Jehan Miskin Akan Bernikah Dengan Gadis Korea!

Pada: Khamis, 2 Mei 2013
Wah tak disangka tip top pelakon kacak, Jehan Miskin akan menamatkan zaman bujangnya yakni akan bernikah tidak lama lagi, cuma boleh dikatakan menghitung hari sahaja lagi.

Calon isterinya itu bukan calang-calang, mengikut portal Harian Metro semalam, orangnya berasal dari Korea!. Asal je Korea sebenarnya gadis itu sudah menetap di Kuala Lumpur dan 5 tahun berkenaalan dengan Jehan.
"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.

"Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan,"

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini," -Jehan
Difahamkan lagi majlis pernikahannya itu akan diadakan di Carcosa Seri Negara dengan dibuat secara sederhana. Dan majlis ini dibaut sekali sahaja untuk kedua-dua pihak pengantin, maksudnya mengelakkan pembaziran. Tahniah!

Tag : , , , , , , ,