Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Adira luah perasaan sedih, bergaduh dengan madu?

Jumaat, 7 Julai 2017

Sejak beberapa hari lalu pula, ada pihak mula berspekulasi bahawa hubungan Adira dan madunya, Datin Red mungkin sedikit tegang apabila Datin Red memuat naik hashtag #teamlakikenapinjam #takpandaimenipu dan foto beliau bersama Datuk Red dengan kapsyen

“laki ku dah pulang ke pangkal jalan” apabila ahli perniagaan itu pulang daripada Sabah untuk beraya dengan isteri pertamanya itu.

Adel AF selamat menjadi isteri (8 gambar HD)

Isnin, 2 Januari 2017

Adel AF 2014 (Adeline Joyce) selamat dinikahkan dengan seorang ahli perniagaan Muhammad Affan Jumahat, 29, dengan sekali lafaz di Taman Seri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah pada hari Ahad semalam dan dihadiri lebih 200 tetamu.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh bekas isteri Affan bersama tiga anaknya. Manakala majlis resepsi mereka berlangsung pada hari ini bertempat di Tuaran.

Pasangan ini mula berkenalan sejak setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 Disember lalu.

Alahai cute-nya Fattah Amin kata Neelofa (video)

Selasa, 8 November 2016

Jom tengok Fattah Amin berbahasa dialek Sabah, sampai tergelak Neelofa dibuatnya. Comelkan kedua-dua pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ni.

Isu orang Sabah tak puas hati, ini komen Liyana Jasmay...

Selasa, 3 Mei 2016

Akibat luahan Liyana Jasmay yang takut hendak keluar rumah ketika berada di Sabah beberapa hari lalu, Liyana tampil memberikan penjelasan terhadap hal itu.

Liyana juga memohon maaf kepada warga Sabah yang terguris dengan luahannya itu.
“Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu”

“Begitu juga dengan peminat yang ingin bergambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran,” katanya kepada Berita Harian Online

Ucapan Liyana Jasmay ini buat rakyat Sabah berang!

Isnin, 25 April 2016

Artikel penuh dibawah ini memetik portal mStar Online

Pelakon Liyana Jasmay memberitahu suaminya sering menjadi mangsa peminat-peminatnya untuk bergambar biarpun dia bukanlah selebriti terkenal.

Liyana, 28, berkata, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat apabila mereka mengambil bergambar dengan suaminya yang kini bekerja di Sabah.

Hairul Azreen, Hanis Zalikha bercuti di Poring, Ranau Sabah (8 gambar)

Rabu, 16 Mac 2016

Isteri Syaiful Zero hamil 2 bulan (gambar)

Ahad, 25 Oktober 2015

Isteri Syaiful Zero aka Melati iaitu Asyura Rudy, 27 kini sedang hamil anak sulung mereka dengan usianya kini dua bulan.

Mereka berkahwin pada 24 Julai yang lalu.

“Alhamdulillah, isteri saya kini sudah masuk bulan kedua kehamilan,” -Syaiful

Rumah Zero di Kudat terbakar hangus (4 gambar kebakaran)

Khamis, 18 Jun 2015



Kediaman kumpulan pelawak, Zero di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, Selasa.

Berita TV3 dikecam orang Sabah sebab..(PANAS)

Isnin, 15 Jun 2015


Ni lah berita TV paling express, amik dari je laman sosial dan banyak sponsor iklan. Dah bosan. Lihat Awani dan RTM lagi bagus.

Punca sebenar Syaiful Melati tunda perkahwinan!

Jumaat, 13 Februari 2015

Difahamkan salah seorang ahli kumpulan pelawak Zero, Syaiful akan menangguhkan proses untuk berumahtangga aka kahwin dengan pasangannya.

Keputusan Syaiful atau panggilan Melati itu dibuat adalah dasar kerjaya atau kemungkinan mendapat pelbagai tawaran.

