Diana Danielle Selamat Melahirkan Anak?

Pada: Isnin, 10 Jun 2013
Tidak dipastikan berita yang disampaikan ini benar atau tidak. Memandangkan belum ada maklum balas daripada pengarah, Farid Kamil selaku suami kepada pelakon, Diana Danielle yang heboh mengatakan yang Diana sudah bersalin di Sydney, Australia hari lusa yang lalu.

Khabar ini bertambah hebat apabila sekeping gambar yang dimuatnaik melalui laman sosial Instagram, Farid Kamil mendukung seorang bayi kecil dengan tertulis "Welcome to the world my boy..#baby." . 

Kalau berita ini benar dan menjadi kenyataan, tahniah diucapkan tapi juga bermakna Diana hamil tidak cukup bulan memandangkan mereka berkahwin pada bulan November 2012 yang lalu.

Penjelasan dari adik Farid, Fadzil Zahari

"Gambar itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami yang kini berada di Seremban.

"Saya difahamkan Diana akan bersalin akhir Julai atau awal Ogos depan dan Insya-Allah jika tiada halangan saya juga akan melihatnya di sana," katanya.

Tag : , , , , , , ,