Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pengawal rampas telefon Ayda Jebat tampil buat kenyataan...

Khamis, 1 Disember 2016


Beberapa hari lalu, ramai yang mengecam dan mencaci tindakan pengawal merampas telefon bimbit Ayda Jebat ketika nak selfie dengan bintang Running Man, Lee Kwang Soo.

Namun, seorang individu yang mengakui dia adalah pengawal berkenaan dengan nama Abdullah Aziri Pauzi tampil membuat kenyataan mengenai hal itu menerusi akaun Facebooknya.

Rampas telefon bimbit, ini komen pedas Ayda Jebat..

Isnin, 28 November 2016

Penyanyi, Ayda Jebat menyelar tindakan pengawal yang bertindak merampas telefon bimbit ketika sedang berselfie bersama bintang Running Man, Lee Kwang Soo sebagai tidak beradab.

Ayda menerusi laman twitternya pada Sabtu meluahkan rasa marah dan berpendapat pihak yang menjaga keselamatan selebriti luar itu perlu bertimbang rasa dan menghormati orang yang ingin bergambar.

Ayda bersama beberapa rakan artis lain iaitu Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen terlibat dalam program Running Man Challenge – hydrated by 100PLUS Malaysia with Lee Kwang Soo yang berlangsung di Paradigm Mall, Sabtu. - mStarOnline

Bulan madu Hafidz Roshdi di Korea Selatan (6 gambar, video)

Khamis, 27 Oktober 2016

Pra Perkahwinan Hafiz Suip di Korea Selatan (6 gambar)

Selasa, 10 Mei 2016

Jihan Muse, suami bercuti di Korea Selatan (6 gambar)

Selasa, 3 Mei 2016

Babymoon di Korea oleh Hanis Zalikha, Hairul Azreen (20 gambar)

Jumaat, 22 Januari 2016


Norman, Memey bercuti ke Korea Selatan (32 gambar)

Jumaat, 11 Disember 2015

Lagu terkini Ac Mizal, terbaik!!.. PeaceYall..

Ahad, 29 November 2015

Tahniah AC Mizal kerana membuat satu lagu yang boleh dikira tahap Internationale. Lagu bertajuk Dato AC Mizal - Peace Y’All (Official Music Video) adalah salah satu lagu terbaru AC tahun ini.

Best layan, campur Kuria sikit lah.

Abby Abadi tak salahkan penyanyi Kpop berpeluk!

Rabu, 14 Januari 2015

Isu KPop yang melibat gadis bertudung menjadi bahan panas dan kontroversi yang menjadi perbualan ramai pihak. Selebriti juga ada yang memberikan pendapat mereka mengenai hal demikian.

Namun seorang selebriti Abby Abadi telah memberikan kenyataan sepertinya tidak menyalahkan golongan orang Korea berkenaan kerana mereka bukan tahu halal dan haram serta adat Malaysia.

Jehan Miskin jumpa datuk, nenek isterinya

Ahad, 29 Jun 2014

Minggu lalu, Jehan Miskin dan isterinya, Julie sempat pulang ke Korea Selatan untuk bertemu dengan keluarga serta datuk dan nenek sebelah isterinya.

Walaupun fahaman mereka masih dengan nenek moyang, namun kehadiran Jehan sebagai menantu Muslim, tidak pernah dianggap menyusahkan apatahlagi bermasam muka, buktinya, mereka cukup ceria dengan kehadiran Jehan dengan isterinya.

Setelah hampir setahun bergelar suami isteri, mereka masih lagi menunggu zuriat pertama. Mungkin belum aada rezeki lagi agaknya, kita doakan agar mereka diberikan zuriat ye. Selamat berpuasa. :)

Gambar Siti Saleha Bertudung

Jumaat, 20 Disember 2013

Penampilan Siti Saleha bertudung kalau tidak silap memang belum lagi penuh, cuma untuk filem atau drama je, dan rasanya semua orang dah tahu kan.

Namun gadis berusia 23 tahun ini menyimpan niat untuk belajar agama sekaligus memakai tudung penuh kelak. Kali ini Saleha berlakon dalam drama Aku Ada Wali dengan memegang watak sebagai Syumaila yang memakai tudung.

Isteri Ally Iskandar, Farah Lee Konvokesyen

Rabu, 2 Oktober 2013

Baru-baru ini dimaklumkan memetik daripada Facebook Ally Iskandar, dimana isterinya Farah Lee sudah tamat pengajiannya di Universiti dekat Korea Selatan.

Dan sekeping gambar telah dimuatnaik menampakkan majlis konvokesyen yang turut dihadiri oleh Ally sendiri.

Gambar Raya - Jehan Miskin

Khamis, 15 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini.. sekeping gambar dari yang dimuatnaik oleh Jehan Miskin dengan isterinya, Julie di pagi Raya.

