Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Eira dedah tips turun sehingga 20kg

Isnin, 8 Mei 2017

Eira Syazira amat sibuk apabila muncul kembali ke persada seni setelah sembilan bulan hamil dan melahirkan anak keduanya, Amiesya Leann Rose. Setelah habis berpantang, Eira Syazira telah terbang ke Jakarta untuk merakamkan single keduanya.

Macam Mana Eira Boleh Kurus Lebih Cepat?

Baru-baru selepas habis berpantang, Eira Syazira telah menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri demi kerjayanya.

“Setiap jam 11.00 pagi, personal trainer saya akan datang ke rumah untuk melatih saya bersenam. Saya memang menjaga penampilan diri. Kalau ada yang perasan, selepas melahirkan bayi kedua ini, berat badan saya memang cepat turun sebab saya sudah ada komitmen dengan pihak di Jakarta.

Sewaktu saya mengandungkan Amarra, berat saya adalah 87 kilogram. Saya ambil masa lebih kurang enam bulan untuk kembali ke berat normal sebanyak 50 kilogram. Tetapi selepas melahirkan Amisya berat saya turun agak cepat kerana saya beri komitmen kuat untuk mengurangkan berat badan ketika dalam berpantang lagi. Dalam masa tiga bulan saya berjaya turunkan berat badan dari 80 kilogram kepada 50 kilogram.

Memang terkejut dengan perubahan tersebut. Tidak mudah menurunkan berat badan. Saya memang perlu bekerja keras untuk berjaya. Saya jaga makan. Selepas habis berpantang selama 44 hari, saya sudah mula buat senaman.

Saya mulakan senaman ringan seperti berlari atas treadmil, jaga makan dengan mengambil makanan sihat sahaja. Di samping itu saya kena juga fikirkan Amisya kerana dia menyusu badan.”

Rutin hariannya bermula sebaik waktu subuh menjelma. Kemas rumah dan sebagainya dimulakan dari awal pagi lagi.

“Saya perlu bajet masa. Sebaik Amisya bangun, saya perlu menyusukan dia. Pada pukul 10 atau 11 pagi saya akan mandikan Amisya. Kemudian saya akan turun ke kolam renang untuk bersenam. Saya akan bersenam bersama personal trainer sehinggalah waktu tengah hari.

Selesai bersenam, saya siapkan makanan tengah hari untuk anak-anak. Kalau saya tidak sempat masak, Azad akan bawa kami makan di luar. Selepas makan, kami kembali ke rumah dan rehat seketika.

Pada waktu petang, saya akan senaman di Celebrity Fitness di Bangsar. Begitulah rutin saya dalam mengurangkan berat badan. Saya ini jenis yang tidak mengaku kalah. Kalau saya hendak sesuatu benda, saya akan bekerja keras dengan sepenuh hati.” kata Eira memetik portal mingguanwanita.my

Eira Syazira, Azad Jasmin timang anak ke-2 (2 gambar)

Rabu, 4 Januari 2017

Eira Syazira dan Azad Jasmin selamat menimang anak ke-2 pada 31 Disember 2016 yang lalu. Anak sulung mereka iaitu Amarra Sofea Rose kini berusia empat tahun dan sudah pun mempunyai adik perempuan yang diberi nama Ameisya Leann Rose.

Eira selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel seberat 3.9 kilogram melalui kaedah pembedahan.

Eira Syazira buat kenyataan paling mengejutkan di instagram (5 gambar)

Rabu, 25 Mei 2016


Tahniah diucapkan kepada pelakon, Eira Syazira dan suami, Azad Jazmin yang kini disahkan hamil anak ke-2 dengan usia kehamilan mencecah 2 bulan.

Menerusi laman sosial, beliau telah mendedahkan berita kehamilannya itu dan berkongsi kegembiraan bersama semua peminatnya.

Hasil perkahwinan Eira dan Azad, mereka telah di kurniakan seorang cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose yang kini berusia 3 tahun.

Adik Eira Syazira tampil bagi komen kasut tiruan..

Jumaat, 22 April 2016

Berita mengenai penipua jenama kasut tiruan oleh Eira Syazira yang diluahkan oleh pembelinya telah mendapat liputan yang hangat.

