Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fara Mendoza berbikini di Pulau Koh Lipe (5 gambar)

Rabu, 15 Februari 2017

Sharifah Sakinah berbikini... (2 gambar)

Ahad, 17 Julai 2016

Isu ternampak bra dalam majalah, ini komen Tasha Shila (2 gambar)

Khamis, 27 Ogos 2015



Isu Foto Bra Tasha Shilla
Pelakon Tasha Shilla berharap orang ramai tidak melatah dan menghakimi dia selepas melihat fotonya menampakkan bra pada muka depan majalah Cosmopolitan edisi September yang dimuat di laman sosial Instagramnya semalam.

Nora Danish berbikini.. ini jawapan dia.. (2 gambar)

Ahad, 23 Ogos 2015

Nora Danish menafikan dia yang bergambar berbikini di sebuah kapal laut seperti yang difitnah oleh oleh segelintir pihak. Namun Nora tidak menafikan yang itu adalah rakannya yang berbangsa Cina yang sama-sama turut ikut serta dengan Nora.

Nor Albaniah berani berbikini seksi.. (7 gambar)

Rabu, 29 Julai 2015

Pelakon Cinta Ibadah, Nor Albaniah yang juga pelakon paling top pada era 90-an membuat kejutan apabila berani mempamerkan aksi berbikini ketika beriadah di tepi pantai tidak diketahui.

Dia menerima banyak kecaman memandangkan aksinya itu tidak sesuai untuk usianya yang kini dah lanjut.

Komen ayah isu Puteri Balqis berbikini yang mengejutkan..

Beberapa hari lalu, pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis ada memuatnaik gambar dia berbikini, dan ianya menjadi viral sehinggakan ramai yang tampil memberikan komen.

Ayah Balqis, Azizi Aziz pula tampil semalam di portal mStar dengan menyatakan yang mereka enggan peduli dengan komen-komen berkenaan anaknya itu.
"Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," katanya menerusi mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

"Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay," katanya.

Puteri Balqis berbikini, ramai tampil beri komen.. (5 gambar)

Isnin, 27 Julai 2015

Pelakon kanak-kanak yang popular ketika ini, Puteri Balqis, 8 tahun, membuat kejutan apabila memuatnaik gambar berbikini dirinya ketika bercuti di salah sebuah peranginan dalam negara.

Ramai yang menasihati dan ada juga yang mengkritik cara ibu bapanya mendidik. Namun ada juga yang beranggapan sebaliknya, memandangkan Balqis masih kecil dan bukanlah perlu menjadi isu untuk diperbesarkan.

Bagi anda?

Isu gambar berbikini, dapat kecaman. Siapa dia?

Jumaat, 8 Mei 2015

Agak mengejutkan apabila Daphne Iking memuatnaik gambar dia berbikini di laman sosial miliknya. Bahkan tindakannya itu bukan disenangi 'follower' tapi mendapat bantahan.

Lebih mengelirukan status agama Daphnie Iking yang turut dipersoalkan kerana jika ikut sejarah, Daphnie telah memeluk Islam dan berkahwin kali ke-2 pada awal tahun 2011 yang lalu dengan Azmi Abdul Rahman.

Persoalan besar, kadi masih ikut budaya lama?

Ainul Aishah pula pakai 'bikini' (3 gambar)

Khamis, 12 Mac 2015


Kali ini Ainul Aishah pula nak popularkan diri dengan memuatnaik gambar sepertinya dia memakai bikini ketika bercuti di Boracay Filipina.

Namun ramai yang menyangka ianya bikini, namun Ainul tampil memberitahu dengan mengesahkan baju yang dia pakai bukan bikini, tetapi dia memakai hot pants dan blaus yang longgar.

Miera Liyana Berbikini depan Fizz Fairuz (2 gambar)

Jumaat, 17 Oktober 2014

Wah kalau berlakon tahap berbikini rasanya memang ramai orang nak p tengok filem macam ni kan. Itulah babak berani mati yang harus dilakokan oleh Miera Liyana yang juga pelakon serba boleh untuk filem Dendam Orang Mati dengan digandingkan oleh Fizz Fairuz.

