Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Natasha Elyzza tayang buah 'apple', Fathia Latiff juga sama? (video)

Sabtu, 16 September 2017

Sebuah video rakaman pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Mengakui kesalahan tersebut, Natasha memohon maaf kepada semua pihak.

"Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

"Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

"Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu," kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, dia juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia, seperti yang didakwa oleh netizen.

"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya," katanya lagi.

Janna Nick tak serik lagi soal ini..?

Selasa, 30 Mei 2017

Dulu kalau tak silap, Janna Nick pernah bergaduh dengan seorang pereka fesyen tempatan awal tahun lalu, gara-gara skirt yang dipakai Janna terlalu singkat dan seksi untuk sesi bergambar.

Namun pereka berkenaan menafikan dakwaan Janna itu memandangkan dia sudah menyediakan 5 jenis fesyen untuk dipilih sebelum dipakai.

Kini apa pula kata Janna Nick selepas peristiwa itu?

Edisi mengigit!. Zul Ariffin muatnaik gambar berseluar pendek

Sabtu, 27 Mei 2017

Haish. apa lah nak jadi dengan Zul Ariffin ni. Nak post gambar seksi pun, agaklah sikit. Tak pasal-pasal ramai yang dah kritik tindakan dia ni.

Amboi Hajjah, Ketatnya!

Khamis, 30 Mac 2017



Semalam telah berlangsung Sidang Media Anugerah Meletop Era 2017 yang menyaksikan kehadiran Johan yang bakal bergandingan dengan Nabil dan Neelofa pada anugerah tersebut. Tapi katanya ramai yang kurang senang dengan penampilan Neelofa pada majlis tersebut. Dakwa mereka seluar yang dipakai Neelofa terlalu ketat, tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dan bergelar Hajjah.

DADA JE BESAR! - Shah Iskandar cakap kat Uqasha Senrose (video)

Selasa, 14 Mac 2017

Sebenarnya dorang buat lakonan je ni untuk promosi drama mereka, tapi sampai Shah Iskandar terlepas cakap di babak akhir video. Dipercayai ini adalah spontan. Apa reaksi Uqasha selepas itu eh?

Fathia Latiff dikecam kerana berpakaian macam ni? (5 gambar)

Khamis, 2 Februari 2017

Hairan nitizen ni, pakai tudung salah nampak salah. Habis mereka kecam selebriti bertudung tapi tak kena dengan tempat. Tapi kalau selebriti tak pakai tudung atau nampak rambut seperti biasa, senyap je nak komen.

Kasihan Fathia Latiff gara-gara dikecam disebabkan bertudung dan pakaiannya tak kena dengan penampilannya ketika hadir di Gala Night anjuran Mood Republik.

Seksinya pakaian Izara Aishah, WOW! (3 gambar)

Selasa, 23 Ogos 2016

Izara Aishah menjadi bahan kecaman dan komen negatif selepas dia tampil dengan pakaian yang dianggap menjolok mata.

Izara mengenakan pakaian yang nampak jarang dengan dipadankan inner warna kulit, seolah-olah tak kena dengan imejnya yang sopan dan elegan walaupun menutupi hampir semua tubuhnya.

Nana Mahazan dikomen 'menempah diri ke jalan neraka!'

Rabu, 11 Mei 2016


Gara-gara memakai gaun ketat di ABPBH 2016 yang lalu sehingga menampakkan bentuk badan dan buah dada, Nana Mahazan dihentam dan dikritik oleh netizen yang merasakan gaun tersebut agak keterlaluan seksinya.

Pakaian Fara Mendoza gila seksi (4 gambar)

Ahad, 8 Mei 2016

Ada ke yang kenal dengan Fara Mendoza? Dari segi Lakonan macam tak pernah muncul pulak. Tapi dia pernah popular dengan Gosip bercinta dengan suami orang.

Tu cerita dulu. sekarang cerita lebih menarik adalah cara dia berpakaian.

Rata-rata netizen menyukai dan ada juga yang mengkritik cara Fara Mendoza berpakaian dan ramai juga yang tanpa berlapis memanggilnya pelacur.

Iqram Dinzly komen gambar seksi Uqasha Senrose dan dirinya..

Isnin, 1 Februari 2016

Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang turut menyaksikan aktres itu membuka tudung adalah satu ujian besar dalam dirinya.

Iqram, 33, berkata, dia enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan meminta individu yang mendedahkan foto dan maklumat berhubung hal itu bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.
"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.

"Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.

"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga,

"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.

"Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin," " ujarnya kepada mStar Online.

