Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Video ensiden berebut mikrofon Datuk Seri Vida, pihak Astro...
Rabu, 19 Oktober 2016
Program realiti GV3 atau Gegar Vaganza musim ke-3 telah kecoh apabila jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil untuk berucap. Bahagian produksi tidak membenarkan dia berucap, namun Vida berkeras untuk berucap walaupun mikrofon yang dipegangnya direbut semula oleh pihak produksi. Dan ini video nya yang menjadi viral di laman sosial.
Jadi pelawak buat Nabil Stress, buat yang ini lagi best...
Ahad, 29 Mei 2016
Nabil Ahmad kini dilihat semakin jarang "melawak" dan lebih berminat pada bidang pengacaraan.
Dia kini mengacara satu rancangan hiburan "MeleTOP" terbitan ASTRO, bersama Neelofa. Awal tahun ini, dia turut bergandingan bersama pelawak dan pengacara, Jehan Musa mengacara satu rancangan realiti nyayian, Gegar Vaganza musim ke-2.
Dalam satu majlis pelancaran minyak wangi jenamanya sendiri baru-baru ini, memetik portal Forum Cari, telah berkesempatan menemubual Nabil Ahmad berkenaan "perubahan kariernya" itu.

Kenyataan mengejutkan dari Nurul Syuhada...
Rabu, 25 Mei 2016
Pengacara Nurul Syuhada kembali semula ke bidang penyiaran dengan mengendalikan rancangan Salam Dhuha di Astro Oasis selepas dua tahun berehat bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.
Nurul menerima tawaran untuk mengendalikan program bual bicara berkenaan selepas kedua-dua cahaya matanya kini semakin membesar.
Kerana rezeki, Normah Damanhuri sanggup buka tudung..
Jumaat, 4 Disember 2015
Normah Damanhuri menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.
Normah, 61, berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah mengikut kesesuaian watak.
"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak," katanya kepada mStar Online.
Terbaharu, menerusi drama Tuan Anas Mikael (saluran Astro Ria), Normah juga dilihat tidak mengenakan tudung dan ada masanya dia hanya memakai selendang di kepala.
Dalam pada itu, Normah berkata, imej tanpa tudung yang ditampilkan dalam drama-drama lakonannya itu bukan kerana paksaan oleh mana-mana pihak, tetapi atas kerelaannya sendiri.
"Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik," ujarnya.
Bekas kekasih sambut harijadi dengan ibu Zul Ariffin
Khamis, 3 Disember 2015
Baru-baru ini bekas kekasih Zul Ariffin, Gayatri Su-Lin Pillai telah memuatnaik gambar sambutan hari lahir di Instagram bukan saja bersama Zul, malah ibu Zul sekali.
Walaupun sudah putus tapi dengan cara ini hubunga mereka nampak rapat sebagai kawan. Mungkin inilah cara terbaik buat mereka, bukan putus cinta tak mahu menegur lagi, namun menjadi kawan baik yang tidak disangka-sangka.

Sikap Nabil yang 'biadap' ketika mengacara didedahkan...
Isnin, 30 November 2015
Pihak pengurusan Astro tidak mahu terlalu menyekat setiap kata-kata yang dibuat oleh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada program Gegar Vaganza 2 kerana ia akan menyekat kreativitinya.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu walaupun masih ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan cara pengacaraannya.
Raja Farah komen Astro ulang siar program bersama bekas suami..
Ahad, 29 November 2015
Raja Farah berkata, biarpun perkara tersebut bukanlah isu besar, namun ia boleh menyinggung perasaan suami baharu dan keluarga mereka.
“Saya tidak kisah cuma harap pihak stesen televisyen itu lebih peka serta sensitif dan tidak menyiarkan lagi program tersebutSementara itu, Raja Farah yang kini sudah tiga bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail. -mStar Online
“Alhamdulillah, suami saya faham dan tidak kisah, cuma saya tidak mahu pihak keluarga belah dia berkecil hati pula bila terlalu kerap kisah itu disiarkan,
“Saya jarang tengok televisyen, tetapi sejak kebelakangan ini ada beberapa kali peminat saya tegur di laman sosial bahawa program tersebut sedang ditayangkan.
“Saya tahu stesen televisyen itu juga ada alasan, tapi cuma saya harap mereka lebih sensitif tentang hal-hal sebegitu,” ujarnya.
Pelatih berskandal dengan trainer?
Isnin, 2 November 2015
Finalis Bella Jom Kurus, Azlen, yang dikatakan kononnya telah menyemai bunga-bunga cinta dengan trainer dalam rancangan itu, Amirul Agam.
Tapi tidak dipastikan sejauh mana kisah dan gosip ini timbul, jika benar maka memang jodoh didunia program realiti lah kan.
Memetik portal Murai, buat masa ini, program Jom Bella Kurus tinggal 3 orang sahaja finalis yang akan merebut hadiah wang tunai yang bernilai RM20,000.
Pusingan akhir ini akan ditayangkan pada Ahad ini jam 7 maam yang akan disiarkan di saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134).

