Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Percutian Dafi ke benua Eropah (10 gambar)

Khamis, 29 September 2016

Sekitar sambutan hari jadi Dafi (58 gambar)

Selasa, 22 Disember 2015

Baru-baru ini berlangsung satu sambutan hari jadi ke-27 buat penyanyi Dafi pada 15 Disember yang lalu. Tema hari jadi Dafi adalah ala-ala Bollywood. Peminat Bollywood juga Dafi ni kan. -Video mStar

Sekitar resepsi Hanis Zalikha, Hairul Azreen (15 gambar)

Selasa, 9 Jun 2015

Hujung minggu lalu telah berlangsung majlis persandingan bagi pasangan Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam.

Dafi bergaduh? ini jawapan dia..

Rabu, 22 April 2015

Dengar cerita Dafi dan pegurusnya AFeeq bergaduh. Dan desas desus mengatakan syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment yang dimiliki mereka berdua sejak 5 tahun lalu juga akan dibubarkan tidak lama lagi.

Namun memetik portal Utusan, Dafi menafikan hal itu dan semuanya dalam keadaan baik sahaja.
“Saya dengar juga kononnya kami bergaduh sehingga menyebabkan dia tidak ikut saya lagi. Soalnya di bawah Afeeq juga sudah ada lima artis lain yang perlu dia jaga. Jadi, saya dan dia memang sudah bersetuju untuk mengambil seorang pagi pembantu peribadi. Memang mustahil untuk dia ikut saya setiap masa,”

“Kalau ada yang mengenali saya memang saya seorang yang sangat menitikberatkan hubungan. Jika saya tidak boleh bekerja dengan seseorang maka saya tidak akan paksa diri.

“Hubungan saya dengan Afeeq tidak ada masalah. Mungkin spekulasi ini timbul bila dia tidak lagi ikut saya, tetapi kami ada syarikat yang diusahakan bersama jadi sebenarnya kami berdua agak sibuk,”

“Saya sangat fokus bila bekerja, jadi saya tidak akan campuradukkan kisah peribadi dan kerja.

“Soal ini memang saya dan Afeeq sudah berbincang yang kononnya kami bergaduh, memandangkan tidak benar jadi kami hanya ketawakan sahaja,” -Dafi

Rambut terkini Dafi (3 Gambar)

Jumaat, 18 Julai 2014

Bukan main lagi fesyen rambut yang dikenakan oleh Dafi buat bulan Ramadan kali ini. Rambutnya diwarnakan perang dan seakan-akan kekal untuk beberapa hari. Ianya dibuktikan dengan beberapa keping gambar dia mengambil fotonya selang beberapa hari di laman sosial Instagram.

Service Celcom Macam Taik! - Dafi

Khamis, 10 Julai 2014

Dengarnya, Dafi AF tengah bengang dengan syarikat Celcom disebabkan tidak dapat akses yang dia kehendakinya sebagai pelanggan.

Dia meluahkan semua itu di dalam laman sosial Twitter miliknya. Ini tidak dinafikan, kadang kala akses sesebuah servis itu menjadi lembab memang sering kali terjadi.

Yang lebih melucukan, Dafi adakah salah seorang selebriti yang dipilih selain Kamal Adli, Nelydia Senrose, Liyana Jasmay, Elizabeth Tan, Najwa Latiff, Yana Samsudin serta Iqram Dinzly untuk mempromosikan patung KAX (produk celcom) yang dilancarkan sempena kempen Piala Dunia 2014. -gambar portal Murai

Shawal AF Selamat Bertunang

Rabu, 4 Disember 2013

Siapa peminat Akademi Fantasia masihnya anda tidak lupa penama Shawal kan. Dia merupakan pelajar AF musim ke-5 yang lalu (pelajar lainnya seperti Dafi, Mila dan Heliza Helmi).

Memetik sumber sebuah blog, dikhabarkan yang dia kini sudah bertunang dengan pasangannya bernama Azura pada 30 November lalu di Kelana Jaya.

