Tahniah Nurul Wahab Hamil 3 Bulan!

Pada: Isnin, 1 April 2013
Tahniah kepada bekas isteri kepada komposer Ajai, Nurul Wahab kini disahkan mengandung anak sulungnya dengan suami baharunya, Eric Daniel Depp.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Nurul melalui laman blognya nurulwahabdepp.wordpress.com . Boleh baca di link ini sebab terlalu panjang eseinya. Hehe.

"Ya, minggu ini dah tiga bulan, Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua, jangan teruja sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah tiga bulan.

"Aku juga ikut jejak langkah teman aku, Ning Baizura. Caranya itu betul dan Ning juga merupakan kawan yang pertama tahu (tentang kandungan) manakala Ayu orang yang kedua kerana dia berada di sekolahnya di Johor. " - Nurul. -mStar

Tag : , , , , ,