Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ezad timang anak ke-2 (2 gambar baby)

Rabu, 7 Oktober 2015

Ezad Exist telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada tarikh 5 Oktober dimana isterinya Nor Azeana Ramli selamat melahirkan cahaya mata bersama-sama Ezad ketika itu. Namun difahamkan Azeana sebelum ini menghidap sejenis ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST) yang kemungkinan bakal memberi kesan kepada anak yang dilahirkannya itu.

Namun bagi Tomok dan Azeana mereka redo jika itu yang sudah ditentukan buat mereka. Namun hanya mampu berdoa agar semuanya dalam keadaan baik dan sihat.

Tumpang simpati terhadap isteri Ezad Exist..

Selasa, 16 Jun 2015

Isteri Ezad Exist, Nor Azeana Ramli kini disahkan menghidap penyakit kanser dan sedang hamil 5 bulan. Azeana sering mengadu sakit perut ketika mereka menunaikan Umrah pada tahun lalu dan telah menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dimana satu ketumbuhan dikenalpasti. Walaubagaimanapun, isterinya sudah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.
Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi.

Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan.
Walaupun sedang menghidapi penyakit yang agak serius dan berbahaya, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang setelah anak mereka dilahirkan.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka berdua menghadapi dugaan ini. Amin.

Ezad Exist akui miliki dadah, hukumannya...

Jumaat, 6 Februari 2015

Dikhabarkan yang Ezad Exist mengaku bersalah diatas tuduhan memiliki dadah jenis syabu dengan agaran berat 0.3 gram pada tarikh 19 November 2014 tahun yang lalu.

Menurut portal mStar, pengakuan Ezad dibuat di Mahkamah Majistret Selayang semalam. Tarikh 10 Februari nanti akan menentukan hukuman yang dikenakan ke atas Ezad.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Panas! Isteri Ezad keguguran ketika Ezad...

Selasa, 16 Disember 2014

Ezad yang sebelum ini ada kaitan dengan kes polis dimana disyaki memiliki dadah dengan air kencingnya positif dadah dan kini masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada masa yang sama baru-baru ini Ezad dijemput ke rancangan HLive! dalam segmen Apa Kata Malaysia. Dan Pak Nil sebagai host turut membincangkan mengenai kehidupan Ezad yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah itu.

Ezad menghadiri rancangan TV itu dengan harapan dia boleh meluahkan kekesalannya dan memohon maaf kepada semua pihak. Namun begitulah kehidupan Ezad, sudah jatuh ditimpa tangga, isterinya, Zeana, keguguran ketika dia kena tangkap pihak polis.
"Bila saya fikirkan isteri, bila saya fikirkan anak saya, saya rasa menyesal sangat. Perkara ini banyak buat saya terfikir kalau boleh saya tak nak lagi jadi macam ini.

Masa saya kena tangkap itu, isteri saya gugur. Memang saya rasa menyesal. Pernah sekali saya dukung anak dan saya menangis. Saya terkapai-kapai tak tahu mcm mana nak berhenti. Isteri tahu saya terlibat dengan benda ini. Saya merayu agar isteri beri peluang." -Ezad

Ezad Exist didakwa miliki syabu..

Sabtu, 22 November 2014

Ezad, semalam, 21/11 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lepas.

Ezad didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada 1.30 tengah hari 19 Nov lepas.

Ezad, yang popular dengan lagu 'Jesnita' didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Dis untuk sebutan.

Ezad, yang pernah berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' membayar wang jaminan itu. -BERNAMA

Ezad Lazim Dapat Bayi Perempuan

Jumaat, 1 November 2013

Tahniah kepada penyanyi, Ezad Lazim kerana isterinya, Nor Azeana Ramli telah selamat melahirkan anak perempuan menerusi pembedahan di Hospital Ampang pada petang hari Rabu.

Berat anak mereka ini adalah 1.7 kilogram dan difahamkan anak mereka itu masih dibawah kawalan rapi doktor kerana ketika melahirkan bayi berkenaan, kandungan Zeana berusia 8 bulan.

Tapi syukurlah, bayi berkenaan stabil. :)

Isteri Ezad Lazim Mengandung Anak Sulung

Jumaat, 23 Ogos 2013

Tahniah kepada bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim yang diberitakan isterinya, Nor Azeana Ramli hamil/mengandung 4 bulan semenjak menjadi suami isteri pada 29 Mac 2013 yang lalu.

3 Bulan Berkenalan, Ezad Terus Nikah. Tahniah!

Isnin, 1 April 2013

Tahniah kepada penyanyi bekas vokalis Exist yang pernah popular dengan lagu Jesnita, Ezad Lazim yang selamat dinikahkan dengan pasangannya Nor Azeana yang juga pengurus jualan di Masjid Tunku Abdul Rahman, Sungai Limau, Kulim, Kedah pada 30 Mac yang lalu.

Menurut portal HarianMetro, majlis berlangsung kira-kira jam 10.40 pagi dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan.

Ezad bersyukur kerana urusan yang dirancang berjalan lancar dan mereka disatukan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 100 ahli keluarga kedua-dua pihak.

Menurutnya, perkenalan singkat tidak sampai tiga bulan membawa kepada bibit percintaan antara mereka selepas kali pertama bertemu di stesen KL Sentral pada 3 Januari 2013 lalu. -gambar  facebook.com/thephilosophypictures
“Saya bersyukur dan gembira apabila sudah bergelar suami dan berharap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab baru sebaik mungkin. Saya berdoa perkahwinan ini kekal buat selama-lamanya,” kata Ezad.

Ezad Putus Tali Pertunangan

Sabtu, 1 Disember 2012

Bekas penyanyi Exist, Ezad dikhabarkan ikatan pertunangannya dengan Asliza Abdullah yang juga PA kepada dirinya kini sudah putus sejak seminggu yang lalu.

Mereka bertunang pada 1 Jun yang lalu dan merancang  dengan hasrat ingin menunaikan menjadi seorang suami isteri yang sah pada bulan Julai yang lalu, cinta yang terbina selama 4 tahun itu gagal di pertengahan jalan.
"Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

"Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.

"Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu.
"Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

"Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini,"kata Ezad. -sumber

Ezad ex Exist bertunang dengan pengurus

Sabtu, 9 Jun 2012

Kenal dan masih ingat lagi dengan kumpulan Exist dengan lalgu dendagan Julia? siapa lagi kalau bukan Ezad Lazim, tapi dia dah bukan ahli kumpulan tu dah. Yang terbaru mengenai penyanyi ini, dia dikhabarkan sudah pon bertunang dengan PA (personal assistant) merangkap pengurus. Majlis pertunangan ini diadakan minggu lepas, dan ini sudah disahkan sendiri oleh Ezad melalui laman sosialnya.

klik untuk besarkan