Pada:
Isnin, 21 Januari 2013
Bentuk badan Zain Saidin kekasih kepada Rozita Che Wan ini juga tidak mahu ketinggalan berbentuk badan cantik. Memetik daripada portal Murai, bicep di bahagian otot lengannya semakin membesar.
Tapi malangnya, Zain mahu mengecilkan semula size bicepnya itu kerana kesukaran memilih baju.
"Memang saya sedar, bicep saya sekarang semakin membesar. Puas juga saya cuba mengurangkan sedikit saiznya, tapi semakin saya bersenam, semakin itu jugalah ianya besar.
"Bukannya saya tidak suka dengan bicep ini, tapi kalau boleh dikurangkan sikit, rasanya lebih bagus,
"Apa yang saya tahu, dalam setiap tubuh manusia terutama lelaki, pasti ada kawasan tertentu yang senang untuk otot terbina dan dalam kes ini, bicep adalah tempat untuk saya.
"Saya kerap berkunjung ke gymnasium. Seboleh-bolehnya lima kali dalam seminggu. Bagaimanapun saya bersyukur, setidak-tidaknya ada tarikan tersendiri yang ada pada diri saya," kata Zain.
Tag : Bentuk Badan , Gambar Artis , Pelakon , Rozita Che Wan , Zain Saidin