Kata Miera memetik portal GUA, pengambaraan filem itu sudah dilakukan sejak 2 tahun yang lalu dan seiring dengan gambar gaun seksinya di satu majlis.

Gambar bikini, Maria Farida dikecam

Rabu, 18 Jun 2014

Agak terkejut juga melihat apa yang dimuatnaik gambar ke dalam Instagram oleh pemiliknya, Maria Farida iaitu gambar bikini aka baju dalam wanita. Namun akibat daripada tindakan Maria ini, ramai pengikutnya mula naik bulu dengan mengomen yang diluar batasan.

Gambar itu diberikan tajuk dengan berbunyi, Can't decide on which one... hmm

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal,"

"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" -Maria Farida petikan mStar.

Nelydia Senrose Nafi Berbikini

Selasa, 18 Jun 2013

Pelakon yang baru lagi, Nelydia Senrose kini menimbulkan sedikit kontroversi apabila sekeping gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram miliknya yang tengah bercuti di sebuah tempat peranginan yang indah iaitu Pulau Tioman telah menjadi perbualan hangat.

Mana tidaknya gambar itu menampakkan seorang gadis memakai bra aka bikini. Dan pastinya ramai orang percaya gadis itu adalah Nelydia Senrose kerana tuan rumah pastinya muatnaik gambar tuan rumah kan. Yang jadi kenyataan, memetik daripada portal GUA, Nelydia Senrose akui itu bukan gambarnya tapi gambar minah saleh.

"Gambar itu bukan gambar saya. Subjek utama gambar tersebut adalah pemandangan laut. Tapi semasa saya nak ambil gambar tersebut, kebetulan ada seorang wanita ‘mat saleh’ berpakaian bikini di hadapan saya, jadi takkanlah saya nak suruh dia beralih ke tepi. Itu bukan gambar saya, saya bukan sebegitu dan saya tahu had saya,

“Saya tak fikir langsung yang gambar yang saya ambil akan jadi isu. Sejujurnya, masa saya muat naik gambar terbabit, niat saya hanyalah untuk berkongsi dengan para peminat mengenai panorama keindahan Pulau Tioman. Tak jangka pula orang bersangka lain mengenai gambar itu,

“Saya tak perasan langsung sehinggalah abang Ahmad Idham menghubungi saya. Dia bertanyakan saya mengenai kesahihan berita dan gambar tersebut. Saya pun ‘check’ semula laman Instagram saya dan tak sangka pula gambar itu telah menimbulkan isu dan syak wasangka para peminat,” - Nelydia Senrose

Pelakon baru, Naemah seksi nyer~

Khamis, 19 Mei 2011

Siapa pelakon baru ni erk, Naemah nama dia. Admin amin gambar ni dari ManggaOnline. Agak terkejut sedikit sebab kiranya seksi jugalah Naemah ni, pakai bra sambil nampak tutzzz.. Tak boleh sebut tue.. Hehe. Siapa-siapa kenal Naemah ni, kongsikan disini, admin tak dapat cari info mengenainya, dan admin pun jarang tengok drama-drama melayu, tengok bola sepak bolehlah. Hehe.

Fasha Sandha hilangkan diri, isu bikini di Bali

Khamis, 13 Januari 2011

Isu Fasha Sandha berbikini di Bali memang menjadi liputan meluas di media-media tempatan. Ni sampai Kosmo pun jadi muka depan tajuk utama pilihan akhbarnya. Sampaikan Fasha dikatakan menghilangkan diri/mendiamkan diri dua hari tak balik-bali rumah. Yang terbaru punca Fasha berbikini di Bali berkenaan adalah bermula daripada perasaan cemburunya terhadap Tutzzz. belilah Kosmo. Ha3.

