Shila, Sharnaaz Rancang Kahwin 2014

Pada: Sabtu, 13 Oktober 2012
Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad, merancang untuk menamatkan zaman solo mereka dua tahun lagi. Shila menganggap tempoh dua tahun yang berbaki dapat digunakan mereka sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi kerjaya seni masing-masing.

Bukan kerana desakan keluarga, sebaliknya sebuah keputusan yang dicapai hasil perbincangan bersama.
Sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya manakala Sha sendiri kena berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Shanghai kerana terikat dengan Shanghai Media Group selama dua tahun. Sejak menang pertandingan Asian Wave, jadual Sha penuh dengan undangan persembahan sehingga tahun depan.

Meskipun kini semakin sibuk dengan persembahan di Malaysia mahupun China, mereka tetap saling berhubung. Bahkan penyanyi berusia 22 tahun ini tetap menganggap Sharnaaz sebahagian daripada tulang belakang kejayaan kerjayanya ketika ini. -Via

Tag : , , , , , , ,