Gambar Raja Ema Terkini

Pada: Khamis, 4 April 2013
Penyanyi yang popular diera 80-an, Raja Ema pastinya ada yang masih lagi mengingati beliau. Usianya kini yang mencecah 44 tahun bakal kembali setelah menyepi 24 tahun daripada persada anak seni dengan melancarkan single terbaru mengikut laporan Kosmo!.
"Biarlah kemunculan saya nanti ada kelainan. Setiap penyanyi ada cara masing-masing untuk membuat comeback. Saya lebih selesa lagu itu nanti bercerita tentang perjalanan hidup saya bergelar anak seni. Tetapi, ia masih dalam peringkat perbincangan dan mungkin akan diselit juga dengan kisah percintaan"

Selain daripada itu Raja Ema juga mendapat tawaran berlakon daripada kawan karibnya, Erma Fatima dalam drama Bukan Untuk Aku dan Slot Samarinda TV3 - Cinta Khirana (10 April ini). Keputusan mahu berlakon semula kerana anaknya Putera Amar, 19, dan Putera Alqasha, 17, sudah meningkat usia dan ada kehidupan sendiri.
"Budak-budak lelaki bila sudah besar, bukan mahu pedulikan kita sangat. Mereka ada kehidupan sendiri. Jadi, saya berasa sunyi dan rindu pula pada lakonan,"-Raja Ema

Tag : , , , , , ,