Namun Eira belum lagi tampil memberikan penjelasan mengenainya. Adiknya, yang juga pelakon, Syafnida sempat memberikan komen mengenai hal itu memetik MediaHiburan

Eira Syazira menipu? jual barangan tiruan?

Rabu, 20 April 2016

Eira Syazira dikatakan telah menipu pelanggannya dengan menjual kasut jenama tiruan dan mengenakan harga yang mahal sama seperti jenama original.

Menurut laporan Utusan Online, bukan itu sahaja, malah dikatakan kasut yang diterima itu mempunyai jahitan tidak kemas, siap mempunyai kopak-kopak lagi pada bahagian tapak kasut itu. Perkara ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa kasut yang dibeli individu itu merupakan barang rosak dari kilang.

Kata laporan itu lagi, individu itu telah membeli dua pasang kasut dengan harga yang mahal iaitu RM500. Namun beliau kecewa melihat keadaan kasut yang diterimanya itu serta sikap Eira yang tidak memeriksa kualiti kasut sebelum menjualnya memandangkan beliau telah membayar dengan harga yang tinggi.

Setakat ini Eira Syazira masih belum mengemukakan sebarang komen mengenai perkara ini.

Eira, Azad terlibat kemalangan teruk. keadaan mereka kini...

Jumaat, 25 September 2015


Eira Syazira Dan Azad Jasmin Kemalangan di Terowong Menora
Pelakon Eira Syazira, 31, bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan di lebuh raya PLUS berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh, Perak, petang Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, kereta dinaikinya bersama anak Ammara Sofea, suami yang juga pelakon Azad Jasmin dan adik iparnya terbabas dan merempuh penghadang jalan memetik Harian Metro.

Eira Syazira Dan Azad Jasmin Kemalangan di Terowong Menora

Eira Syazira berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta dipandu adik iparnya itu tiba-tiba hilang kawalan selepas mahu mengelak sebuah kenderaan lain.
“Saya bersyukur sangat Allah selamatkan kami anak beranak. Macam tidak percaya pun ada juga. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

“Kereta memang remuk teruk di bahagian depan dan pecah cermin belakang, tapi saya dan anak yang duduk di belakang tidak cedera. Begitu juga suami dan adik ipar yang duduk di depan,” katanya.

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Gambar anak Eira, Azad terkini (21 gambar)

Isnin, 13 Oktober 2014

Ha dah lama tak nampak anak comel dari Eria Syazira dan Azad Jasmin kan rasanya post terakhir September tahun lalu. Ini adalah foto terbaru mereka sekeluarga. Amarra Sofea Rose kini sudah berusia setahun 6 bulan.

Paling best kena belajar berdoa oleh ibunya. Lihat video terakhir di bawah sekali.-Instagram eirasyazira

Eira, Azad tinggalkan dunia seni...

Selasa, 1 Julai 2014

Dengarnya pasangan suami isteri, Azad Jasmin dengan isterinya, Eira Syazira akan meninggalkan dunia seni mereka yakni berlakon. Berita ini memang sahih namun peninggalan mereka bukanlah bersifat kekal namun sementara sahaja.

Ini disebabkan mereka memfokuskan perniagaan tersendiri, ‘multi-level marketing’ (MLM), Rania Marketing memetik portal GUA. Mengakui hakikat sebenar dimana punca pendapatan mereka bukanlah dari hasil anak seni, namun lebih kepada bidang perniagaan.
“Berlakon tu minat. Pendapatan kami daripada bidang lakonan hanya sebanyak 20 peratus. Selebihnya kami kena berkerja-keras dalam perniagaan. InsyaAllah saya dan Eira akan berehat dari dunia lakonan sehingga bulan Disember tahun ini,”

“Sepanjang bulan Ramadhan, kami masih berlakon tapi kami bersifat selektif kerana perniagaan adalah keutamaan kami. Saya bakal menjalankan penggambaran untuk ‘Suatu Malam Kubur Berasap 3’, manakala Eira pula sibuk dengan penggambaran drama raya,” -Azad

Gambar pertunangan, Zuan Azmi TV3

Isnin, 24 Mac 2014

Admin telah mendapat beberapa keping gambar yang dihantar oleh jurufoto, AimeHasan semalam yang menyatakan gambar berkenaan adalah majlis pertunangan oleh pengacara/penolong penerbit Melodi TV3 dan juga telah dikenali ramai melalui sebuah rancangan, Bikin Panas, Zuan Azmi dengan pasangannya, Effy Eddy, seorang pekerja swasta pada 22 Mac yang lalu.