Namun ramai yang terkilan, kerana hasrat Syaiful itu seharusnya dibuat terlebih dahulu, kerana itu adalah niat pertama mereka dan tidak menjadi kesalahan jika sudah berkahwin dan kekal sebagai seorang pelawak.
Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu. Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu. -Syaiful

Niat baik Zero, Biayai ibu pergi Haji

Ahad, 8 Februari 2015

Niat baik akan diakhiri dengan kebaikkan juga. Juara MaharajaLawak Mega 2014, Zero telah berhasrat untuk menggunakan wang kemenangan mereka yang berjumlah RM500,000 itu untuk membiayai kepermegian ibunda mereka ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardu Haji.

Selain itu, wang itu juga akan digunakan untuk membina rumah dan pembiayaian perkahwinan Syaiful (Melati).
“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,”

“Benda ini semua rezeki. Tak kira kalau dapat nombor berapa atau tersingkir sekali pun kami tetap mahu tunaikan hajat buat keluarga,” -Sharif

Ani Mayuni makan ulat untuk..

Rabu, 10 Disember 2014

Penyanyi dangdut, Ani Mayuni mengakui yang dia ada dipaksa untuk memakan ulat untuk pengacara sebuah rancagan TV yang diterbitkan oleh RTM. Nama program itu adalah Jejak Juadah Borneo yang memaparkan keunikan makanan yang ada di Sabah dan Sarawak.

Ani ada juga merasa sedikit namun selepas itu dia tidak mahu meneruskannya lagi kerana rasa mual dan geli.

Aeriil, Wawa didenda sebab nikah tidak minta kebenaran!

Jumaat, 26 September 2014

Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling semalam atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Aeril dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.

Gambar Raya Zizie Ezette 2014 (9 Gambar)

Isnin, 4 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Zizie Ezette, suaminya, Datuk Bung Mokhtar serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Panas! Nazrey Johari menyanyi nasyid di kaki jalan.. (6 Gambar)

Jumaat, 11 Julai 2014

Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya untuk membina usat tahfiz di Ranau, Sabah.

Malah, tanpa rasa lelah atau malu, Ustaz Nazrey Johari kini dilihat menjelajah ke bazar Ramadan di seluruh negara untuk mengumpul dana bagi membina pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di kampung kelahirannya itu.

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk membantu golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu.

Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini. Artikel & Foto Kredit: www.wanista.com

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES : CIMB BANK 1230 0000 8331 09

( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )

Pija Mentor kini sah bergelar isteri

Rabu, 16 April 2014

Jarang kita dapat mendengar berita Pija Mentor musim pertama ni kan, tip top dia kini dah menjadi isteri kepada tunangnya (tidak diketahui namannya) pada akhir bulan lalu.

Mereka mengikat tali pertunangan pada bulan April 2012 dan kini difahamkan sudah bergelar suami isteri yang sah. -gambar Facebook Pija Mentor

Marsha sudah memiliki kekasih dengan..

Jumaat, 11 April 2014

Dalam diam Marsha Londoh kini bercinta dengan businessman yang bergelar Mr. S. Menurut laporan Kosmo!, dia dengan Mr. S sudah berkenalan sejak 6 tahun yang lalu dan baru setahun menjalinkan hugungan cinta.

Akui Marsha, dia bukanlah dari kalangan lelaki yang duda mahupun suami orang. Namun dia seorang yang solo aka single.
Dia (teman lelaki) bukan duda atau suami orang. Dia solo (ketawa). Memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih. Memang sah dia bukan suami orang (ketawa). Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu. Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan.

Saya sudah kenal dia lama. Sejak enam tahun lalu. Kami berjumpa di sebuah majlis.

Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus. -Marsha

16 gambar resepsi Sharifah Aleya, Miko

Rabu, 26 Mac 2014

Baru-baru ini berlangsungnya resepsi deejay Hot FM, Sharifah Aleya dan suaminya, Muhamaad Azam (Miko) yang diadakan di Sabah bagi pihak lelaki.