Sebab mengapa Jasmin Hamid berang di laman sosial! (4 gambar)

Jumaat, 9 Oktober 2015


Jasmin Hamid Berang Ditegur Peminat
Ada seorang ni telah menghantar sekeping email untuk berkongsi beberapa screenshot status terbaru Jasmin Hamid. Mungkinakibat penampilannya yang didakwa agak seksi dan ramai yang menhentamnya di alam maya, Jasmin Hamid juga 'protect' dirinya daripada komen pedas itu.

Tasha Shilla minta isu seksi jangan kaitkan agama...

Selasa, 22 September 2015

Imej seksi Tasha Shilla memang menjadi perbualan sejak menjak ni apabila dia pergi ke majlis, majalah dan di laman sosial. Bahkan juga ramai yang sudah menasihati, kritik dan menegur pelakon ini, namun tidak diendahkan oleh Tasha kerana mempunyai alasan tersendiri.

Buat Tasha, ianya dilakukan atas kerjaya dan tidak mahu kaitkan ianya dengan agama, namun meminta maaf jika apa yang dilakukan tak senang dimata masyarakat.
“Saya mohon, jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi pernghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus,”

“Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama. Mungkin saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu,” -Tasha petikan Bharian Plus.

Pakaian seksi Tasha Shila dikecam.. (4 gambar)

Khamis, 10 September 2015

Tasha Shila berani dengan memakai pakaian yang amat seksi ketika menghadiri satu majlis pelancaran sebuah majalah fesyen dari France, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Gambar-gambar yang dimuatnaik itu di dalam laman sosial Tasha akhirnya dipadam, atas kemungkinan melihat kecaman, pandangan negatif dan nasiha pengikutnya yang meminta Tasha bertaubat.

Nora Danish berbikini.. ini jawapan dia.. (2 gambar)

Ahad, 23 Ogos 2015

Nora Danish menafikan dia yang bergambar berbikini di sebuah kapal laut seperti yang difitnah oleh oleh segelintir pihak. Namun Nora tidak menafikan yang itu adalah rakannya yang berbangsa Cina yang sama-sama turut ikut serta dengan Nora.

Adeline Tsen berani seksi, hampir nampak lurah.. (5 gambar)

Khamis, 13 Ogos 2015

Berani hanya itu perkataan yang boleh diungkap untuk aksi panas Adeline Tsen ketika hadir di KL Fashion Week baru-baru ini. Busana itu adalah gabungan lace dan skin tone dress.

Nasib bukan orang Islam, kalau Islam, sudah lama kena blame ni Adeline kan. hoho.

Maria Farida tidak nafikan dirinya seksi.. (17 gambar)

Jumaat, 7 Ogos 2015

Maria Farida mengakui walaupun usianya meningkat tapi seksi itu bagi dirinya adalah amat penting. Dan buat masa ini masih lagi mengekalkannya ditambah awet mudanya yang begitu memperosonakan.

Nor Albaniah berani berbikini seksi.. (7 gambar)

Rabu, 29 Julai 2015

Pelakon Cinta Ibadah, Nor Albaniah yang juga pelakon paling top pada era 90-an membuat kejutan apabila berani mempamerkan aksi berbikini ketika beriadah di tepi pantai tidak diketahui.

Dia menerima banyak kecaman memandangkan aksinya itu tidak sesuai untuk usianya yang kini dah lanjut.

Zahida Rafik tayang paha di kecam... (5 gambar)

Isnin, 27 Julai 2015

Zahida Rafik dikecam dan diberikan teguran pengikutnya berikutan pendedahan berani mati Zahida menampakkan pahanya di majlis-majlis hari Raya yang lalu.

Zahida juga sempat membalas komen berkenaan. Namun sebagai rakyat Malaysia yang perihatin, mereka mendoakan agar Zahida tidak lagi berbuat seperti ini di lain masa. :)

Syasha Mahmud tak tahan tengok tutz Wak Doyok!

Selasa, 12 Mei 2015

Memang wanita ini asing buat kita, tapi tak tahu pula apa motif Syasya Mahmud sampai memuji sampai ke tahap yang menyampah sangat.

Bahagian tutz pula yang dikomen oleh wanita ini terhadap gambar Wak Doyok yang dimuatnaik di dalam laman sosial milik Wak sendiri.

Dan apa motif juga Wak Doyok mempamerkan gambar seperti ini. Humm..

Pakaian seksi oleh Tasha Shila (4 gambar)

Jumaat, 13 Mac 2015

Gambar seksi Tasha Shila yang difahamkan dia menghadiri satu majlis pertunjukkan fesyen baru-baru ini. Yang mengejutkan pakaian berkenaan bukanlah seksi dengan menggunakan skirt tapi menampakkan bahagian perut.

Ada ramai yang mengecam dan menasihat di ruangan komen mengenai tindakan Tasha memakai pakaian ini.