Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar hari jadi Uqasha Senrose ke-25 (7 gambar)

Ahad, 16 Julai 2017

Nelydia Senrose bercinta dengan duda bekas suami seorang pelakon?

Khamis, 13 Julai 2017


Dengar khabar yang Nelydia Senrose menjalinkan hubungan mesra dengan seorang duda yang juga bekas suami seorang pelakon. Namun semalam memetik portal Bharian, Nelydia menafikan hal demikan.

Namun hubungan sekadar kawan sahaja yang diakui Nelydia.

“Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya. Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki itu.

“Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar. Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, beramai-ramai dan ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Daler Yusuf pegang 'apple' Nelydia Senrose (video)

Ahad, 2 Julai 2017

Akibat terpegang aset buah 'apple' Nelydia Senrose, Daler Yusof dikecam kerana lakonannya yang spontan/tidak sengaja itu di dalam drama Encik Suami Mat Slaih Celup yang disiarkan di TV3.

Berikut adalah kecaman daripada nitizen.

Nelydia Senrose bakal kena tangkap!

Sabtu, 22 April 2017


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose, selepas tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Pada 11 April lalu, pihak LHDN sudah menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit yang mengarahkannya untuk menghadiri sesi sebutan kes yang bertarikh 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, namun dia ataupun wakilnya gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes berlangsung.

Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu. -BharianOnline

Dah la PUTIH.. NIPIS pulak tu.. Aduh Nelydia Senrose

Khamis, 13 April 2017

Kalau tak silap, Nelydia Senrose ada membuka perniagaan menjual pakaian tidur wanita. Mungkin ini salah satu pakaian berkenaan. Saja nak demo rasanya.

Sekitar Hari Raya Uqasha, Nelydia Senrose (7 gambar/video)

Rabu, 13 Julai 2016

Permintaan Nelydia Senrose untuk orang ramai isu kakaknya, Uqasha Senrose

Selasa, 26 April 2016

Adik kepada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose merayu agar orang ramai tidak menghentam kakaknya lagi atas pelbagai tuduhan tidak berasas dan seterusnya menganggu reputasi kakaknya itu gara-gara kemelut dengan seorang pelakon lelaki.

“Saya tahu ada orang keliling yang sering membandingkan saya dengan Uqasha. Mereka mengatakan dia tidak baik dan saya sebaliknya. Terus terang, saya tidak gembira walaupun perkara baik dikaitkan dengan diri saya. Yang mereka katakan itu kakak saya”

“Buruk baiknya tentu saya akan rasa, ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Saya tidak suka kakak saya jadi jadi perhatian untuk benda negatif. Sebagai adik, saya tahu situasi sebenar yang berlaku,” jelasnya

Inikah kekasih baru Nelydia Senrose?

Rabu, 24 Februari 2016

Dengar khabar yang Nelydia Senrose dibelikan kereta mewah oleh seorang yang bekerjaya sebagai ahli perniagaan.

Khabar itu dipetik Barian Bpop dimana mereka sudah menjalinkan hubungan sejak Ogos 2015 yang lalu.

Bekas kekasih Qi Razali ini juga tidak menafikan yang dia sudah lama berkenalan denganya sebelum putus cinta dengan Qi Razali.

Nelydia Senrose ke Koh Lipe dengan siapa tu.. (PANAS)

Isnin, 4 Januari 2016

Sebelum ini, Nelydia ada memuatnaik gambar dia pergi bercuti ke pulau Koh Lipe, namun tidak kelihatan gambar Qi dan hanya memberi hint pada gambar itu.

Namun setelah di usha ke Instagram Qi, rupa-rupanya dia pun pergi ke tempat peranginan yang sama dengan Nelydia. Jeng-jeng, kebetulan atau dah kantoi ni.

Nelydia Senrose, Qi Razali sah putus cinta sebab..