Di majlis itu, kelihatan seperti sederhana je, dengan kehadiran sanak saudara dan teman rapat kedua-dua pihak.



Nina, Jovian Kahwin 11-12-13

Selasa, 20 Ogos 2013

Menurut sumber kakak kepada penyanyi Dafi, Nina akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Jovian Mandagie pada tarikh 11 Disember 2013 atau dengan tarikh nombornya, 11-12-13.

Jovian merupakan pereka fesyen terkenal yang membuat busana pengantin yang bermutu dan berkualiti tinggi.

Dafi Ditangkap Khalwat?

Selasa, 4 Jun 2013


Seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi atas diri Dafi yang ditangkap khalwat, dia bagaimanapun mempunyai penjelasan yang tersendiri tentang insiden yang berlaku pada dirinya baru-baru ini di negeri Johor.

Menurut portal Utusan, Dafi yang pada ketika itu berada di Batu Pahat, Johor untuk menjalani penggambaran telah ditangkap khalwat kerana dituduh tidur di dalam satu bilik hotel yang sama.

Dafi bersama Ayda Jebat dari Instagram Dafi

Kira-kira jam 1.00 pagi, Dafi berada di bilik hotel dan telah diserbu oleh 4 orang lelaki yang mengakui mereka adalah anggota pencegah maksiat. Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya setelah mendapat aduan dari orang awam yang Dafi bersekedudukan dengan seorang wanita.

Dafi telah memberi kerjasama penuh untuk membenarkan mereka memeriksa bilik hotel mereka kerana percaya dirinya tidak bersalah sama sekali. Bagaimanapun empat lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi selepas tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan ada kelibat wanita.

Menyifatkan tuduhan sebegitu sebagai mengarut, Dafi sememangnya mengakui bahawa pembantu peribadinya seorang wanita tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama bukannya berkongsi bilik seperti yang disangka.

Kereta dan Plat Nombor Milik Dafi?

Ahad, 17 Februari 2013

Memang tak sah kalau selebriti pakai kereta mewah lebih-lebih lagi kalau selebriti tu dari keluarga kaya seperti VIP mahupun VVIP. Seperti Dafi yang dikatakan memiliki kereta mewah, Porsche, model apa admin tak tahu sebab tak pro sangat dalam bab kereta dan model-modelnya.

Namun kereta mewah, Porsche itu juga dihiasi dengan plat number yang boleh dikatakan unik dan sudah semestinya mahal. D4FI merupakan singakatan nama huruf 'Dafi'. Wah memang senang kena cam la ini kereta siapa yang memandunya. Nak ingat ni Dafi punya agak susah sikit, ramai peminat selebriti berdolak dalih dengan seribu andaian kereta ini kepunyaan siapa. Kalau lihat gambar agaknya memang sah kereta dan plat nombor itu milik Dafi kan.

Tapi pengakuan Dafi melalui laman sosialnya menyatakan kereta itu adalah untuk shooting sahaja, dan mungkin nombor plat diubah mengikut citarasa shooting berkenaan.


Berat Badan Dafi 80kg!

Jumaat, 4 Januari 2013

Dalam diam-diam dikhabarkan berat badan Dafi pernah menaik sehingga 80 kg. Oleh sebab itu dia berazam untuk menurunkan sehingga 10 kg untuk kelihatan lebih ideal sebagai seorang selebriti.

Oleh itu Dafi kini yang menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia telah seidikit sebanyak menurunkan berat badannya dengan aktiviti program berkenaan.
"Saya akui kebelakangan ini berat badan saya memang cepat naik dan saya perlu melakukan sesuatu sebelum ia tidak dapat dikawal,

"Sejak tiga bulan lalu saya sudah mengamalkan diet dan senaman secara teratur selain mencuba sukan Muay Thai bagi mengurangkan berat badan dan mula menampakkan hasil.