Fasha Sandha minta maaf isu bikini di Bali

Selasa, 11 Januari 2011

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, dan kesilapan itu akan menjadi sesuatu yang berharga untuk dirinya supaya berhati-hati dan menjalani kehidupan yang terbaik dalam menggunakan ianya sebagai pengajaran hidup. Begitulah juga Fasha Sandha yang tidak lari daripada kesilapan dalam hidupnya, selepas kejadian Fasha Sandha berbikini di Bali yang tersebar luas di media-media elektronik, Fasha sudah pun mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada peminat setianya.

Baguslah Fasha kalau macam itu, tapi seeloknya mohon maaf kepada Allah SWT. Artis sememangnya menjadi tumpuan sebab mereka golongan yang ramai mendapat perhatian, jadi jadilah contoh yang terbaik. Peace!

Fasha Sandha sambut tahun baru di Bali?

Jumaat, 7 Januari 2011

Kata web OhBulan, gambar di bawah didakwa merupakan gambar Fasha Sandha menyambut baru di pulau Bali bersama-sama rakan rapatnya. Tidak tahulah jika Jejai ikut serta, mengikut daripada gambar ini, Jejai sepertinya tidak ikut serta. Fasha pun bukan alang-alang pakai baju, sama dengan 'ohang puteh' tu, berbikini, nak kata panas, cuaca sana dengan sini lebih kureng sama juga. ha2.

Wanita seksi dalam video Joe Flizzow

Isnin, 1 Februari 2010

Dalam video klip terbaru yang berjudul, Do It, Duit nyayian Joe Flizzow semamangnya bukan asing lagi. Lagu remix berkenaan menjadi kesukaan muda mudi masa kini. Namun yang jadi persoalan adalah mengenai siapa artis seksi dalam klip video berkenaan. Siap berbikini di tepi pantai mengalahkan omputih lagi. Dan Joe Flizzow pun layan seperti sepasang kekasih sahaja. Tidak tahu lah kalau wanita berkenaan sekadar pelakon tambahan di klip berkenaan. Yang lagi pelik, apa kaitan bendera negeri Johor di sana.

Alyah mahu lebih seksi lagi

Ahad, 31 Januari 2010

Demi fesyen dan mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati! Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif. Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.

“Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’. Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”
“Kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi…saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu. Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.” kata Alyah.. mStar
ps: ya termasuk malaikat dalam kubur juga akan ambil tahu..

Ahmad Nabil peluk wanita dalam kolam

Khamis, 17 Disember 2009

Ni bukan Nabil si raja lawak yang penulis tak suka tu, yang ni Ahmad Nabil yang kurang popular buat masa ni, kerana baru-baru sahaja masuk dalam dunia lakonan itu pun dalam iklan Vitagen dan iklan Twisties, kiranya di dalam permulaan nak ceburi bidang anak seni. Dah tersilap langkah dari awal, dah buat isu kontroversi berpelukkan dengan seorang awek dalam kolam renang dengan berpakaian mandi. Apa motif lagi tidak dapat diketahui.

Tamara Bleszynski Berbikini

Ahad, 29 November 2009

Jika sebelum ini aktres jelita, Tamara Bleszynski, lasak dalam filem Cicakman 2, kini dia cuba memberanikan diri dengan menerima tawaran filem Air Terjun Pengantin. Tetapi untuk filem itu Tamara perlu tampil seksi untuk menjayakan banyak babak ghairah. Sebelum ini, penerbit filem berkenaan, Ody Mulya dan pengarahnya, Rizal Mantovani berdepan kesukaran untuk meyakinkan aktres tersebut untuk menerima watak yang diberikan.

"Bukan mudah untuk meminta Tamara menjayakan filem ini. Apatah lagi bila ada adegan Tamara perlu berbikini. Nasib baik Rizal rapat dengannya dan dia cuba memujuk Tamara. Apa-apa pun filem ini bukan mahu mengeksploitasikan kaum wanita," kata Ody yang yakin dengan aura pelakon jelita itu.