Fazura dedah punca dia putus cinta dengan Sam..?
Dengar khabar yang Nur Fazura bakal mendedahkan rahasianya kepada umum. Kisah dia dengan Shaheizy Sam yang pernah diperkatakan dahulu hangat sehingga ramai tidak mengetahui apa punca sebenar mereka berpisah.
Menerusi program TV terbaru musim ke-2 yang dihostkan sendiri oleh Fazura iaitu Facing Up To Fazura yang bakal ditayangkan di saluran E! (Astro 712) jam 10 malam setiap Ahad.
Menerusi program TV terbaru musim ke-2 yang dihostkan sendiri oleh Fazura iaitu Facing Up To Fazura yang bakal ditayangkan di saluran E! (Astro 712) jam 10 malam setiap Ahad.
RM8 juta dalam 11 hari - Polis EVO!
Selasa, 29 September 2015
Filem Polis Evo berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari penayangannya sekali gus membuktikan industri perfileman tempatan masih mempunyai pengaruh.
Kutipan itu melibatkan 101 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei selepas ditayangkan pada 17 September lalu.
Kutipan itu melibatkan 101 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei selepas ditayangkan pada 17 September lalu.
“Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas dalam carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini,” - Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar memetik portal mStar
Zizan Razak di gam oleh Astro?
Jumaat, 5 Jun 2015
Dengarnya Zizan Razak kini digam oleh Astro. Ini dibuktikan dengan ketidaaan kelibatnya untuk program khas Astro sempena Ramadan nanti akibat kontrovesi yang melandanya sebelum ini (putus cinta).
Namun pegawai Astro menafikan hal itu, Zizan masih lagi bersama dengan Astro.
Namun pegawai Astro menafikan hal itu, Zizan masih lagi bersama dengan Astro.
"Zizan masih lagi artis Astro dan pihak kami tidak pernah merehatkannya mahupun menghentikan kontrak seperti yang diperkatakan.
"Walaupun dia tidak terlibat dengan program-program khas Ramadan, tetapi dia lebih ditumpukan ke arah projek-projek untuk Hari Raya," -Khairul Anwar Salleh petikan portal mStar
Punca Ac Mizal bakal tinggalkan Astro..
Isnin, 13 April 2015
Dengarnya memetik portal Hmetro semalam, pengacara Datuk AC Mizal akan meninggalkan Astro. Khabar angin itu ternyata menjadi jelas apabila kontrak AC akan berakhir pada pertengahan tahun ini.
Sebelum itu AC menafikan hal ini, namun lama-kelamaan sumber itu memberitahu ianya adalah muktamad. Punca sebenar tidak diketahui lagi secara rasmi.
Namun ada sumber memberitahu yang kononya AC tidak berpuas hati dengan syarikat pengurusannya yang melebihi bintang lain.
Keputusan terbabit dibuat berkait rapat dengan keputusannya mengusahakan stesen TV dan radio atas talian PeaceY’all FM yang sudah memulakan operasinya.
Kata sumber itu lagi, mengikut kontrak ditetapkan Astro, sebagai artis eksklusif, AC tidak boleh mengacara di mana-mana stesen TV. Perkara itu membuatkan dia tidak boleh muncul dalam stesen TV dan radio ditubuhkan.
Apabila memikirkan perkara itu, AC membuat pengorbanan paling besar dalam kerjaya seninya demi memastikan apa diusahakan dapat dijayakan dengan baik.
Apabila AC menggunakan pengaruh dan populariti dimiliki untuk muncul dalam stesen TV dan radio sendiri, ia akan membawa lebih banyak kebaikan dan pastinya secara tidak langsung membantu perkembangan PeaceY’all FM.

Zizan ada hubungan dengan pegawai Astro?
Rabu, 25 Februari 2015
Aik apa status hubungan Zizan Razak dengan Emma Maembong sekarang? adakah sudah menjadi kawan rapat. Namun gosip yang kali ini timbul adalah Zizan dikatakan mempunyai hubungan dengan seoarang pegawai stesen Astro.
Dan difahamkan lagi pegawai berkenaan mampu memberikan kelebihan dan tawaran kerja yang lebih baik untuk Zizan.
Gosip yang melanda Zizan itu mendapat perhatian pegawai berkenaan yang tampil menafikan hal itu.