Gambar Photoshoot Raya Jehan Miskin, Isteri

Jumaat, 2 Ogos 2013

Dah nak masuk 3 bulan usia perkahwinan Jehan Miskin dengan isterinya yang berasal dari Korea, Julie Camelia Rhee. Kini kehidupan mereka mungkin lebih bermakna setelah pertama kali menyambut ketibaan dan bersama-sama menjalani ibadah puasa Ramadan.\

Julie Camelia Rhee dikhabarkan belum lagi hamil/mengandung. Kini mereka sudah bersedia untuk menyambut ketibaan AidilFitri dengan Jehan sempat memuatnaik gambar Instagram photoshot Raya berdua dengan isterinya itu.

Remy Ishak Enggan Berniaga, Harapkan Hasil Anak Seni!

Khamis, 13 Jun 2013


Pelakon Remy Ishak memang seorang yang pelik, ramai kawan artisnya yang kini masing-masing memulakan perniagaan sebagai alternatif lain untuk mendapatkan hasil atau pendapatan di masa akan datang jika tidak terdapat tawaran atau pun sudah beralih untuk tidak berlakon lagi. Namun Remy enggan berbuat demikian.

Dengan kata acuh tak acuh, Remy yakin dengan pendapatannya sebagai anak seni akan mampu mambawa dirinya lebih jauh di masa akan datang tanpa membuka apa-apa jua bidang perniagaan seperti artis yang lainnya. Mengikuti jejak langkah Allahyarham, Tan Sri P Ramlee, yang dengan hasil anak seni, beliau dikenang sehingga selamanya.
gambar Remy Ishak bersama Maskot di Korea Selatan baru-baru ini
"Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tetapi saya lebih percaya kerja lakonan adalah rezeki saya dan Insya-Allah ia boleh menjana pendapatan untuk kehidupan saya.

"Jika individu itu telah meletakkan tempoh masa selama lima tahun sahaja mahu berada dalam industri ini, maka lima tahun sahajalah dia berada di bidang ini.

"Walaupun ada yang kurang yakin dengan kerja seni yang mereka buat, tetapi saya pula percaya, selagi ada hayat, saya akan jadikan kerja lakonan sebagai punca pendapatan untuk periuk nasi saya," Remy Ishak. -mStar

Gambar Pernikahan Jehan Miskin, Julie

Ahad, 5 Mei 2013


Tahniah kepada pelakon, Jehan Miskin yang selamat dinikahkan semalam dengan pasangannya dari Korea, Julie Camelia Rhee di Carcosa Seri Negara dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai pada pukul 2.40 petang.

Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang.

Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp. -sumber | gambar GUA





Jehan Miskin Akan Bernikah Dengan Gadis Korea!

Khamis, 2 Mei 2013

Wah tak disangka tip top pelakon kacak, Jehan Miskin akan menamatkan zaman bujangnya yakni akan bernikah tidak lama lagi, cuma boleh dikatakan menghitung hari sahaja lagi.

Calon isterinya itu bukan calang-calang, mengikut portal Harian Metro semalam, orangnya berasal dari Korea!. Asal je Korea sebenarnya gadis itu sudah menetap di Kuala Lumpur dan 5 tahun berkenaalan dengan Jehan.
"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.

"Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan,"

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini," -Jehan
Difahamkan lagi majlis pernikahannya itu akan diadakan di Carcosa Seri Negara dengan dibuat secara sederhana. Dan majlis ini dibaut sekali sahaja untuk kedua-dua pihak pengantin, maksudnya mengelakkan pembaziran. Tahniah!

Wonder Girls Berbaju Kurung

Selasa, 16 Oktober 2012

Julung julung kali penyanyi kumpulan dari Korea, Wonder Girls membuat persembahan di Kuala Lumpur bersepena Wonder World Tour In Malaysia 2012 yang diadakan pada hari Sabtu, 13 Oktober yang lalu di Stadium Negara.

Yang menariknya mereka tampil dengan berpakaian tradisional kita yaitu baju kurung. Dan itu menjadi perhatian ramai apatah lagi mereka dari Negara luar namun memartabatkan pakaian tradisional kita itu.

Baguslah konsert ini, sekurang-kurangnya penampilan mereka tidak menjolok mata dan sesuai atau sedap/sejuk mata menandang.


gambar wonder girls pakai baju kurung video persembahan wonder girls pakai baju kurung 
gambar wonder girls pakai baju kurung 1 video persembahan wonder girls pakai baju kurung


Ally Iskandar tertidur depan laptop kerana rindu

Sabtu, 21 April 2012

Ally Iskandar yang diijabkabulkan pada 20 Januari lalu mengaku terlalu rindu pada isterinya, Farah Lee, yang kini sedang berada di Korea Selatan untuk belajar. Ally menjelaskan bahawa dia kerap menghubungi Farah Lee melalui talian Skype selama berjam-jam lamanya melepaskan rindu dan ada ketikanya sehingga tertidur di depan komputer.

“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.

“Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.

“Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,”-Via

Gambar Neelofa yang cun macam pelakon Korea

Jumaat, 20 April 2012

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil oleh jurugambar, AnnasEaskey yang telah menangkap beberapa keping gambar Neelofa yang sedang dok posing cun tahap Korean drama la katakan. Jangan silap, Neelofa shot gambar ni ketika dia berada di Paris ketika rancangan Nona disuting di sana. Cantik kan.