Majlis resepsi ini diadakan secara bersederhana dengan dihadiri adik Leya, Sharifah Amani. Mereka sudah dinikahkan pada 11 Januari yang lalu.

Stacy di jangkiti virus H1N1!

Khamis, 13 Februari 2014

Beberapa hari lalu, Stacy ada membuat kenyataan di laman sosial Twitter miliknya mengenai dirinya yang dijangkiti virus H1N1 (selesema burung).

Namun tidak diketahui sejauh mana keadaan Stacy walaupun menyedari dia ada kekkuatan ketika menyanyi membuat persembahan ketika malam Anugerah Meletop Era.

Portal Kosmo! semalam ada membuat wawancara dengan Stacy menanyakan lagi lanjut mengenai keadaan sebenarnya..
Sejak bila anda disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1)?

STACY: Saya mula demam, batuk dan selesema sejak beberapa hari sebelum membuat persembahan pada malam anugerah MeleTOP Era. Ketika itu, saya anggap hanya demam biasa sahaja. Walaupun saya telah makan ubat, namun, suhu badan tetap tidak turun. Jadi, pada malam tersebut, saya terpaksa menggagahkan diri untuk mengadakan persembahan.

Jadi, bila anda pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan?

Saya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada hari Ahad lalu. Ketika itu, demam yang saya alami masih kuat, tekak pula semakin perit dan sendi-sendi terasa sungguh ngilu. Badan saya berasa sangat sakit sehingga saya tidak mampu untuk bergerak. Doktor di klinik tersebut mengesahkan bahawa saya dijangkiti virus Influenza A.

Apakah tindakan anda selanjutnya?

Kemudian, saya pergi ke sebuah hospital di Subang, Selangor untuk membuat pemeriksaan darah. Doktor di sana memberi saya suntikan bagi mengurangkan demam dan beberapa jenis ubat untuk dihabiskan dalam tempoh lima hari. Saya juga diminta untuk datang semula selepas tempoh itu untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

Bagaimana dengan keadaan anak angkat anda, Bella De Luna Valentina, dua tahun, setakat ini?

Saya agak risau kerana Bella sudah menunjukkan rasa kurang sihat. Badannya sedikit panas dan sudah mula menunjukkan simptom selesema. Jadi, saya akan membawanya ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

Anda membawa anak anda bersama pulang ke Sabah?

Ya, saya ada membawa Bella bersama. Tujuan kami balik ke Sabah kerana ingin menyambut hari lahir Bella pada 14 Februari ini. Saya sangat berharap agar Bella sihat dan tidak dijangkiti virus yang sama.

Adakah anda pernah mendapatkan sebarang suntikan vaksin untuk menghalang dijangkiti virus berkenaan beberapa tahun lalu?

Ya, sewaktu virus H1N1 melanda negara tidak lama dahulu, saya ada mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan dijangkiti penyakit itu. Saya kurang pasti mengapa saya masih berisiko untuk dijangkiti virus berkenaan.

Buat masa ini, apa langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan pada orang lain?

Sekarang saya mengikuti nasihat doktor dengan banyak berehat di kampung. Suhu badan mulai turun dan saya juga dimestikan untuk memakai topeng muka setiap masa agar virus ini tidak berjangkit dengan ahli keluarga yang lain.

Stacy Mahu Masuk Islam, Mungkin 2014?

Isnin, 30 Disember 2013

Mungkin hari Krismas tahun ini adalah yang terakhir buat penyanyi, Stacy apabila dia baru-baru ini menyatakan dalam portal mStar yang dirinya kini dalam proses terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Bahkan berita baik ini disampaikannya sendiri tanpa ada bantahan atau paksaan daripada pihak dalam mahupun luar. Namun Akim selalu membantu dan mendorongnya untuk belajar mengenai Islam.

Baguslah seperti itu, ramai yang tidak sabar menantikan saat yang baik ini. 
"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,”

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.