Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datuk Rahman Hassan, Fadillah sah suami isteri (3 gambar)

Jumaat, 26 Disember 2014

Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor. Majlis nikah diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada semalam, 9 malam Jumaat, 25 Disember 2014.

Rahman menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Rahman memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.

Manakala pihak Fadillah membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan. -mStar

A Rahman Hassan, Fadilah nikah pada tarikh....

Rabu, 17 Disember 2014

Tahniah kepada pelakon vateran, Datuk A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor yang bakal bernikah pada 25 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas waktu Isya.

Menurut portal mStar, majlis diadakan cukup sederhana dan tiada tema dikenakan kepada tetamu.
"Saya minta maaf tidak dapat jemput ramai pada majlis perkahwinan itu nanti kerana tempat terhad kepada ahli keluarga sahaja. Itu pun ada sanak saudara jauh yang tidak dapat dijemput.

"Ia hanya majlis sederhana sahaja, saya pun sudah tua untuk buat majlis besar-besar sangat cukup untuk 400 tetamu sahaja," -Datuk A Rahman.

Deja Moss Kini Bertudung

Khamis, 5 Disember 2013

Dalam tak disangka Deja Moss kini sudah bertudung penuh. Ianya sekaligus menyempurnakan gelarannya sebagai hajah. Dia ditemui ketika satu majlis di PWTC, Kuala Lumpur bersempena Perhimpunan Agung Umno 2013.

Deja membuka gerai jualan makanan asli orang Sarawak iaitu Kek Lapis Sarawak. Katanya memang sedap dan enak buatan Deja ni. -gambar MediaHiburan


Zed Zaidi Bertanding Jawatan Dalam UMNO

Jumaat, 13 September 2013

Wah tak sangka Zed Zaidi akan bertanding untuk jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan tidak lama lagi memetik portal MediaHiburan semalam.

Inilah kali pertama selebriti tempatan bertanding untuk jawatan dalam bidang politik di tempat yang tertinggi.

Baguslah macam ini. Diharap Zed dapat memenangi jawatan tersebut.
"Ya, saya 'confirm' akan bertanding. Pada 14 September ini saya akan mengambil borang pemilihan di pejabat Pemuda UMNO di PWTC, 21 September pula tarikh penamaan calon dan 12 Oktober adalah pemilihan Pemuda di seluruh negara yang dilakukan secara serentak," -Zed

Gambar Resepsi Liyana Jasmay, Fathuddin

Isnin, 4 Februari 2013

Ini adalalh gambar perkahwinan atau resepsi Liyana Jasmay dengan pasanganya, Fathuddin Mazlan sebelah malam selepas bernikah pada sebelah pagi 2 Februari lalu.

Majlis ini diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Pakaian pengantin lelaki dan perempuan nampak seperti simple dan biasa kita lihat, mungkin harganya mahal rasanya.

Pelik ke tak? nikah pakai 'tudung', bersanding tak pula. Hehe. Apa-apa pun semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. -gambar RotiKaya.

Gambar Pernikahan Liyana Jasmay, Fathuddin

Ahad, 3 Februari 2013

Tahniah kepada Liyana Jasmay dan suaminya, Fathuddin Mazlan yang diijab kabulkan semalam 2 Februari di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi lebih.

Liyana menerima 5 dulang hantaran dengan termasuk wang bernilai RM28,322, seutas rantai, sepasang anting-anting, sebentuk cincin.

Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada sebelah malamnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). gambar Utusan | mStar

2 Februari Tarikh Kahwin Liyana Jasmay

Khamis, 10 Januari 2013

Tahniah kepada penyanyi/pelakon, Liyana Jasmay yang sudah mengumumkan tarikh sebenar perkahwinannya dengan Fathudin Mazlan yang akan dijadualkan pada 2 Februari 2013.

Sumber yang memetik daripada portal Utusan menyatakan acara majlis perkahwinan berkenaan akan berlangsung di bangunan PWTC, Kuala Lumpur pada sebelah malam.

Ibu kepada Liyana, Habsah mengesahkan persiapan di hari itu nanti berjalan dengan lancar. Dan Liyana akan berangkat ke New York, USA untuk berlakon sebuah telefilem selepas persandingan di pihak penganting lelaki nanti..

Keputusan Penuh ASK 2012

Sabtu, 10 November 2012

Semalam sudah berlangsungnya majlis penganugerahan Anugerah Skrin 2012 dengan penuh babak dan juga lakonan dengan tema Fantasi di PWTC Kuala Lumpur.

Yang menonton semalam pastinya ada yang teruja dengan kelainan yang dilakukan pihak penganjur.

Mungkin ada juga yang rasa sedikit kebosanan kerana jalan cerita yang tidak mencuit hati atau gelak ketawa dengan tiada gandingan pelawak-pelawak komedi.

Namun apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang dan yang tidak berjaya cuba usaha dan perbaiki lagi ok.


