2 Februari Tarikh Kahwin Liyana Jasmay

Pada: Khamis, 10 Januari 2013
Tahniah kepada penyanyi/pelakon, Liyana Jasmay yang sudah mengumumkan tarikh sebenar perkahwinannya dengan Fathudin Mazlan yang akan dijadualkan pada 2 Februari 2013.

Sumber yang memetik daripada portal Utusan menyatakan acara majlis perkahwinan berkenaan akan berlangsung di bangunan PWTC, Kuala Lumpur pada sebelah malam.

Ibu kepada Liyana, Habsah mengesahkan persiapan di hari itu nanti berjalan dengan lancar. Dan Liyana akan berangkat ke New York, USA untuk berlakon sebuah telefilem selepas persandingan di pihak penganting lelaki nanti..

Tag : , , , , , , , ,