Pada:
Isnin, 21 Januari 2013
Sebenarnya isu itu bermula menurut sumber portal GUA apabila Uji Rashid dijadikan penganti Yuna namun pemilihan Yuna memilih Uji Rashid itu hanyalah pemilihan idea sahaja dan menyerahkan kepada pakar untuk memutuskan keputusannya.
Pihak pengurusan Yuna telah pun menyatakan segalanya di rancangan Melodi semalam (siapa tengok untunglah) dengan tidak mahu memanjangkan lagi isu ini dan memohon maaf kepada Uji Rashid jika beliau berasa tersinggung.
Dan ini komen Yuna untuk 4 hari berada di Malaysia meraihkan majlis kesyukuran di rumah Aizat semalam.
“Semua pihak telah beri kenyataan. Saya berpegang pada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pengurus saya, Wawa, dalam Melodi,
“Sebagai manusia biasa, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Saya tiada kuasa untuk mengawal perkara ini daripada tidak terjadi,
“Saya suka suara Kak Uji yang klasik. Tapi pihak produksi lebih arif untuk menentukan apa yang terbaik untuk semua pihak,” -Yuna.
Tag : Aizat , Berita Artis , Juara Lagu , Penyanyi , Uji Rashid , Yuna Yunalis