Majlis dihadiri kaum keluarga,teman rapat dan beberapa artis yang mungkin rapat dengan Zuan seperti team Melodi, Lana Nordin, Lisdawati, Azad Jasmin serta Eira Syazira. Sumber itu lagi menyebut, majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan pada awal tahun 2015.

Azad Jasmin digandingkan dengan adik Eira Syazira

Jumaat, 14 Mac 2014

Memang agak sukar untuk digandingkan bersama apatah lagi jika ada pertalian darah selain suami isteri dalam babak-babak romantik atau intim di sebuah filem mahupun drama.

Iutlah yang terjadi kepada pelakon, Azad Jasmin apabila dia mendapat tawaran untuk berdigandingkan bersama dengan adik iparnya dan juga adik kepada Eira Syazira, Syafnida Shuhaimi dalam filem Fobia Malam Pertama menurut portal MalaysianDigest.
"Saya tidak tahu yang dia turut berlakon dalam filem ini sehinggalah saya berjumpanya di set penggambaran. Mulanya saya hairan, kenapa dia berada di situ. Kemudian dia beritahu yang pengarah menghubunginya dan menawarkan dia berlakon. Saya terkejut dan terdiam sekejap masa tu. Tapi kami tiada masalah berlakon bersama,

"Kami memang rapat, dia dah macam adik saya sendiri. Kami mudah dapat keserasian untuk hidupkan watak masing-masing. Di set dia banyak gelak. Dia pun masih baru lagi dan banyak lagi yang perlu dia belajar dalam bidang ni

"Kalau babak romantik tu, kami tak ada masalah melakonkannya tapi saya tetap menjaga batas-batas. Isteri saya Eira, dia memahami dan tak timbul soal cemburu sebab dia pun seorang pelakon. Sebelum ni pun, saya dah ramai berlakon dengan pelakon wanita. Malah dia banyak bagi nasihat pada adik dia", -Azad

Azad Jazmin Kena 13 Jahitan Sebab...

Jumaat, 29 November 2013

Dikhabarkan melalui portal GUA semalam, yang pelakon Azad Jazmin telah menerima kemalangan apabila terjatuh ke dalam longkang sewaktu pergi ke sebuah kedai runcit di sekitar Puchong.

Daripada akibat terjatuh itu, Azad menerima 13 jahitan di kaki.
"Lebih kurang seminggu lalu, saya ke kedai serbaneka di sekitar rumah saya. Sewaktu saya meluru untuk memasuki kedai tersebut, sedar-sedar saya telah jatuh ke dalam longkang,

"Sebelah kaki saya ada di atas, sebelah lagi dalam longkang. Nasib baik di sebelah kedai tersebut ada klinik. Saya terus ke klinik dan mereka memberikan rawatan kepada saya. Akibatnya, kaki saya yang cedera menerima 13 jahitan," -Azad
Dengarnya dia ke kedai itu untuk beli rokok. Tak tahu lah betul ke tidak. Hehe. Jangan marah, semoga cepat sembuh.

Gambar Terkini Anak Eira, Azad Edisi September

Khamis, 26 September 2013

Ha dah lama tak nampak anak comel dari Eria Syazira dan Azad Jasmin kan. Ini adalah foto terbaru mereka sekeluarga. Memang tak dinafikan Amarra Sofea Rose kini sudah berusia 8 bulan. Agaknya muka dia ikut siapa? Eira atau Azad?.

Dan tidak pasti mungkin sudah dapat berjalan atau ada gigi, mana lah tahu kan. Hehe. -Instagram eirasyazira

Gambar Raya - Eira dan Azad

Isnin, 12 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini..

Gambar Terkini Anak Eira, Azad

Selasa, 23 Julai 2013

Dah besar panjang dah anak pelakon Eira Syazira dan Azad Jasmin ni, walaupun sudah berusia7 bulan, Amarra Sofea Rose kelihatan sangat comel sekali, tidak tahu berapa berat badannya ini, mungkin dalam 9-10 kilogram kot. Gambar Instagram Eira.