Isnin, 5 Oktober 2015

Nelydia Senrose akhirnya membuka mulut mengenai hubungan cintanya bersama pelakon Qi Razali, 38. Dia mengakui, cinta serta kasih yang disulam selama hampir tiga tahun tidak dapat diteruskan selepas masing-masing membawa haluan sendiri baru-baru ini.

Jawapan Qi Razali putus cinta dengan Nelydia Senrose...

Khamis, 3 September 2015


Sebelum ni heboh mengatakan desas desus yang Qi Razali dengan Nelydia Senrose berpisah. Namun bagi Qi Razali dia cukup merasakan ini sesuatu yang melucukan.

Mereka sebenarnya belum lagi berpisah dan masih seperti biasa.

“Hahaha… jujurnya kami okey saja. Status di Twitter itu hanyalah kata-kata biasa sahaja. Tiada kaitan dengan hubungan kami. Saya harap twit tersebut tidak dispekulasikan. Kalau fikir balik, takkan setiap status di Twitter kita nak buat penjelasan,” jelasnya kepada mStar Online.

Qi Razali, Nelydia Senrose putus cinta? (3 gambar)

Isnin, 31 Ogos 2015

Dengarnya Qi Razali dan kekasihnya, Nelydia Senrose kini dah putus bercinta. Tak pasti pula cerita ini betul, tapi mereka ada menyatakan hint itu di dalam laman sosial mereka masing-masing.

Mungkin hanya kiasan atau benar-benar mereka putus, harap ianya tak terjadi, doakan mereka masih bahagia lagi..

Qi Razali, Nelydia Senrose bakal bertunang tahun ini?

Khamis, 23 Julai 2015

Dengar khabar yang Qi Razali dan Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman bujang mereka dengan bertunang. Namun tidak diketahui bila dan tarikh mereka melakukan hari bermakna itu.
"Adalah buat sikit-sikit tu. Segalanya masih dalam proses. Insya-ALLAH, jika berkesempatan kami juga akan tengok-tengok cincin nanti,"

"Apa pun kita raya dahulu, selepas itu tengoklah macam mana. Saya tiada niat nak sorok atau buat senyap-senyap, apabila sudah tiba masanya saya akan kongsi dengan semua," -Qi Razali petikan portal SinarHarian

Akal cetek! -Uqasha komen nasihat berbaju ketat

Ahad, 12 Julai 2015

Agaknya ramai yang tersentak bila seorang pengikut laman Instagram mengomen seperti ini. Ini terjadi kepada Uqasha Senrose yang dikatakan agak ketat dan tidak sesuai untuk seorang yang bergelar muslimah.

Terkesan dengan komen itu Uqasha enggan mengulas lebih lanjut dan ini balasan Uqasha dengan nasihat seperti itu.

Sharnaaz minta maaf dengan Nelydia berhubung isu....

Jumaat, 27 Mac 2015

Dengarnya kisah yang membuatkan pelakon Sharnaaz dengan Nelydia ketika berlakon bersama-sama untuk drama 60 episod Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) dengan bergambar bersama dan mesra di instagram telah mengundang ketidakpuasanhati kekasih Nelydia, Qi Razali.

Dan akhirnya ianya sudah tiada apa-apa lagi erti, bila Sharnaaz tampil memetik portal Utusan memohon maaf dan mereka lakukan hanyalah untuk mempromosikan drama berkenaan sahaja.
“Saya sudah minta maaf. Rasanya sudah tidak apa-apa yang perlu diperkatakan lagi. Mesra kami hanya untuk drama. Cara itu yang kami rasa boleh mempromosikan drama.

“Ternyata semuanya berhasil dengan keikhlasan dan komitmen yang saya berikan dalam menjayakan drama tersebut. Saya cukup bertuah kerana Nelydia seorang yang senang memberi kerjasama,”

“Jangan lagi salah tafsir semua adegan mesra kami. Tidak baik untuk pembangunan kerjaya kami. Saya mahu jadi seorang pelakon yang berkualiti dan berbakat. Biar orang akan kenal lakonan dan drama kita sampai bila-bila.

