Pada:
Jumaat, 26 April 2013

Wah baguslah macam itu, ini adalah keputusan bijak Memey memandangkan sudah bergelar ibu dan juga isteri. Seterusnya menjadikan keluarga Memey dan Norman serta hubungannya dengan Abby Abadi menjadi lebih bahagia dan sempurna.
“Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung.
“Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. Namun, saya bersyukur dan gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga,” -Memey, GUA
Tag : Abby Abadi , Fesyen Tudung , Memey , Norman Hakim , Pelakon , Suami Isteri , Tudung