Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Isu orang Sabah tak puas hati, ini komen Liyana Jasmay...
Selasa, 3 Mei 2016
Akibat luahan Liyana Jasmay yang takut hendak keluar rumah ketika berada di Sabah beberapa hari lalu, Liyana tampil memberikan penjelasan terhadap hal itu.
Liyana juga memohon maaf kepada warga Sabah yang terguris dengan luahannya itu.
Liyana juga memohon maaf kepada warga Sabah yang terguris dengan luahannya itu.
“Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu”
“Begitu juga dengan peminat yang ingin bergambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran,” katanya kepada Berita Harian Online
Ucapan Liyana Jasmay ini buat rakyat Sabah berang!
Isnin, 25 April 2016
Artikel penuh dibawah ini memetik portal mStar Online
Pelakon Liyana Jasmay memberitahu suaminya sering menjadi mangsa peminat-peminatnya untuk bergambar biarpun dia bukanlah selebriti terkenal.
Liyana, 28, berkata, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat apabila mereka mengambil bergambar dengan suaminya yang kini bekerja di Sabah.

Wajah F&N Sirap yang sebenarnya... (7 gambar)
Selasa, 12 April 2016
Seorang gadis cantik, Madihah, 18 tahun, akhirnya merungkai persoalan milik siapa sebenarnya wajah comel yang selama ini menghiasi botol F&N melalui satu posting di laman Instagram dan Twitter miliknya.
Sebelum ini dikatakan heboh di laman sosial dengan teka-teki siapakah pemilik rupa itu.
Ada yang mengatakan wajah budak perempuan itu ialah milik selebriti Liyana Jasmay.
Sebelum ini dikatakan heboh di laman sosial dengan teka-teki siapakah pemilik rupa itu.
Ada yang mengatakan wajah budak perempuan itu ialah milik selebriti Liyana Jasmay.
Liyana Jasmay mahu tambah anak TAPI....
Isnin, 28 Mac 2016
Liyana Jasmay merancang sekurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk menambah bilangan cahaya mata.
Liyana, 28, berkata, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap pembesaran dua orang anaknya iaitu Sofea Arissa, 2, dan Selena yang baharu berusia 3 bulan.
Liyana, 28, berkata, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap pembesaran dua orang anaknya iaitu Sofea Arissa, 2, dan Selena yang baharu berusia 3 bulan.
"Saya belum fikir untuk tambah anak lagi, kalau boleh biar anak sulung saya menginjak usia lima tahun dahulu.
"Saya mahu fokus besarkan mereka dahulu, tapi kalau ikutkan rancangan keluarga saya mahu empat orang cahaya mata," ujarnya kepada mStar Online
Inilah wajah dan nama anak ke-2 Liyana Jasmay
Jumaat, 29 Januari 2016
Pada tanggal 22 Januari yang lalu, Liyana Jasmay selamat melahirkan anak ke-2nya berjantina perempuan. Untuk pengetahuan nama anaknya itu adalah Selena Fathuddin.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan anak. Tak lupa rakan, teman media dan peminat tersayang. Kehadiran Selena pastinya menambah keceriaan hidup saya dan suami.
"Sofia dan Selena menyerikan hidup saya. Semoga mereka akan menjadi anak yang baik dan solehah," kata Liyana memetik Instagram miliknya
Liyana Jasmay selamat melahirkan anak ke-2
Rabu, 27 Januari 2016
Tahniah Liyana Jasmay yang selamat melahirkan anak ke-2nya pada hari Jumaat lalu, 22 Januari. Jantina bayi itu adalah perempuan dengan berat 2.92 kg.
Liyana memilih bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Liyana memilih bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
"Syukur alhamdulillah, proses kelahiran kali kedua ini lebih mudah berbanding ketika melahirkan Sofia. Mungkin juga sebab saya sudah bersedia secara mental.
"Namun bab kesakitan melahirkan anak itu sama saja. Cuma, proses kelahirannya ini lebih cepat berbanding anak pertama," katanya.
Bila Fazura bertudung (8 gambar)
Selasa, 29 Disember 2015
Penampilan julung-julung kali pelakon Nur Fazura Sharifuddin bertudung mendapat reaksi positif peminatnya di media sosial.
Fazura, 32, memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram mengenakan jubah biru dan bertudung sewaktu mempromosikan produk butiknya di Brunei kelmarin lapor Malay Mail.
Festival itu turut menampilkan produk artis Malaysia lain seperti Mermaid Luxe oleh pelakon Liyana Jasmay dan Sharabangsar oleh Puteri Sarah Liyana.
Fazura, 32, memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram mengenakan jubah biru dan bertudung sewaktu mempromosikan produk butiknya di Brunei kelmarin lapor Malay Mail.
“Masya Allah cantik kalau Fazura pakai hijab,” kata Irfahanny,Pemilik butik House of Doll mempromosikan hijab di ekspo tiga hari fesyen muslimah Festival Barakah yang berakhir hujung minggu lalu di Bandar Sri Begawan.
“Bolehkah awak terus memakai hijab? Awak kelihatan comel dan berseri-seri memakai hijab.” kata Anwarri
“Masya Allah lawanya Fazura bertudung, sejuk mata memandang.” kata Ryko Deh mencoret
Festival itu turut menampilkan produk artis Malaysia lain seperti Mermaid Luxe oleh pelakon Liyana Jasmay dan Sharabangsar oleh Puteri Sarah Liyana.
Tahniah! Liyana Jasmay hamil anak ke-2 berusia.. (gambar)
Rabu, 15 Julai 2015
Tahniah kepada Liyana Jasmay yang dikhabarkan kini hamil anak ke-2 dengan usia kandungannya kini berusia 2 bulan. Anak pertama Liyana, Sofia Arissa yang kini berusia dua tahun.
"Memang kami mahu anak cepat. Tak mahu jurang terlalu banyak di antara anak pertama dan kedua. Saya dan suami pun nak kasi adik kepada Sofia.
"Saya sendiri pun nak dapat anak sekurang-kurangnya sebelum berusia 30 tahun. Sekarang ini saya sudah 27 tahun, jadi ada tempoh tiga tahun lagi untuk menambah anak. Selepas usia itu, saya mungkin berfikir tiga kali untuk mengandung lagi," katanya kepada BH Online.
Filem sekarang tidak releven! - Liyana Jasmay
Selasa, 21 April 2015
Liyana Jasmay menyifatkan filem-filem tempatan pada masa kini tidak lagi relevan kerana penceritaannya tidak mengikut perkembangan semasa.
Liyana berkata, keadaan itu membuatkan golongan remaja tidak berminat menonton filem tempatan sekali gus menjadi punca utama karya seni kurang mendapat sambutan.
Liyana berkata, keadaan itu membuatkan golongan remaja tidak berminat menonton filem tempatan sekali gus menjadi punca utama karya seni kurang mendapat sambutan.
"Apa yang saya lihat, filem kita tidak relevan dengan isu atau trend zaman sekarang.
"Kalau ikut trend pun, lepas dua tahun baru ditayangkan, jadi dah tak 'in' dan macam mana nak tarik orang muda menonton filem itu? Mereka mahukan filem yang trendy.
"Selain itu, konsep pemasaran juga amat penting bagi menarik perhatian ramai. Tetapi sayangnya kebanyakan penggiat seni… mereka kurang mengutamakan perkara itu," katanya.