Petikan portal GUA: Keputusan Penuh

Drama Terbaik
•  Aku Mahu Terbang – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
•  Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd PEMENANG
•  Ku Petik Dosa – JS Pictures Sdn Bhd
•  Parit Jawa – Current Pictures Sdn Bhd
•  Parut Ashikin – Balang Rimbun Sdn Bhd

Pengarah Drama Terbaik
•  Aku Mahu Terbang - Mohamed Feroz Abdul Kader
•  Di Telapak Kaki Bonda - Kabir Bhatia PEMENANG
•  Ku Petik Dosa - Hj Azman Hj Yahya
•  Parit Jawa - Tunku Mona Riza
•  Parut Ashikin - Sabri Yunus

Filem Terbaik
•  Songlap - GRAND BRILLIANCE & RED FILM
•  Bunohan - APPARAT SDN BHD (PEMENANG)
•  Ombak Rindu - TARANTELLA PICTURES SDN BHD
•  Libas - MDAG MARKETING SDN BHD
•  7 Petala Cinta - METROWEALTH MOVIES SDN BHD

Pengarah Filem Terbaik
•  Fariza Azlina / Effendee Mazlan - Songlap PEMENANG
•  Dain Said - BUNOHAN
•  Osman Ali - OMBAK RINDU
•  Azhari Zain - 7 PETALA CINTA
•  Jurey Latiff Rosli – LIBAS

Lakon TV Terbaik
•  100 Hari - Afiza Kamarulzaman
•  Di Telapak Kaki Bonda - Lum Pung Fui PEMENANG
•  Pak Ngah Haji Omar - Mufid Suhaimi
•  Parit Jawa - Mohd Jamil Mutalib & Tunku Mona Riza
•  Sepatu Merah - Eirma Fatima

Lakon Layar Terbaik Filem
•  Fariza Azlina Isahak - Songlap
•  Dain Said - Bunohan PEMENANG
•  Osman Ali - OMBAK RINDU
•  Martias Ali - LIBAS
•  Shariman Wahap - 7 PETALA CINTA

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
•  100 Hari - Ridzuan Hashim
•  Gincu Ayah - Abu Bakar Omar PEMENANG
•  Ku Petik Dosa - Zaidi Omar
•  Parut Ashikin - Eman Manan
•  Sepatu Merah - Ku Haris Ku Mohamed

Pelakon Wanita Terbaik Drama
•  Gincu Ayah - Aida Aris
•  Hilangnya Doa Seorang Ibu - Lisdawati
•  Maharku Untukmu - Nabila Huda
•  Ruminah Sidek - Parit Jawa PEMENANG
•  Sepatu Merah - Umie Aida

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
•  Shaheizy Sam - SONGLAP PEMENANG
•  Aaron Aziz - OMBAK RINDU
•  Faizal Hussein - BUNOHAN
•  Beto Kusyairy - CHOW KIT
•  Que Haidar - MISTERI JALAN LAMA

Pelakon Wanita Terbaik Filem
•  Maya Karin - OMBAK RINDU PEMENANG
•  Mimie One Nation Emcees - KLIP 3GP
•  Nabila Huda - JALAN KEMBALI (BOHSIA 2)
•  Sara Ali - SONGLAP
•  Intan Ladyana - FLAT 3A

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
•  Maharku Untukmu - Rahim Jailani
•  Pak Ngah Haji Omar - Wan Hanafi Su
•  Namron - Parit Jawa  PEMENANG
•  Parut Ashikin - Along Ezzendy
•  Pelarian - Azhan Rani

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
•  Di Telapak Kaki Bonda - Sherry Merlis PEMENANG
•  Gincu Ayah - Rosnah Mat Aris
•  Hilangnya Doa Seorang Ibu - Maimon Talib
•  Petik Dosa - Fadilah Mansor
•  Maharku Untukmu - Norish Karman

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
•  Syafie Naswip - SONGLAP PEMENANG
•  Zahiril Adzim - BUNOHAN
•  Zaidi Omar - OMBAK RINDU
•  Bront Palarae - JIWA TAIKO
•  Soffi Jikan - JALAN KEMBALI BOHSIA 2

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
•  Lisa Surihani - OMBAK RINDU PEMENANG
•  Nadiya Nisaa’  - JIWA TAIKO
•  Dira Abu Zahar - CHOW KIT
•  Normah Damanhuri - SONGLAP
•  Fauziah Nawi - HOORE HOORE

Videografi Terbaik
•  Aku Mahu Terbang – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd PEMENANG
•  Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd
•  Pak Ngah Haji Omar – A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
•  Parit Jawa – Current Pictures Sdn Bhd
•  Parut Ashikin – Balang Rimbun Sdn Bhd

Drama Rantaian Terbaik
•  Tentang Dhia – Primeworks Studios Sdn Bhd
•  Tahajjud Cinta – Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
•  Makbul – Unit Drama TV RTM
•  Karma – Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
•  Jangan Ambil Padang Kami – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd PEMENANG

