Bukan Gambar Bogel Pun - Erin Malek

Pada: Ahad, 14 Oktober 2012
Bila dah sesuatu yang tak elok tersebar maka jawapannya juga makin menjadi-jadi. Mahu tidak mahu, kata-kata tidak mahu kalah dan mempertahankan sesuatu pasti perlu dilakukan. Namun selepas berkata demikian pasti kesedaran akan muncul dan langkah berhati-hati akan menyusul.

Inilah akibatnya apabila memuat naik gambar pribadi yang menjadi kontroversi lebih-lebih lagi golongan selebriti seperti Pelakon, filem Tentang Bulan, Erin Malek yang berlaku beberapa hari yang lalu..

Ini adalah komen Erin yang dipetik melalui laman portal SinarHarian. 

“gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun,

“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan (Twitter) kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,

“saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya."

Tag : , , , , , ,