Pada:
Jumaat, 30 November 2012

Difahamkan hubungan dengan seorang jejaka yang berkerjaya dalam bidang pendidikan itu hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja. Dikatakan banyak faktor yang mendorong perpisahan itu dan mereka berdua kini menjalani haluan masing-masing.
"Sebenarnya masa media bertanyakan mengenai hubungan kami, saya masa itu baru sahaja berkenalan dengannya dan masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing.
"Lepas kami berkenalan, saya sedari selepas itu kami punya banyak perbezaan dan rasanya sukar untuk kami sesuaikan dengan diri masing-masing. Malah perkenalan kami selepas itu tidak kekal lama. Mungkin tiada jodoh kami berdua dan nampaknya saya sekarang kembali solo,
"Saya tidak terasa sangat dengan perpisahan ini kerana hubungan kami tidak kekal lama. Malah kami segera membawa haluan masing-masing selepas kami sedari tiada keserasian lagi.
"Meskipun saya tiada teman istimewa tetapi saya masih ada cinta dan saya masih hidup dengan cinta daripada keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk lebih kuat," jelasnya
Tag : Gossip Artis , Kekasih Artis , Marsha Londoh , Pelakon , Sabah