Era FM Kekalkan Ranking Nombor Satu Radio

Pada: Selasa, 23 Oktober 2012
Tahniah kepada krew-krew yang telah berhumpas pulas dalam semua aktiviti pengradioan negara. Namun yang pasti diantara stesen-stesen radio itu, pastinya ada yang popular dan disukai ramai.

Memetik daripada portal mStar semalam hasil daripada kajian Nielsen, Stesen radio Era FM milik Astro dikatakan mengekalkan ranking nombor satunya sebagai radio paling popular dengan mencecah pendengar sehingga 4.48 juta.

Dan ini adalah 7 stesen radio yang terbaik hasil kajian berkenaan.
1. Era FM – 4.48 juta
2. Sinar FM – 4.22 juta
3. THR (gabungan siaran Raaga & Gegar) – 3.63 juta
4. Hot FM – 3.43 juta
5. Suria FM – 2.54 juta
6. MY FM – 2.2 juta
7. Hitz FM – 1.7 juta

Tag : , , , , , , ,