Video Shila Amzah Menangis!

Pada: Sabtu, 9 Februari 2013
Shila Amzah sekarang sepertinya nampak tertekan dengan isu Sharnaaz dan ayahanda beliau, Nd Lala. Sehinggakan dia sendiri memuatnaik video dengan menyanyikan lagu Ombak Rindu mengikut apa yang telah terjadi pada dirinya.

Dalam video yang berdurasi 4:14 minit itu menunjukkan Shila menangis sebak dan memohon maaf. Tidak diketahui permohonan maaf itu dibuat atas kerana apa. Walaupun menunjukkan yang dia tidak bersalah dalam hal yang berkaitan, namun mungkin menjadi mangsa keadaan.

Kadang-kadang orang yang layan lagu sambil menangis menunjukkan dia putus cinta. Mungkinkah? kita harap tidak lah, namun ramai yang beranggapan agar Shila harus meninggalkan Sharnaaz kerana meletakkan kepentingan orang tua itu lebih penting.

Tag : , , , , , ,