Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jehan Miskin jumpa datuk, nenek isterinya

Ahad, 29 Jun 2014

Minggu lalu, Jehan Miskin dan isterinya, Julie sempat pulang ke Korea Selatan untuk bertemu dengan keluarga serta datuk dan nenek sebelah isterinya.

Walaupun fahaman mereka masih dengan nenek moyang, namun kehadiran Jehan sebagai menantu Muslim, tidak pernah dianggap menyusahkan apatahlagi bermasam muka, buktinya, mereka cukup ceria dengan kehadiran Jehan dengan isterinya.

Setelah hampir setahun bergelar suami isteri, mereka masih lagi menunggu zuriat pertama. Mungkin belum aada rezeki lagi agaknya, kita doakan agar mereka diberikan zuriat ye. Selamat berpuasa. :)

Gambar Motorisikal Kuasa Besar Jehan Miskin

Khamis, 3 Oktober 2013

Bebrapa minggu lalu Jehan Miskin ada menyertai aktiviti konvoi motorsikal berkuasa tinggi jelajah Merdeka. Banyak penunggang motorsikal berkumpul bersama-sama menyertai acara ini.

Memang minat juga Jehan ni dengan hobi mewah ni. Baguslah macam ini, perlu keluar bermesra dengan orang ramai, jangan popular di dalam set je, tapi sombong di luar set. hehe.. :) -Instagram Jehan Miskin

Panas! Isu Rantai 'Salib' Yang dipakai Jehan Miskin

Isnin, 26 Ogos 2013

Kecoh juga minggu lepas apabila Jehan Miskin memakai rantai seakan-akan lambang salib bersama dengan isterinya. Namun rantai yang seperti salib itu disangkal dan dinafi sekeras-kerasnya oleh Jehan sendiri.

Jehan sudah menjelaskan hal yang sebenar dimana rantai seperti salib itu adalah logo pengakap namun ada juga masih orang yang terlalu sensitif mengenai rantai itu. Sehinggakan Jehan dimaki hamun dan menyindir hatinya.

Gambar Raya - Jehan Miskin

Khamis, 15 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini.. sekeping gambar dari yang dimuatnaik oleh Jehan Miskin dengan isterinya, Julie di pagi Raya.

Gambar Photoshoot Raya Jehan Miskin, Isteri

Jumaat, 2 Ogos 2013

Dah nak masuk 3 bulan usia perkahwinan Jehan Miskin dengan isterinya yang berasal dari Korea, Julie Camelia Rhee. Kini kehidupan mereka mungkin lebih bermakna setelah pertama kali menyambut ketibaan dan bersama-sama menjalani ibadah puasa Ramadan.\

Julie Camelia Rhee dikhabarkan belum lagi hamil/mengandung. Kini mereka sudah bersedia untuk menyambut ketibaan AidilFitri dengan Jehan sempat memuatnaik gambar Instagram photoshot Raya berdua dengan isterinya itu.

Gambar Pernikahan Jehan Miskin, Julie

Ahad, 5 Mei 2013


Tahniah kepada pelakon, Jehan Miskin yang selamat dinikahkan semalam dengan pasangannya dari Korea, Julie Camelia Rhee di Carcosa Seri Negara dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai pada pukul 2.40 petang.

Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang.

Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp. -sumber | gambar GUA





Jehan Miskin Akan Bernikah Dengan Gadis Korea!

Khamis, 2 Mei 2013

Wah tak disangka tip top pelakon kacak, Jehan Miskin akan menamatkan zaman bujangnya yakni akan bernikah tidak lama lagi, cuma boleh dikatakan menghitung hari sahaja lagi.

Calon isterinya itu bukan calang-calang, mengikut portal Harian Metro semalam, orangnya berasal dari Korea!. Asal je Korea sebenarnya gadis itu sudah menetap di Kuala Lumpur dan 5 tahun berkenaalan dengan Jehan.
"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.

"Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan,"

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini," -Jehan
Difahamkan lagi majlis pernikahannya itu akan diadakan di Carcosa Seri Negara dengan dibuat secara sederhana. Dan majlis ini dibaut sekali sahaja untuk kedua-dua pihak pengantin, maksudnya mengelakkan pembaziran. Tahniah!

Betul Ke Ni Jehan Miskin Punya Produk?

Rabu, 18 Julai 2012

Tidak tahu bila pelakon kacak, Jehan Miskin menjadi duta kepada produk makanan ringan. Yang lucunya disini, nama Jehan menjadi perhatian ketika melihat produk ini. Ada konsep penekanan kata berlawan yang dipamerkan pada label produk berkenaan, samaada ianya legal atau sah, yang itu mungkin Jehan sendiri yang tahu, tapi rasanya kalau admin nampak produk ni di pasaran, sah nak beli juga sebijik, mana tahu boleh jadi aksesori kenang kenangan edisi Jehan gitu. :)

Gambar Scha di Bali shooting Awan Dania

Khamis, 13 Januari 2011

Dipetik daripada laman sosial Facebook milik Scha Al Yahya yang dikatakan menyepi sejak kebelakangan ini, kini sudah kembali. Mungkinn sibuk shooting untuk siri drama Awan Dania di pulau tercantik di dunia, Pulau Bali. Bukan bersama Awal di sana seperti kisah sebelum ini, tetapi dengan Jehan Miskin. Bukan gosip ha, mereka berdua cuma amik kesempatan sempena shooting di sana untuk makan angin sekali.





