Gambar Eira Syazira Bertudung

Khamis, 18 April 2013

Nampaknya pelakon, Eira Syazira isteri kepada Azad Jasmin telah memakai tudung. Namun pemakaian tudungnya bukanlah dalam bentuk kekal hanyalah untuk siri drama Bulan Ramadhan nanti. Memang kelihatan cantik dan anggun kan. -Instagram Eira



Gambar Akikah Anak Eira, Azad

Selasa, 2 April 2013

Hari Ahad yang lalu, pelakon suami isteri, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mengadakan satu majlis cukur hambul atau akikah untuk anak perempuan mereka, Amarra Sofea Rose yang berusia 3 bulan.

Majlis yang nampak sederhana itu dihadiri oleh rakan-rakan, keluarga dan juga beberapa orang selebriti. Norman Hakim dan anak sulungnya juga turut dibawa (gambar terakhir). -Gambar Instagram Eira.

Gambar Eira, Azad dengan Amarra Sofea Rose

Khamis, 28 Februari 2013

Anak kepada Eira Syazira dan Azad Jasmin iaitu Amarra Sofea Rose yang lahir pada 11 Januari 2013 yang lalu kini semakin dibelai-belai oleh kedua orang tuanya itu.

Manakan tidak, anak sulung seperti umpama sebuah permata yang tidak ternilai harganya. Dan pastinya itu adalah anugerah Allah yang tiada bandinganya.

Ini ada beberapa keping gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial mereka yang menunjukkan ragam mereka berdua bersama anak kecil, Amarra Sofea Rose. -gambar Instagram Eira


Kemesraan Azad, Eira dengan Anak Mereka

Selasa, 22 Januari 2013


Pada tarikh 12 Januari yang lalu, pasangan selebriti Azad Jasmin dan Eira Syazira telah pon menjadi ibu dan ayah kepada anak bernama Amarra Sofea Rose.

Namun wajah anak mereka belum lagi boleh dipertontonkan kepada umum untuk membuat kejutan apabila waktunya sudah sampai.

Namun gambar-gambar pembayang dan kiasan berupa Instagram telah pun dimuat naik untuk dipertontonkan bahawasanya anak mereka sihat sejahtera.

Nama Anak Azad, Eira - Amarra Sofea Rose

Selasa, 15 Januari 2013

Anak kepada Azad Jasmin dan Eira Syazira yang dilahirkan pada 11 Januari lalu dikhabarkan sudah diberi nama hasil gabungan nama ibu Azad iaitu Roshidah dan ibu Eira iaitu Rohani, Amarra Sofea Rose.

Sebelum itu, Amarra yang seberat 4.2 kilogram itu selamat dilahirkan dengan pembedahan 'Caesarean' jam 8.50 pagi di Hospital Columbia Asia, Puchong. Namun gambar anak Azad seperti tidak mahu didedahkan lagi kepada umum, kemungkinan akan di tayangkan setelah majlis akikah yang dibuat tidak lama lagi.

“Nama Sofea Rose sudah lama saya pilih. Hanya perkataan Amarra yang kami tambah baru-baru ini.

“Sejak Eira mengandung, hubungan saya dengan kedua-dua ibu bertambah rapat. Secara kebetulan, pangkal nama ibu saya dan ibu mertua bermula dengan perkataan ‘Ro’.

“Saya pilih nama Rose sebagai tanda penghargaan buat mereka,” katanya

Eira Syazira Lahirkan Anak Perempuan

Sabtu, 12 Januari 2013

Tahniah kepada pasangan suami isteri selebriti yang juga pelakon komedi terkenal, Azad Jasmin dan Eira Syazira yang dikhabarkan telah menimang anak sulung mereka semalam.

Berita gembira ini disampaikan oleh mereka melalui laman sosial Twitter milik Eira (twitter.com/eirasyaziras). Anak sulung perempuan yang dilahirkan pada 11 Januari 2013 jam 8.50 pagi itu belum diberikan nama dan gambar ketika kali terakhir melihat Twitter berkenaan lewat malam semalam.
Azad sempat menjadi doktor!