Drama Komedi Terbaik
•  Paan Paiz – Radius One Sdn Bhd
•  Lembu Lawan Lembu – Ribuvision Enterprise Sdn Bhd
•  Elly & Epit – Red Communications Sdn Bhd PEMENANG
•  Annisa´ – Primeworks Studios Sdn Bhd

Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik
•  Edisi Siasat Mandarin :11 Ali Baba – Producer: Wong Loke Tung
•  Tangisan Somalia – Producer: Tan Su Lin
•  Majalah Islam:Palestin Terus Berdarah – Producer: Syafinah Othman
•  Majalah 3 :Badang Kinabalu – Producer: Gan Bock Khim
•  Dunia Tersembunyi : Rambu Solok – Producer: Mohd Raziff Zulkafli PEMENANG

Rancangan Bual Bicara Terbaik
•  Apa Saja FBI : Dilema Wanita – Producer: Roslina Abd Rahman
•  Liga Ilmu : Menjaga ibubapa tanggungjawab lelaki atau perempuan? – Producer: Mohd Fairuz Mydeen
•  The Breakfast Show : Labour Day Special – Producer: Albert Thein
•  Wanita Hari Ini : Dera & Kurung Anak – Producer: Norazlina Nekmat
•  Bella : Labour Day Special – Producer: Fakhrunnisa Hamdan PEMENANG

Rancangan Hiburan Terbaik
•  Maharaja Lawak Mega Ep : 9 – Producer: Khairul Nizam Jamaludin
•  Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 : Ep 10 – Producer: Khairul Nizam Jamaludin
•  Anugerah Industri Muzik 2011 – AIM2011 – Producer: Salimin Lockman
•  CNY Treasure Hunt In Taiwan – Producer: Mas Ayu Ali
•  Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 – Producer: Nurhul Huda PEMENANG

Rancangan Muzikal Terbaik
•  Mania : Duet – Producer: Lydia
•  Ultimate Power Star 2: Grand Finals – Producer: Jun Chan
•  Soundcheck TV9 – Producer: Ahmad Shaifullizam Arshad
•  Akustik : Adira – Producer: Iwan Rauf
•  Anugerah Juara Lagu 26 – Producer: Nurhul Huda Hj Khalid PEMENANG

Rancangan Realiti Terbaik

•  Medan Imam Muda : Ep 5 Khurafat - Producer: Mohd Najib Mohd Amin
•  Mentor 6 : Akhir – Producer: Sufian Isa
•  Showdown 2012 : The Final Showdown – Producer: Shazreena Mohd Kassim & Ganesh
•  Yuna Bintang di langit : Ep 4 Los Angeles – Producer: Ismadi Ismail
•  Jemputan Umrah : Ep 1 Pengenalan – Producer: Basirun Othman PEMENANG

Laporan Khas/Berita Terbaik

•  Berita TV9 – Tagih Laut- Producer: Aminhayat Abd Rahim
•  Berita TV9 – Litar Maut – Producer: Ahmad Farith Zahir
•  Buletin Awani- Berbelanja Demi Kucing – Khairunnisa Kasnoon
•  Berita Wilayah – Hari Guru (Pendalaman) – Producer: Noor Yusof
•  Berita TV9 – Bom Jangka - Producer: Aminhayat Abd Rahim PEMENANG

Anugerah Yasmin Ahmad
– Pierre Andre

Anugerah Artis Harapan PANTENE
•  Putri Balqis - Pelarian PEMENANG
•  Farah Nadiah Zulkifli - Ku Petik Dosa
•  Nad Zainal - 100 Hari
•  Syafieq Syazwan - Aku Mahu Terbang

Gambar Siti Saleha terbaru..

Isnin, 31 Oktober 2011

Admin memang suka tengok Siti Saleha ni. Orangnya memang manis dan cantik. Betul-betul menawan hati, sejuk mata memandang. Dari lesung pipinya yang menawan. Mungkin bila ada orang stress, tengok Saleha jer, dah reda keadaan. Tak tahu nak kata apa lagi. Jom lah tengok gambar Saleha yang terbaru ni yang diambil baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PWTC).

[gambar Via]

Lagi Gambar Raja Farah bertudung

Jumaat, 12 Ogos 2011

Baru-baru ni ada program kat PWTC Kuala Lumpur. Ntahlah apa nama program tu, mungkin majlis berbuka puasa kot. Yang menariknya ketika majlis itu, penampilan pertama kali Raja Farah dikhalayak umum mendapat perhatian. Sungguh anggun dan ayu pelakon ini bila bertudung, apatah lagi ditemani suami tersayangnya Megat Bashirun yang juga berbaju Melayu. Serba biru gitu Raja Farah. Tapi tahu ker anda? desas desus Raja Farah akan bersara daripada berlakon? buat masa ini belum ada lagi ada ke arah itu sebab masih ada lagi 'offer' lakonan, tapi sepertinya Farah mahu ke arah itu, bersara. Zzz..

[via]