“Memang, kalau berlakon, saya akan berikan yang terbaik. Untuk kemenangan malam ini, memang saya tidak pernah menyangka. Kerja keras saya nampaknya berbaloi. Saya amat menghargai pada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.

“Kalau nak tahu, saya sebenarnya tidak suka pada Nelydia apabila mula digandingkan dahulu,”
Dan ini komen Nelydia pula..
“Keadaan sudah kembali normal. Jangan timbulkan apa-apa lagi. Lihat sahaja, selepas kontroversi berlaku, saya dan Sharnaaz masih boleh berlakon bersama. Tidak pernah ada rasa kekok.

“Tidak dinafikan, keserasian antara saya dan Sharnaaz memang mudah dicapai dalam setiap drama. Setiap tanggungjawab yang diberikan, saya jalankan dengan baik.

“Sharnaaz juga merupakan pelakon yang berkualiti dan mampu melakonkan setiap watak dengan baik. Dia faham dan tahu apa yang saya cuba sampaikan kepadanya walau tidak terdapat dalam skrip,”

Gambar Raya Qi Razali, Nelydia 2014 (9 Gambar)

Khamis, 7 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama pasangan kekasih Qi Razali dengan Nelydia Senrose. Dorang masih lagi pasangan kekasih dan buktinya gambar ini menunjukkan Qi beraya ke rumah Nelydia dengan pakaian yang sedondon gitu.

Nelydia, Syazwan ada hubungan intim?

Selasa, 22 Julai 2014

Dengarnya Nelydia Senrose kini intim dengan pelakon baru, Syazwan Zulkifli. Keintiman mereka kelihatan apabila berlakon bersama-sama untuk sebuah telemovie berjudul Ada Apa Dengan Raya.

Ini dibuktikan lagi dimana Syazwan telah memuatnaik gambar keintiman mereka di laman sosial miliknya. Namun hubungan Nelydia dengan Qi Razali tidak lah berakhir lagi, mereka masih bersama-sama.

Mungkin Nelydia intim dengan Syazwan secara professional di dunia lakonan semata-mata. -sumber asal Murai

Gambar Emma, Sharnaaz jadi persoalan peminat

Rabu, 7 Mei 2014

Tak sudah gambar mesra dengan Nelydia Senrose, kali ni pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad sekali lagi memberikan gambaran yang perang dunia bakal meletus.

Bukan apa, ada sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Emma Maembong di dalam laman sosialnya dengan Sharnaaz menjadi persoalan.

Gambar ini mungkin dianggap gambar suka-suka oleh kedua-dua pihak memandangkan Zizan dan Sharnaaz bergandingkan bersama untuk sebuah drama/filem berjudul 'Bintang Hati'.

Zizan mungkin beranggapan buah hatinya itu sudah pastinya seorang yang setia dengannya.

Uqasha bergelar isteri kepada Qi Razali. eh?

Isnin, 14 April 2014

Memetik Facebook milik Uqasha Senrose iaitu kakak kepada Nelydia Senrose difahamkan yang Uqasha sudah bergelar isteri kepada Qi Razali.

Eh tak ke pelik, kan Nelydia yang dikaitkan dengan Qi selalu, pesal Uqasha yang bergelar isteri pula. Memang pada mulanya agak kabur dan bingung sedikit pasal nama hampir sama sahaja diantara mereka adik beradik ni.

13 Gambar Qi, Nelydia ke London

Jumaat, 7 Februari 2014

Isu adegan mesra diantara Sharnaaz Ahmad dengan kekasih Qi Razali, Nelydia Senrose yang tidak ada kata putusnya lagi, namun baru-baru ini Qi Razali dan Nelydia Senrose telah pergi bercuti ke kota raya London untuk membuktikan hubungan mereka masih lagi kuat dan teguh berdiri.

Mereka ke sana juga untuk menyaksikan kelab kesayangan Qi Razali beraksi iaitu Arsenal FC.Memang cantik Nelydia ni, untung Qi. Hehe