"Saya mahu untuk turunkan berat badan saya sebanyak 10 kilogram supaya dapat kembali ke bentuk asal seperti sebelum ini," kata Dafi. -sumber

Dafi mahu kekasih dari Indonesia

Isnin, 28 Mei 2012

Dafi teringin memiliki seorang kekasih warga Indonesia sejak menetap di Indonesia pada Januari lalu. keinginannya itu mula timbul sejak melihat ramai gadis-gadis di negara tersebut mempunyai raut wajah yang cantik.

"Jujur saya katakan, kecantikan wajah mereka membuatkan saya teringin mempunyai seorang kekasih di sana.

"Bagaimanapun, kenyataan ini bukan mahu mengatakan yang orang Malaysia tidak cantik, harap peminat-peminat tidak salah faham atau berkecil hati ya," katanya.
Dafi juga ingin merasakan pengertian hubungan cinta jarak jauh apabila dia pula ke tanah air nanti.Enggan terlalu memikirkan soal pilihan cinta, Dafi meneruskan target utamanya yang ingin mengembangkan kerjaya di negara seberang itu. -Via

Selebriti di Sambutan Hari Ibu Rafflesia

Ahad, 27 Mei 2012

Sebelum ni ada menampakkan Gambar Memey Suhaiza bersama ibunya di satu majlis besar iaitu Majlis Makan Malam Rafflesia yang diadakan di Restoran Makan-Makan di Hotel Royal KL. Kali ni, korang dapat lihat selebriti lain bersama dengan ibu-ibu mereka meraikan hari berkenaan. Enjoyed it. -gambar VIA

Dafi jadi duta bufet Ramadhan

Jumaat, 22 Julai 2011

Bersempena bufet berbuka puasa sepanjang bulan suci Ramadhan yang akan diadakan di Restoran Istana Bambu Kuala Lumpur tidak lama lagi, artis pujaan wanita muda mudi, Dafi telah dilantik oleh pihak pengurusan restoran berkenaan sebagai dutanya. Tugas Dafi sebagai duta adalaj, dafi sendiri akan berbuka puasa di sana selama lapan kali dalam tempoh itu. Dan anda berpeluan berbuka puasa bersama Dafi disana, tapi anda digalakkan lihat dulu jadual tempat tue, kot-kot melepas jumpa Dafi. Hehe.

[via]

gambar Dafi di Kuala Terengganu

Khamis, 26 Mei 2011

Gambar terbaru Dafi ni diambil ketika Dafi mengacarakan sebuah majlis pertandingan syarikat swasta di Maydin Kuala Terengganu baru-baru ni. Dafi menjadi sepertinya menjadi host kepada peserta-peserat yang bertanding, ingat belia2 yang join, rupa-rupanya beliau2 pula yang join. Hehe. Rambut Dafi pun nak jadi macam Justin Bibir ker, stylo nampaknyer, nanti ada lah filem 'neber say neber ll' hehe.. gurau2 jerk.. :)

Dafi jadi duta dunia perbankan

Sabtu, 14 Mei 2011

Bangga juga rasanya mendengar cerita pasal penyanyi lelaki comel, Dafi, yang khabarnya tak henti-henti menerima tawaran sana-sini. Walaupun wajahnya jarang kelihatan di kaca televisyen, tetapi rezekinya tetap datang mencurah-curah. Ada saja kerja yang memberikan rezeki buat anak muda ini, walaupun ramai bakat baru lain muncul setiap hari.

Belum pun habis satu kerja, khabarnya Dafi dah dapat tawaran baru. Malah sekarang ini dia mula berjinak-jinak dalam bidang teater pula. Selain itu, Dafi juga turut mendapat tawaran sebagai duta. Bukan duta produk seperti kebanyakan artis lain, sebaliknya duta kepada Bank Rakyat. Bukan calang artis dapat duta sebagai duta bank. Jarang kita dengar artis popular dapat title macam ni, kalau produk-produk tu ramailah kot. Apa-apa pun tahniah kepada Dafi lah yer.. All the Best.. -sumber Bharian

Dafi dan Mila ada apa-apa ke?