Jehan Miskin ikut jejak langkah ayah?

Jumaat, 26 Mac 2010

Mungkin andaian ini benar, memandangkan Jehan sekarang memiliki bentuk badan yang menarik dan menawan mengalahkan ahli bina badan. Jehan juga kadang kala menjadi host untuk rancangan yang berkaitan dengannya. Mengikut info yang diterima, gambar dibawah ini merupakan ayah kepada Jehan Miskin, dimana pada dahulunya, ayah Jehan memiliki bentuk badan yang boleh dikatakan menarik juga. Nak ikut jejak atau mewarisi bakat ayah memang lah sesuatu yang dibanggakan. Zaman dulu, ayahnya cuma pakai cawat, kini Jehan mungkin malu kot nak pakai cawat. Hehe.

Jehan Miskin, Tony Eusoff Sosial

Khamis, 26 November 2009

Lagi-lagi kes Jehan Miskin. Memang hari ni gosip Jehan Miskin jerk ler nampaknya. Tapi gambar Jehan Miskin parti atau sosial tidak lah sebanyak mana, cuma sekeping jerk. Yang gambar lain kebanyakkannya adalah pelakon, Tony Eusoff dengan ntah perempuan mana da. Sepertinya tempat pada ketika itu susah digambarkan, sekejap macam di pub, sekejap macam di tepi pantai. Ntah lah korang renungkanlah sendiri yer. Ngeh3.

Scha al Yahya, Jehan Miskin Di Langkawi

Ntah lah apa yang berlaku di sebalik Pulau Langkawi di antara dua pelakon berbakat dan berkontroversi, Scha al Yahya dan Jehan Miskin. Dalam lama sosial Twitter Scha al Yahya, mengatakan yang dia dan Jehan pergi ke sana dengan tujuan yang tidak diketahui lagi. Namun begitulah, kita cuma merancang, cuma Allah SWT yang mengetahuinya. Jadi buatlah sebaik mungkin. Ngeh3.

Jehan Miskin Pandai Bahasa Kantonis

Selasa, 3 November 2009

Pelakon yang dicop sebagai diantara artis paling 'berjaya' dalam mencari teman hidup, Jehan Miskin mengakui masih bujang lagi dan dia sememangnya mengimpikan seorang gadis yang memahami kariernya sebagai seorang pelakon. Itu pun jika dapat diketemuilah, memandangkan Jehan ni suka tukar-tukar kekasih.

“Saya tertarik pada seseorang yang stabil dari segi emosi, tahu bersosial tapi pada masa yang sama bertanggungjawab, serta berkongsi minat yang sama dengan saya,” jelas pelakon yang telah berkecimpung dalam bidang lakonan selama enam tahun.
Menurut Jehan yang memakai sut berwarna hitam semasa menghadiri yang majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu, semua gadis ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang penting adalah keserasian yang ada pada si dia dan Jehan.
“Pada saya, gadis yang saya suka tidak semestinya cantik. Dia mestilah menarik di mata saya dari segi luaran dan dalam,” kata pelakon yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Beliau yang mempunyai susuk badan yang tegap ini juga akan bersenam di gim sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Apabila ditanya sama ada masih solo atau sudah berpunya, Jehan tidak memberi apa-apa komen.

“Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi saya,” kata pelakon yang mempunyai darah kacukan Cina (sebelah ibu) dan Arab-Melayu (sebelah bapa).
Selain itu, Jehan juga boleh berkomunikasi dalam dialek Kantonis dan boleh memahami Hokkien.
“Saya mempunyai ramai kawan Cina semasa saya menetap di Seksyen (SS2) Petaling Jaya,” jelas pelakon yang akan menyambut harijadinya yang ke-30 pada 4 Disember ini.

Jehan Miskin Disamping Wanita Hot

Khamis, 2 Julai 2009

Kata orang, disebabkan gambar inilah Jue Aziz berpisah dengan Jehan Miskin. Tidak tahulah kan, kata orang, almaklumlah, banyak spikulasi kalau tersebar gambar negative. Tapi kalau dilihat dari gambar ini, Jehan seperti rapat sangat dengan wanita hot (nampak 'apel') bila bergambar. Mungkin keadaan masa itu mendesak Jehan untuk bergambar dengan rapat2. Tapi apa-apa ja lah, kes Jue Aziz dan Jehan dah lama berlalu, namun gambar ini menjadi pilihan untuk dilihat. Ngeh3.