil akan jadi isu. Sejujurnya, masa saya muat naik gambar terbabit, niat saya hanyalah untuk berkongsi dengan para peminat mengenai panorama keindahan Pulau Tioman. Tak jangka pula orang bersangka lain mengenai gambar itu,

“Saya tak perasan langsung sehinggalah abang Ahmad Idham menghubungi saya. Dia bertanyakan saya mengenai kesahihan berita dan gambar tersebut. Saya pun ‘check’ semula laman Instagram saya dan tak sangka pula gambar itu telah menimbulkan isu dan syak wasangka para peminat,” - Nelydia Senrose

Tag : , , , , , , , ,