Pada:
Isnin, 1 April 2013

Menurut portal HarianMetro, majlis berlangsung kira-kira jam 10.40 pagi dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan.
Ezad bersyukur kerana urusan yang dirancang berjalan lancar dan mereka disatukan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 100 ahli keluarga kedua-dua pihak.
Menurutnya, perkenalan singkat tidak sampai tiga bulan membawa kepada bibit percintaan antara mereka selepas kali pertama bertemu di stesen KL Sentral pada 3 Januari 2013 lalu. -gambar facebook.com/thephilosophypictures
“Saya bersyukur dan gembira apabila sudah bergelar suami dan berharap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab baru sebaik mungkin. Saya berdoa perkahwinan ini kekal buat selama-lamanya,” kata Ezad.
Tag : Baju Pengantin , Exist , Ezad , Gambar Artis , Kedah , Penyanyi , Perkahwinan Artis , Pernikahan