Pada:
Selasa, 30 Oktober 2012

Dam usia kandungan Eira sudah masuk 7 bulan. Selain daripada itu, yang mengemparkan adalah mengenai berat badan Eira, yang juga meningkat hampir 35 kg daripada 45 kg kepada 70 kg.!!
Memang tidak disangka-sangka ek.. Tapi itulah yang berlaku... Perasaan ini telah diluahakan oleh Eira sendiri yang memetik daripada portal Gua semalam.
“Masuk bulan ke tujuh kehamilan ini, saya rasa sudah tidak sabar-sabar hendak jumpa dengan baby. Kalau mula-mula dulu saya rasa takut dan berdebar-debar kerana bimbang dengan kesakitan yang bakal dialami. Tapi apabila tarikh bersalin semakin dekat, rasa takut itu semakin menghilang. .
Saya sudah bersedia untuk untuk bergelar ibu. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah. Saya pun ada amalkan beberapa amalan tradisional seperti selusuh untuk permudahkan kelahiran nanti, .
“Saya makan tidak banyak mana pun, tetapi berat badan saya naik dengan mendadak. Ada orang kata saya gemuk air. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Dengan berat badan sekarang ini, saya memang cepat penat. Tidak boleh bergerak aktif macam dulu. Selain itu, saya juga sedang hadapi masalah sukar tidur di sebelah malam sebab baby sudah semakin besar..
“Jadi dia sangat aktif bergerak. Hendak ambil ubat tidur memang tidak boleh, jadi terpaksalah hadapi kerenah baby ini. Ini antara cabaran atau pahit-manis yang harus saya hadapi ketika hamil. Mujurlah saya tidak alami alahan yang teruk,” ujar Eira.
-gambar mStar
Tag : Artis Mengandung , Azad Jasmin , Eira Syazira , Gambar Artis , Hamil , Kesihatan , Pelakon , Suami Isteri