Rabu, 20 April 2011

Percintaan Dafi memang menjadi satu misteri yang sukar untuk diselongkar oleh media-media dan wartawan. Belum dipastikan lagi siapa wanita yang bertuah tue. Cuma gosip-gosip suam sahaja yang selalu melanda Dafi apabila dikaitkan dengan seseorang wanita. Yang pasti mungkin Dafi masih lagi menyimpan sesuatu. Hehe. Gambar di bawah ni gambar bersama Mila AF. Agak mesra juga, siap di 'pangku' lagi tue. Mungkin untuk sesi photoshot sahaja kot. Kalau betul-betul cinta, agak-agaknya cocok tak?? -gambar SyokKahwin

Ulang tahun Dafi bertema Masquarade Nite

Khamis, 16 Disember 2010

Dafi baru-baru ini ditemui ketika Majlis pelancaran LOLE dan sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke-22 di Kuala Lumpur pada 14 Disember yang lalu yang turut di'sponser' oleh LOLE dan Kelab Peminat Dafi Malaysia (Dafi FC). Turut dihadiri bapa tercintanya merangkap Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta ibu tersayang serta Rozita Che Wan yang membuat kejutan katanya. Majlis tersebut juga banyak didokong oleh ahli kelab peminat. 'Mereka' sangat sporting apabila memilih tema Masquarade Nite. Masing-masing tampil dengan gaya tersendiri. -ManggaOnline

Imej terbaru Dafi AF5

Sabtu, 6 November 2010

Siapa peminat Dafi mesti ternanti-nanti imej terbaru daripada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ni. Kalau mengikutkan imej terbaru Dafi ni sedikit rock beb, rambut diwarnakan, sepertinya tiada kehitaman sudah. Tidak dipastikan samaada ianya berkonsep kekal ataupun sementara untuk studio photo. Apa-apa pun imej Dafi, Dafi yang juga anak orang berada (VVIP) tetapi dia seorang yang berbudi bahasa, tingkah laku yang sopan, dan pandai menghormati. Itu yang diakui ramai peminatnya.

Dafi meluat dengan gaya Rozita Che Wan

Jumaat, 23 Julai 2010

Tidak sangka bekas peserta Akademi Fantasia 5, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi begitu meluat dengan pelakon Rozita Che Wan. Dafi mengakui dia tidak senang dengan kelakuan dan lagak diva Rozita ketika penggambaran drama Lawaknya Fantasia Raya terbitan Astro Production Sdn Bhd yang dibuat di Kampung Serkam, Merlimau, Melaka, baru-baru ini. Kata Dafi, dia tidak suka bekerja dengan Rozita, tetapi terpaksa juga maka kenalah dia melayan sikap mengada-ngadanya walaupun tak berapa gemar caranya.

"Dia asyik buat perangai ketika berada di situ. Sepanjang penggambaran, saya memang tak senang dengan kerenahnya," luah Dafi.
Bagaimanapun, jangan terkejut dan buat andaian bukan-bukan kerana ini hanyalah watak mereka dalam telefilem yang akan disiarkan pada Aidilfitri nanti. Dafi membawa watak jurukamera bernama Dafi manakala Rozita pula membawakan watak Cik Ayu, diva popular yang berkunjung ke Kampung Tok Kecut untuk penggambaran drama Gugu Gegat Ayu.

"Di luar watak, saya sangat menghormati Rozita. Saya begitu kagum dengan bakat yang ada padanya dan gembira digandingkan berlakon dengannya. Orangnya begitu profesional ketika di lokasi. Ini kali pertama kami berlakon bersama dan saya amat gemuruh apabila diberitahu akan berlakon dengan dia. Tapi, perasaan gemuruh semuanya hilang apabila pada hari pertama penggambaran lagi dia sudah menunjukkan sikapnya yang mesra, sekali gus melenyapkan tanggapan saya mengenai dia. Dia juga tak lokek bagi ilmu pada saya memandangkan ini lakonan saya yang ketiga selepas Sayang You Can Dance dan Hotel Mania," kata Dafi.